Wednesday, 17 March 2021

Celebration Sempena Keputusan Empat Rata (4.0)

Such a productive day for me today. Pagi and petang tadi tak sempat nak update blog sebab ada hal. Pagi tadi sempat blogwalking dalam 15 minit kemudian terus siap siap nak keluar. 


Keluar pergi KTCC Mall dengan kawan yang praktikal sekali dengan aku tempoh hari hehehe. Keluar makan sempena meraikan keputusan cemerlang internship tempoh hari. Masing masing dapat keputusan yang cemerlang, jadi apa salahnya kami berlima pergi meraikannya. Pergi makan makan saja.


Keluar pukul 11 pagi dan pukul 4 dah balik. Tak boleh keluar lama lama, sakit kepala menyerang. Dengan ramai orangnya, dengan cuaca panas even duduk dalam mall yang ada aircond, dengan pakai mask lagi. Memang tak boleh keluar lama lama. Rimas dengan mask. Rasa macam kurang selesa nak pakai kalau dalam jangka masa lama.


Sampai saja di KTCC Mall, terus pergi food court sebab dah kebulur. Dah plan nak makan kat tempat ini sebab nampak banner makanan kedai itu agak menyelerakan. Padahal udang saja yang menyelerakan sebab udang galah. Memang besar. 





Ini yang kami berlima order dan makan. Udang memang besar. Kami berlima pakat makan maggi udang galah biasa. Pilih paling murah HAHAHA. At least kalau tak sedap, tak menyesal mana. 

Lagipun malas nak pening pening, beli makanan sama je semuanya. Sebab nanti nak beli makanan lain pula hihihi. Tapi bagi aku dan kawan kawan, makanan dia boleh diterima tapi rasa sos macam kuat sangat. 


Brown sugar boba milk *kalau tak silap aku* dari Xing Fu Tang. Always be my favorite. Harga dalam RM 13.00 sahaja. Beli jarang jarang tak apalah. Kalau beli selalu, mahu bankrupt aku. 

Bankrupt pakej sekali dengan penyakit kencing manis. Muda muda dah ada penyakit kencing manis, nauzubillahiminzalik. Minta dijauhkan 😭

Dari kiri (belakang): Nadiah dan Ecah
Dari kiri (hadapan): Tqah, Sya dan Echo

Inilah kawan kawan praktikal aku baru baru ini. Aku paling tua dan paling muda ialah Ecah, Nadiah and Echo iaitu 21 tahun. Sya muda setahun sahaja dari aku. Aku paling tua tapi paling kecil comel 😆

Muka dah tak larat nak senyum sebab sakit kepala. Sampai rumah, mandi ala kadar dan terus tidur. Sempat lah tidur dalam sejam. Bangun tidur, terus segar. Tadi pun, sambil jalan jalan dalam mall, sambil mata melilau lilau cari iklan kerja kosong. Dapatlah dalam empat atau lima iklan kerja kosong. Nanti esok nak try call, semoga dapatlah satu kerja dalam banyak banyak yang aku jumpa. Aamiin.

17 comments

  1. udang galah tu best tp kalau tak fresh habis badan gatal2. semoga ada rezeki kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, kalau tak fresh boleh naik gatal gatal kat badan.
      Terima kasih! :)

      Delete
  2. Muka nak iras2 je nampak..
    Good luck .. Semoga dpt kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yeke akak muka iras iras? Hahaha btw terima kasih akak! :)

      Delete
  3. moga moga cepat dpt kerja.. amin amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamin ya rabbal alamin.
      Thank you atie :)

      Delete
  4. Tahniahhh dapat keputusan cemerlang. rinduu zaman belajar dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bae!
      Kannnnn, bila dah habis belajar ni, rindu zaman belajar pulak hehehe.

      Delete
  5. Geramnya tgok udang tu semua seksi2..tahniah dah habis belajar..muda lagi awak ni ha...u should call me aunty then..i'm 43 yrs this year...hehehe..semoga cepat dapat kerja ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn! Udang galah tuu seksi and menggoda betul hahaha.
      Thank you SA :)
      Eh panggil akak je boleh sebab kakak saya pun ada umur 40 tahun hehehe :D

      Delete
  6. tahniah dpt result gempak. moga dpt kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youuu rabia :)
      Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Semoga ada rezeki hehehe.

      Delete
  7. Kalau mak Mrs. A nampak nih! mesti dia cakap apa nih! dah takde mangkuk ke makan dalam kuali pulak. Haish! mak nih! orang punyalah stylo mak carut pulak heheheee orang tua biasalahkan banyak pantang larang depa.

    By the way tahniah dapat 4 f. Ini mesti intern yang disukai ramai di tempat kerja. Semoga dikurniakan rezeki dapat kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua tua biasa dah tu Mrs A. Memang marah la kalau tengok makan dalam kuali tu hahaha. Tapi buat tak tahu jelah kalau diorang membebel hahaha.

      Thank you Mrs A! Biasa biasa je hehehe :D

      Delete
  8. wowwww! tahniah atiqah. moga ada rezeki dapat kerja best2 tauuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak Nadyya! Aamiin aamiin ya rabbal alamin :)

      Delete
  9. Dapat juga meraikan kejayaan bersama. Betul tu, kalau minum selalu memang bankruptcy dengan pakej penyakit. Sesekali bolehlah secawan :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)