Tuesday, 16 March 2021

Ganti Puasa

Alhamdulillah, semalam sudah selesai ganti puasa. Sekarang dah masuk 2 Syaaban, jadi tak lama lagi Ramadhan menjelma. Bulan puasa tahun lepas niat nak ganti puasa masa bulan Syawal. 


Eh eh niat tak kesampaian HAHAHA last last bulan Rejab atau bulan Syaaban juga baru habis gantinya. Sesiapa yang belum setel hutang tinggal puasa, boleh dah ganti terus hehehe. Kalau tak sempat, kena bayar fidyah. 


Apa itu Fidyah?


Fidyah itu DENDA ke atas seseorang umat Islam yang telah mencapai akal baligh kerana telah melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan hal hal lain yang berkaitan. 


Kalau melibatkan hukum puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib semasa bulan Ramadhan atas sebab sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti sehingga masuk bulan Ramadhan pada tahun seterusnya.


Dari segi hukum, hukum fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia dikira satu tanggungan (hutang) kepada Allah s.w.t jika tidak dilaksanakan. 


Kiraan fidyah:


Contoh: Aminah telah meninggalkan puasa selama tujuh hari kerana haid pada bulan Ramadhan 1438 H (2017). 


Situasi 1: Aminah belum menggantikan puasa sehingga memasuki bulan Ramdhan seterusnya iaitu 1439 H (2018). 


Formula kiraan: Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah


7 hari x RM 4.00 = RM 28.00


Situasi 2: Aminah belum menggantikan puasa yang ditinggalkannya pada 1438, 1439 dan sehinggalah 1441 H. Aminah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.


Formula kiraan: Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah x Berapa tahun yang ditinggalkan


7 hari x RM 4.00 x 3 tahun = RM 84.00


**3 tahun bermula dari 1439 hingga 1441 H. 


Bayaran Fidyah dan Qada' Puasa bagi golongan ini?

  • Perempuan hamil
  • Perempuan susukan anak
  • Orang tua yang uzur
  • Sakit hingga tidak dapat puasa


*Rujuk jadual dibawah


Harga fidyah (sehari) di Malaysia 2021:

  • Wilayah: RM 4.00
  • Kedah, Perak dan Selangor: RM 1.80
  • Penang, Sarawak, Negeri Sembilan, Sabah, Terengganu, Johor, Pahang, Perlis dan juga Kelantan: RM 1.75
  • Melaka: RM 1.70


Nak tahu selebihnya, boleh rujuk disini: Fidyah dan Bayaran Fidyah. Semoga kita diberikan kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini 💜

11 comments

  1. alhamdulillah..settle kan ganti puasa..Tak sabar nak tunggu ramadhan ni

    ReplyDelete
  2. Good sharing gadis kidal.. done follow #58

    ReplyDelete
  3. rm4 satu hari murah je tuuh.. invtkn fidyah seekor kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish fidyah seekor kambing tu dah macam aqiqah dah wak lat hahaha

      Delete
  4. hahaha,, ganti puasa tuk tahunn lepas awal2 da gantiii. sambunggg puasa 6 tuu.. senanggg. haha cuma masa ngandungkn anak akk tuu..sebulan tak puasa.. sbb takot effect kat anak kan..dapat gantii puasa sikit jaaa, yang balance tuu baru je bayar minggu lepas hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, saya niat nak ganti lepas sambung puasa 6, tapi niat jelah HAHAHA. Sampai ke sudah tak buat buat :D
      Ohh haah, kalau pregnant tak disyorkan puasa kan, kesiankan baby. Takpelah dah bayar tu, kira langsai semua dah lah :)

      Delete
  5. memang kena bt fidyah la. thn lps pun tak ganti lg haha campur dgn puasa thn ni. hmm demi anak

    ReplyDelete
  6. Lagi beberapa hari je lagi nak sambut Ramadhan, kena cepat cepatlah yang mana belum ganti puasa tu :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)