Menurut Berita Harian, seramai 292, 104 orang telah menerima suntikan vaksin Covid19 dos pertama iaitu Pfizer-BioNTech sehingga 13 March 2021.
Perkongsian Datuk Seri Dr. Adham Baba di Twitternya, menunjukkan individu di Selangor adalah paling ramai menerima suntikan vaksin itu.
- Selangor: 35, 620 orang
- Perak: 31, 675 orang
- Sarawak: 30, 634 orang
- Kuala Lumpur: 28, 244 orang
- Pahang: 25, 128 orang
- Sabah: 24, 042 orang
- Johor: 21, 835 orang
- Kedah: 17, 114 orang
- Pulau Pinang: 16, 255 orang
- Kelantan: 15, 339 orang
- Terengganu: 13 070 orang
- Negeri Sembilan: 12, 209 orang
- Melaka: 7, 963 orang
- Perlis: 6, 807 orang
- Putrajaya: 3, 827 orang
- Labuan: 2, 342 orang
Malaysia berada dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan, menyasarkan 500, 000 petugas barisan hadapan antara hujung Februari hingga April. Jadi jangan potong line tahu! Utamakan barisan hadapan sebab mereka paling mudah dijangkiti sebab merawat pesakit Covid19 itu sendiri.
Fasa kedua (April - August) menyasarkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan juga golongan berisiko tinggi. Fasa ketiga (May - February 2022) menyasarkan 13.7 juta penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tak kira warga tempatan atau warga asing.
Kalian dah cucuk vaksin belum?
15 comments
nak cucuk gaak... lambat lagi giliran kita nampak gaya nya hahaha
ReplyDeleteItulah, tengah tunggu turn semuanya hahaha
Deletetak cucuk lagi, masih tunggu giliran :)
ReplyDeleteIn shaa Allah nanti sampai turn atie 😁
DeleteDah cucuk 1st dose. Alhamdulillah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, tunggu next cucuk pulak bila tuu
DeleteAlhamdulilah ramai dah cucuk.. Dah ramai yang menanti giliran...
ReplyDeleteAlhamdulillah ramai yang dah pergi cucuk. Yang daftar dan dalam senarai menunggu pun ramai jugak.
DeleteTak cucuk lagi
ReplyDeleteTakpe, nanti sampai lah giliran rabia :)
Deletewah, dah ramai jugak yang dah vaksin yeee.. tak sabar nak dapat vaksin ni.hehe
ReplyDeleteItulah, ramai dah dapat vaksin. Kita ni masih menunggu hahaha
DeleteAlhamdulillah dah ramai :)
ReplyDeleteAlhamdulillah akak :)
DeleteRamai dah cucuk vaksin. Masih menanti dan berdebar jugak ni sebenarnya.
ReplyDeleteMaaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)