Sunday, 21 March 2021

Farewell Party by AP 119 B

Farewell party by AP 119 B | Jadi kami satu kelas decided nak buat farewell party semasa last semester before semua orang sambung internship di tempat masing masing. AP 119 itu code kursus "Ukur Bangunan" semasa diploma. B itu pula kelas aku sepanjang diploma. Farewell party masa ini tak ada Covid-19 lagi, tahun 2018 rasanya kalau tak silap aku. 



5 B sebab masa ini kami semua semester 5 dan semester seterusnya merangkap semester terakhir sudah internship.



Kami bertolak dalam pukul 3 lebih dari Seri Iskandar menuju ke Pantai Teluk Batik. Sampai sampai terus hidang makanan. Gigih tahu sediakan semua makanan ini semua kami semua duduk kolej jadi tak boleh memasak. 

Tapi mujurlah ada rumah classmate ini dekat saja dengan uitm, jadi pergi siapkan apa yang patut dekat rumah dia.

Sampai Teluk Batik terus tukar baju, dan yang lelaki ambik bahagian membakar. Perempuan duduk hidang makanan dan apa yang patut hehehe. 


Siap makan, ada yang dah terjun dalam air. Memang tak menyempat. Ada yang masih makan. Ada yang sembang sembang. Aku pun terjun sekali lah tapi tak reti berenang pun HAHAHA. 

Main tepi tepi macam tu saja. Rasa hanyut bila main jauh jauh. Sekejap mandi sekejap makan sekejap mandi lagi sampai lah penat. Sampai makanan habis kemudian terus kemas kemas nak pergi tempat lain pula. Lagi pun dah nak maghrib so kami semua get ready nak solat maghrib pula.


Siap solat terus pergi main boling hehehe. Tak ramai pun main sebab dah penat. Ini main pun sekadar suka suka sahaja, tak ada pertandingan menang kalah pun. 


Dan akhir sekali, siap main boling terus balik Seri Iskandar. Tapi sebelum masuk kolej, pergi makan malam dulu. Makan ramai ramai kemudian ambil gambar kenangan depan kedai hehehe. 

Sampai kolej, mandi dan solat terus tidur sebab KELETIHAN. Wah macam aku lah yang terpaling penat hahaha. Padahal orang lain lagi penat. Tapi penat sebab mandi pantai aku rasa. Sebab dah lama tak mandi pantai huhuhu. 

Dan now, masing masing dah ada kerjaya sendiri. Ada yang dah kerja, ada yang masih tanam anggur (read as: tidak bekerja) which is me, ada yang degree dapat course lain jadi masih belajar sampai sekarang. 

Rindunya. Degree tak ada proper goodbye pun sebab tak jumpa since 17 March 2020. Sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Malam itu memang semua kelam kabut balik rumah masing masing. Sampailah sekarang tak jumpa-jumpa. Jumpa dalam Google Meet sahaja.

In shaa Allah, suatu hari nanti boleh jumpa balik. Cepat atau lambat saja. 

12 comments

  1. Memang terasa kitalah terpaling penat tapi happy lah dapat spend masa dengan kawan-kawan. Lepas habis covid ni boleh plan semula untuk proper goodbye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah suatu hari nanti boleh jumpa and say proper goodbye :)

      Delete
  2. semoga semuanya dapat kerja bagus bagus dan berjaya serta berintegriti dalam kerjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Terima kasih kak Azian :)

      Delete
  3. huaa tgk ni rasa mcm rindu gila classmate dulu yg rajin buat hangouts mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalahhhh, tengok balik gambar gambar lama rasa rindu pulak nak lepak ramai ramai. Sekarang semuanya dah terbatas :(

      Delete
  4. Moga semua dapat kerja bagus, dapat kehidupan yang lebih baik. Nanti boleh buat reunion 😊

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)