Sunday, 14 March 2021

Sebab Sebab Anda Sering Digigit Nyamuk

Okey, mula mula aku terjumpa article pasal nyamuk ini kan aku tergelak kecil sikit. Serious lah nyamuk gigit kita pun ada sebab sebabnya. Bagi aku macam lawak jugalah sikit sebab ingat nyamuk gigit random saja. Rupanya ada enam sebab kita sering digigit nyamuk. Sharing by @DrSamhan di twitter. Jom baca sebab sebabnya.



  • Berdarah O
    • Siapa sini darah jenis O? Okey kalian selalu ke kena gigit nyamuk? Sebab menurut Dr Samhan, darah jenis O ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi iaitu sebanyak 83% untuk digigit nyamuk. 
    • Tetapi sebaliknya dengan darah jenis A. Jadi sesiapa darah A itu selamat sikit daripada digigit nyamuk. Eh ini sebab betul betul ke auta? HAHAHA.
  • Individu bertubuh besar
    • Masalah badan besar atau kecil pun memainkan peranan juga ya? Nyamuk pun pandai juga eh main pilih-pilih orang untuk menggigit? Menurut kajian, ia ada kena mengena dengan kadar metabolisme dan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan dari badan sewaktu pembakaran tenaga.
    • Sebab apa? Sebab nyamuk mengesan sasaran mereka menggunakan karbon dioksida dan boleh dikesan dari jarak 50 meter. 
    • Makin besar badan anda, makin banyak karbon dioksida yang dilepaskan jadi makin besar peluang anda untuk digigit oleh nyamuk.
  • Wanita hamil
    • Wanita yang mengandung mempunyai 2 kali ganda peluang digigit nyamuk sebab mereka lagi banyak membebaskan karbon dioksida. 
    • Wanita sarat mengandung lebih banyak membebaskan karbon dioksida iaitu sebanyak 21% lebih banyak berbanding wanita biasa.
  • Individu sedang bersenam
    • Nyamuk tertarik dengan asid laktik iaitu kompaun yang yang dikesan dalam peluh. Haba tubuh badan yang meningkat semasa bersenam turut menyumbang tarikan gigitan nyamuk.
  • Memakai pakaian gelap
    • Sebab ini boleh diterima sebab boleh dikira logik. Persekitaran yang gelap membuatkan nyamuk jadi selesa jadi memakai pakaian gelap boleh membuatkan nyamuk menumpang di badan kita dan seterusnya menggigit kita.
  • Individu mudah berpeluh
    • Asid asid tertentu seperti laktik dan urik serta kolestrol yang berada dalam badan kita mempunyai kandungan steroid yang tinggi. Jadi, ia mampu menarik nyamuk kerana orang jenis ni mempunyai kadar metabolisme tinggi dan memproses kolestrol lebih cepat dari yang lain.

Jadi macam mana? Sebab sebab yang betul atau auta semata mata? HAHAHA. Sebab sebab digigit nyamuk ini hasil perkongsian Dr Samhan, jadi aku sampaikan dalam blog aku. 

Aku bukan berdarah jenis O pun selalu sangat digigit nyamuk :( Gigit tak tinggal parut tak apalah, ini pakej sekali dengan parut. Dah satu kerja pula nak kena pudarkan parut. Berbintik bintik tangan kaki kesan parut nyamuk 😭

15 comments

  1. perempuan mengandung pon sama ekk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, macam susah nak percaya, tapi doktor yang cakap hahaha

      Delete
  2. O... Rupanya nyamuk pun reti memilih. Akak ingatkan main bantai je gigit. 😂🤣🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ingatkan random je dia gigit, rupa rupanya siap ada sasaran lagi hahah adoii lawak lah nyamuk ni :D

      Delete
  3. Haduh, saya suka berpakaian gelap. Huhuhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita samalah hahaha, suka pakai pakaian gelap so memang jadi sasaran nyamuk jelah :D

      Delete
  4. ooo...saya darah A.. suami darah O. patutla meriah dia kena hurung nyamuk. pacat pun sama...dia sorang je kena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pacat pun sekali ye hurung suami akak hahaha

      Delete
  5. selalu kalau pakai gelap saja, sure kena gigit nyamuk.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu boleh diterima logik jugak laj hahaha sebab nyamuk suka tempat gelap so memang jadi sasaran dia lah hahaha

      Delete
  6. Mrs. A berdarah o+ ye kot nyamuk suka je gigit hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoii Mrs. A bertabahlah ye, nyamuk suka gigit Mrs. A hahahahaha

      Delete
  7. Ada beberapa betoi ada beberapa mcm xbetoi..individu bertubuh besar kena gigit nyamuk tp rasanya..kecik besar kurus tinggi..tua muda..pn dia gigit..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hahaha, saya yang agak kecik ni pun selalu je jadi sasaran nyamuk nya :D

      Delete
  8. Saya ada baca di twitter beliau. Barulah tahu kenapa nyamuk suka gigit seseorang tu :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)