Wednesday, 24 March 2021

Ditemani Oleh

Ditemani oleh | Haaa, ditemani oleh siapa? Mestilah makhluk Allah yang berbulu hitam. Peneman setia. Makhluk Allah yang diberi nama Hitam. Inilah si adik yang penakut dengan abang hehehe. 


Abang tengah tidur juga tapi bawah kereta. Abang susah dah sekarang ini kalau ajak tidur atas katil sekali. Mungkin sebab ada hitam rasanya, jadi abang mengalah dan tidur luar. Jadi pengawal keselamatan rumah hahaha.




Tidur dekat atas selimut. Favorite hitam lah tu. Selimut tu selimut dia. Letak lah kat mana mana, nanti dia akan pergi tidur balik atas selimut tu. Minat sangat dengan selimut tu hahaha. Tidur dari pagi tadi lagi, lepas siap makan dalam pukul 7.10 pagi, terus masuk bilik aku. Jilat jilat badan then terus tidur sampai sekarang. Bangun tak bangun pukul 2 petang nanti. 


Bangun minta makanan. Frieskies lah jawabnya. Sebab nanti petang, makan ikan rebus lagi. Jadi sementara tunggu nak makan ikan rebus, makan frieskies dahulu, buat alas perut sebelum makan malam.


Nanti siap makan frieskies baru keluar jalan jalan. Petang dalam pukul 5 lebih balik rumah sebab dia tahu "mama" dia balik kerja. Mama tu kakak aku, owner asal hitam dengan abang dia, Sayang. 


Tapi memandangkan kakak aku tengah sarat mengandung dan bakal bersalin bulan Mei nanti, dia bagi hak penjagaan kucing kucing dia kepada aku ๐Ÿ˜‚ Jadi, aku lah owner kedua (read as: bibik) Hitam dan Sayang. 


Best tengok si bulu bulu dua ekor ini tidur. Sejuk sebab dah dua hari hujan di muka bumi Terengganu ini. Jadi makin best dan syoklah tidurnya. Si abang pun macam macam gaya dah tidur bawah kereta tu. Buas! 


Kalau tidur sekali dengan Sayang atas katil, padan dia seekor saja yang menguasai katil. Kuak lentang sana, kuak lentang sini, terpaling penat gayanya HAHAHA.


Nanti petang bisinglah nak makanan lah nak masuk rumahlah. Si abang tak lepas nak masuk ikut tingkap atau celah pintu grill sebab gemok hahaha. Jadi si abang kena tunggu orang bukakan pintu baru boleh masuk rumah.


Sedih jugalah kalau pindah nanti. Nak bawa pindah sekali, nanti duduk apartment. Kasihan pula dekat dia orang. Tak bebas nak hidup. Kena kurung dalam rumah saja. 


Si abang itu tak apa sebab boleh berdikari lah, yang paling kasihan si adik lah sebab Hitam ni memang penakut. Kalau orang ramai ramai dalam rumah, dia memang lintang pukang lari. Lari selamatkan diri. Kadang kadang tak balik rumah sebab takut orang ramai. 


Kakak kedua aku pun selalu buat ayat sedih, "Kasihan dekat Hitam, bibik nak tinggal dah Hitam. Lepas ini Hitam nak tidur dengan siapa lagi, siapa nak bagi Hitam makan pagi pagi. Kasihan Hitam." 


Saja saja buat ayat sedih. Tapi bagi aku memang sedih hahaha. Nanti mesti rindu dengan Hitam dan Sayang. Sayang pun walaupun garang, tapi dalam hati ada taman. Manja gila. Nak duduk atas riba orang saja. Tapi itulah, masih tak boleh nak bayangkan nanti bila pindah rumah macam mana :(

17 comments

  1. Setiap kucing ada favourite port dia. sebab dah ada bau dia dan selesa kat situ. Sedih bila kesayangan akan berjauhan. Mesti rindu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tempat favorite dia sebab dah melekat semua bau dia hahaha.
      Rindu tu memang akan rindu :(

      Delete
  2. wahh untungla jadi kucing makan tdo makan tdo je kejenye., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak, tak payah runsing nak fikir nak kerja kat mana, nak masak apa hahaha

      Delete
  3. Halah.. halah.. comelnya peneman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang hati setiap hari tengok peneman comel ni hehehe :D

      Delete
  4. alolo... cian dia nanti dah x dpt nak manja2 ngan bibik ye :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, bibik punnn nanti rinduuu nak tidur malam malam dengan itang :(

      Delete
  5. alalala geramnyaaaa ngan budak comel niiii.hehe

    ReplyDelete
  6. Aduh macam selimut busuk si Itang.
    Hehe baik Abang mengalah tidur luar.
    Kita punya kucing garang dan tidak mesra orang. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah macam selimut busuk si itang lah hahaha. Abang mengalah pun kadang kadang terkam jugak si adik hahaha.
      Ohhhh tapi nasib baik dia tak takut dengan akak kan hehehe

      Delete
  7. Suka kuxing... Tapi tak suka bela... Tunggu ade rumah yg ade laman kot๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

    ReplyDelete
  8. Kt rumah mak pun ada 2 ekor adik dgn abg. Sejak kawen duduk asing ni mak jelah yg jaga. Memang balik tu serbu mcm rindu setahun xjumpa.

    Memang suka tidur beralaskan kain. Manja betul

    ReplyDelete
  9. alamakkkk , susah kan klu pindah then takleh nak bawa.. rinduuu :(

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)