Wednesday, 31 March 2021

Mak. Mama. Ibu. Mommy. Umi.


Mak. Mama. Ibu. Mommy. Umi. | Panggilan nama seorang anak kepada seorang wanita yang melahirkan dirinya. Panggilan nama yang ditunggu saat anak mula bertatih berbicara. Rindunya nak panggil seseorang dengan panggilan nama Ma. 2021, 12 tahun berlalu. Sekejap saja masa berlalu.


12 tahun yang lalu, aku berumur 12 tahun. Dan 12 tahun pada 2021, aku berumur 24 tahun. Pejam celik pejam celik, berjaya menghabiskan pembelajaran sampai ijazah sarjana muda walaupun ma hanya sempat tengok sampai UPSR. Actually, UPSR pun tak sempat sebab arwah mak meninggal bulan 7, UPSR bulan 10 kot hehe. Sudah lupa bulan berapa.


Betul tak, tak kiralah berapa ramai pun manusia yang ada dalam sesebuah rumah tu, kalau mak tak ada di dalamnya, rumah tu tetap terasa kosong. Hilang penyeri. Boleh diibaratkan hilang tiang rumah. Boleh runtuh bila bila masa. 


Arwah mak meninggal disebabkan oleh penyakit kanser rahim dan beberapa komplikasi lain. Panjang sangat punca kematian yang ditulis dalam sijil kematian. Tapi nak senang cerita dan apa yang aku faham, puncanya kanser rahim. 


Dulu masa kecik kecik, sesetengah mak kepada kawan kawan aku bahasakan dirinya mak kepada aku. Sebab tahu aku dah tak ada mak masa tu. Tapi kadang kadang aku tak selesa sebab takut anak dia jealous kan bila mak dia bahasakan diri as mak kepada aku, padahal tak ada masalah pun. Kawan aku okey je, aku je yang over rasa macam tu HAHAHA.


Dulu, zaman arwah mak ada memang excited nak puasa dan raya. Arwah mak masak sejenis je lauk tapi feel dia tu fuhhh. Pantang orang Kemboja datang rumah sambil junjung bungkusan baju atas kepala, mak belikan baju lawa lawa hehehe. Sekarang, baju raya pun recycle je baju lama lama since aku pun tak berubah berat badan sobs sobs sobs. Masih muat dipakai even dah bertahun bertahun bajunya 😭 Can someone transfer your fat (lemak) to me? 


Nota jemari: Hargai mak dan ayah korang selagi mereka masih hidup. Aku terkilan sebab tak sempat nak balas jasa arwah mak aku since mak aku meninggal pun aku masih sekolah.

12 comments

  1. alfatihah buat arwah mak sis ya. saya pun bahasakan mak tuk mak kwn2 rapat saya.

    ReplyDelete
  2. Al- fatihah buat mak tiqah. #rindutiadapenghujung

    ReplyDelete
  3. my mom passed away on 2019 🥺 kita sama sis, taksempat nak balas jasa mak :/

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sedih. Moga Allah beri kekuatan dan kebaikan pada Atiqah.
    Al-Fatihah untuk arwah Ma.

    ReplyDelete
  5. Al fatihah buat arwah mak Atiqah.
    Betul, selagi mereka ada hargailah mereka.

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah buat arwah mak Atiqah. Rindu yang paling perih semestinya rindu pada mereka yang telah terpisah dunia dengan kita.

    Tak mengapa. Sebagai anak, Atiqah masih boleh berbakti dengan titipkan doa yang tidak putus buat emak.

    Nak lemak ke? Akak ada banyak boleh bagi 😂

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah buat arwah mak Atiqah. Faham sangat perasan tu sebab saya pun kehilangan ayah waktu sekolah menengah :)

    ReplyDelete
  8. alfatihah utk mak.. aminn

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah buat arwah mak Atiqah... keep berdoa utk mak :) doa anak2 yg solehah sampai ke emak

    ReplyDelete
  10. Alfatihah untuk arwah mak awak. Insha Allah, doa dan amalan baik awak boleh tolong Arwah di alam sana. Tu pun cara balas jasa ibu jugak tau.
    P/s: Okla tu badan tak naik. Awet muda. Hehe

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah untuk arwah ma Atiqah.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)