Maksud nama | Pagi ini terasa nak berkongsi maksud nama empunya blog Gadis Kidal ni. Nama penuh Nur Atiqah Najihah binti Zakaria.
Nur : Cahaya
Atiqah : Yang mulia, pilihan
Najihah : Yang berjaya
Zakaria : Nama nabi
Kalau digabungkan akan jadi "Cahaya yang mulia, pilihan, yang berjaya" (exclude my father name) hehehe. Indah kan maksudnya HAHAHA. Sekali sekala puji nama diri sendiri 😛 Kalau mengikut cerita arwah mak dan adik beradik, nama aku terhasil ciptaan dari kakak kedua aku.
Dia yang fikirkan nama apa yang patut diberi kepada adiknya (aku lah adiknya) masa daftar dulu. Mujurlah nama ayah aku 'Zakaria', kalau panjang juga, letihlah nak tulis bahagian nama masa isi borang. Entah entah tak cukup kotak nak isi nama.
Dulu dan sampai sekarang, selalu ada saja orang yang salah eja nama aku which is atiKah. Biasanya orang keliru sama ada 'K' atau 'Q' tapi ejaan nama aku yang sebetulnya ialah 'Q'. Sebab kalau nama Atikah itu bawa maksud lain pula. Kalau tak silap, Atikah itu membawa maksud pemurah, berani, bersih dan murni. Beza satu huruf sahaja, tapi bawa maksud yang berbeza-beza.
Kalau di sekolah, universiti ke mana mana lah, aku akan perkenalkan diri aku sebagai Atiqah. Jadi semua akan panggil Atiqah. Tak kisah nak panggil Atiqah ke Tqah ke, aku okey saja mana mana. Jangan panggil Iqah pls. Rasa pelik betul orang panggil Iqah HAHAHA. Rasa macam keperempuanan sangat kalau panggil Iqah sebab aku tak adalah gegirl mana.
Memang tak pernah nak perkenalkan diri sebagai Najihah. Sebab apa? Sebab Najihah nama family panggil. Family tak pernah panggil Atiqah. Dulu kalau kawan datang rumah, tanya "Atiqah ada tak", family aku akan "Ohhh Najihah" hahaha. Selain Najihah, aku pun dipanggil adik sebab anak bongsu.
Jenis aku kan, aku suka cari maksud nama nama. Bila baby kawan ke anak saudara lahir ke, aku akan tanya nama baby kemudian aku akan google. Cari maksud hehehe. Tak tahu lah kenapa, tapi minat sungguh nak tahu nama baby yang baru lahir. Kadang-kadang mak ayah baby sendiri pun belum tahu nak letak nama apa hehehe.
Macam mana lah nama yang panjang panjang tu ya bila nak isi borang. Sumpah letih. Kalau tulis nama separuh boleh ke? Hahaha. Hasil google and terjumpa, Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian. Ya Allah, nama terpanjang yang pernah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
Nanti sekolah kawan panggil L saja, senang. Tapi itu semua hak ibu bapa, nak letak nama anak mereka apa, selagi membawa maksud yang baik baik. Tak kecam pun hihihi. Jadi apa pula maksud nama kalian? Mind to share? Aku rasa ramai dalam kalangan bloggers yang pakai nama samaran kan? Tak guna nama sebenar. Mungkin nak rahsiakan identiti sebenar hehehe.
26 comments
mati la nak nak tulis nama pepanjang masa exam.. itu je dah amek masa kot...
ReplyDeletehahhaha nasib nama k ret pendek je.. tp erk xde maksud... huwaaaaaa!!
nak tukar nama laaa....
Kannnnnnnnn, tulis nama pun dah berjela jela. Tak jawab soalan lagi hahaha. Wahh, kalau lah proses tukar nama tu senang kan best hahaha.
DeleteIndah maksud nama :) Nama saya pun panjang tp nama pggilan pendek je. Hehe
ReplyDeleteNama panjang panjang, last last panggil pendek je hehehe. Senang and memudahkan.
Deletesakit tgn nak tulis kalau nama panjang2 hehehe
ReplyDeleteBetul tu atie, lenguh tulis nama je, tak jawab soalan lagi tu hahaha.
Deleteharap bakal suami nnti x tergeliat lidah nak sebut nama gadiskidal yg panjang2 camni., hehehe tapi kat terenganu masa ijab qabul xyah sebut bakal isteri kannn? khannns ;p
ReplyDeleteHAHAHA tak adalah panjang mana pun wak lat :P
DeleteEh yeke? Selamat la tak payah sebut nama masa ijab qabul hahaha :D
nama pendek je...tak ingat apa maksudnya..haha
ReplyDeletePendek tu lagi senang akak hahaha
DeleteOh, gitu citernya. Nama akak, Nurhayati. Cahaya hidupku. :)
ReplyDeleteKesian bagi nama anak panjang-panjang. Nanti anak tu susah sekolah, nak kena ingat. Isi borang pun susah, sebab tak cukup ruang kang. Hehe.
Betul, kesian jugak kalau bagi nama anak panjang panjang. Kotak nak isi borang nanti pun tak cukup sebab panjang sangat hahaha.
DeleteSelalu je orang salah eja nama kita kan.. Kadang sampai satu tahap malas nak betulkan.. Sha sampai dalam sijil pun salah.. Walhal dah bagi dah ejaan yang betul..
ReplyDeleteSaya setujuuuuuu sangat! Sampai satu tahap dah malas nak kisah atau nak betulkan. Samalah kita, dalam sijil pun salah taip. Macam tak rujuk pulak kan nama kita before taip tu.
Deletebestnyaaa nama makna awk nii :)
ReplyDeleteHehehe terima kak Nadyya :D
DeleteWah indahnya nama Tiqah. Betul la tu. Nama² anak akak pun orang selalu Keliru K Dan Q. Huhu...
ReplyDeleteHehehe terima kasih kak :D
DeleteSenasib lah, selalu keliru K dengan Q tu. Memang tak boleh buat apa hahaha.
Masyaa Allah cantik pilihan nama atiqah, dua nama depan tu sama nama anak AJ cuma Q tu jadi K , singgah malam dan follow atiqah :)
ReplyDeleteWah anak AJ geng saya lah hehehe walaupun beza K dengan Q. Terima kasih AJ, nanti saya follow back ☺️
DeletePanjang sangat nama tu. Jenuh nak menulis nanti. Hehe..
ReplyDeleteBetul tu kak, jenuhh lah nak menulis nanti hahaha 😂
DeleteMakna yang bagus :)
ReplyDeleteFuhh nama panjang panjang tu jenuh nak tulis nama, form pun tak muat. Tapi sekarang dah trend nama pendek semula dah.
Haah perasan jugak sekarang dah trend nama pendek. Bagus jugak macam tu. Pendek dan senang 😂
DeleteAkak dulu ada kawan sekolah yang namanya panjang sangat sampai kena ada 2 i/c. Satu i/c biasa yang tertera nama dia sahaja. Satu lagi dipanggil kad pengesahan nama ke apa tah...yg itu baru ada nama penuh.
ReplyDeleteFirst time dengar orang ada 2 ic ni. Panjang sangat tu namanya sampai special ada 2 ic. Macam mana lah ye isi borang kalau nama panjang panjang hahahaha.
DeleteMaaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)