Thursday, 18 March 2021

Panadol Bahaya?

Siapa sini suka makan panadol? Setiap kali sakit, terus telan panadol. Panadol dan dirinya tak dapat dipisahkan. Tidak bagi aku hehehe. Panadol dengan aku ibarat musuh okay. Demam teruk sangat baru aku akan makan panadol. 


Tengok size panadol. Kalau size panadol kecil macam ubat selsema boleh ditelan lagilah. Kalau size panadolnya besar gila, kirim salam awal awal. Memang tak akan aku telan HAHAHA. Telan telan pastu keluar balik sebab tekak tak relakan panadol itu memasuki perut aku 😆


Tapi, betul ke panadol ini boleh membahayakan kesihatan? Boleh rosakkan buah pinggang? Betul ke panadol ni bila kita telan, dia akan kekal dalam badan kita selama 5 tahun? Siap boleh rosakkan hati? Betul ke? Nak tahu betul atau salah, jom baca entri ini sampai habis. Aku macam biasa, terjumpa masa tengah scroll twitter. Ternampak Dr Samhan (@DoktorSamhan) share berkenaan panadol ni di laman twitter miliknya.



Panadol atau Paracetamol ini biasanya digunakan sebagai ubat demam (antipyretic). Selain itu, panadol ini juga bertindak sebagai ubat tahan sakit atau biasa dipanggil sebagai painkiller. 

Panadol ini paling selamat dan sesuai digunakan oleh sesiapapun dan tidak mengenal usia, contoh: kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu dan warga emas.

Nak telan panadol ini mestilah mengikut dos yang ditetapkan. Jangan telan sesuka hati. Itu yang jadi bahayanya bila telan tak mengikut arahan doktor. 

  • Dewasa: 
    • Panadol 2 biji (500 mg) setiap enam hingga lapan jam sekali (maksima 4 g sehari). 
  • Kanak-kanak: 
    • Sirap pracetamol (ubat cair) adalah 15 mg per kilogram berat badan dalam enam hingga lapan jam (tiga hingga empat kali sehari).
    • Kalau ubat peluru yang masuk ikut rektum tu pulak 30 mg per kilogram setiap enam jam sekali (maksima 5 g sehari).

Berapa dos yang boleh rosakkan hati?

Menurut Dr Samhan, kalau orang dewasa ambil 20 biji dalam satu masa dan bagi kanak kanak pula, 200 mg/kilogram dalam satu masa. Itu semua memang dah melebihi dos yang dibenarkan dan tak mengikut arahan doktor. Jadi, kesan pengambilan yang melebihi dos itulah yang akan merosakkan hati kita.

Tuntasnya, jangan risau kalau telan panadol. Janji jangan melebihi dos yang dibenarkan dalam satu masa. Kena berpada-pada. Kena baca dan dengar arahan doktor. Doktor lagi pandai daripada kita. Memang diakui paracetamol ada kesan sampingan lain seperti loya dan sebagainya, tapi apa apa pun, rujuk doktor terlebih dahulu. Jangan ikut sedap tekak kita sahaja.

Nota jemari: Aku lagi suka ubat cair daripada telan panadol hiks 😂

Baca lebih lanjut: Panadol Bahaya

19 comments

  1. dalam sebulan tu..tak pernah lagilah free panadol... tapi kira ok lah kan... sebulan sekali dua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira okey lah sekali dua, bukan selalu. Janji ikut arahan doktor je.

      Delete
  2. Hahahaha.. sebenarnya awk takut ubat, kan???

    Ada seorang doc ni pulak kongsikan, paracetamol ni bagus diambil sekali sebulan 2 biji sahaja bagi orang yg sihat. Doc tu fames jugaklah kat fb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu takut makan ubat hahaha. Bila betul betul terdesak je baru makan hehehe. Ohhhh sebulan 2 biji je ye, memang sikit jelah boleh ambik dalam satu bulan tu.

      Delete
  3. Akak dah lama tak makan panadol. Alhamdulillah. Bila sakit, ikut je sukatan doktor suruh. Jangan telan lebih-lebih pulak, konon nak baik cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, last telan panadol bila tah. Memang tak ajar diri makan panadol sebab tak suka lah paling utama hehehe. Tak ada maknanya lah telan banyak banyak, boleh makin cepat baik hahaha.

      Delete
  4. Pengambilan panadol mengikut saranan Doktor
    ketika sakit jgn melebihi dos yg telah ditetapkan

    ReplyDelete
  5. kak ret pun x suka makan panadol.. pahit hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak ret hahaha. Bagi saya, ubat cair lagi sedap HAHAHAH :D

      Delete
  6. akk bila dah migraine teruk melampau baru makan panadol.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu memang kena makanlah kalau dah migraine teruk. Kalau boleh tahan, memang kirim salam jelah nak makan hahaha.

      Delete
  7. Biasa kalau sakit kepala tak tahan sangat baru makan panadol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, bila dahhhh memang dah tak boleh tahan baru telan sebijik panadol. Kalau tak, memang bergantung dekat minyak angin and tidur jelah hahaha.

      Delete
  8. hmm panadol ni always ada.. one of a must drug

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan ikut arahan doktor takpe, jangan overdose dah hehehe.

      Delete
  9. Dah lama Tak makan ubat. Tapi kalau makan Panadol pun, mesti ikut Saranan doktor.

    ReplyDelete
  10. Saya kurang ambil panadol. kalau pening sikit pun, rehat dan tidur lepas tu okay dah. Alhamdulillah
    Thanks untuk info ni :)

    ReplyDelete
  11. Konfius kejap. Rupanya panadol yang dimaksudkan doktor ni ialah paracetamol. Kesian brand panadol. 😂

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)