AdSense?


AdSense | Kenapa dengan AdSense? Tadi petang aku belek belek blog then tekan lah bahagian earnings. Tup tup ehh! Dah boleh letak code AdSense lah! Sebelum ni tak boleh letak. Rasa macam excited lah jugak HAHAHA. Aku rasa aku boleh letak code sebab aku tambah users dekat account settings. Aku letak email blog lama aku. 

Aku rasa jelah hehehe. Email tu memang dah lama create, kalau tak silap tahun 2010 / 2011 macam tu. 

Tapi ingatkan senanglah nak letak codenya, alih alih sampai sekarang, aku pening 😂 Aku siap email kak Fizah lagi tanya pasal code AdSense ni. Mula mula faham, lepas tu blank. Mungkin bagi aku kot yang pening, bagi orang lain tak pening hahaha.


Ni existing ad unit. Semua aku pilih iaitu Display ads, In-feed ads dan In-article ads. Tapi yang Unit 3 In-feed ads tu aku tak letak pun codenya sebab aku tak reti macam mana nak letak. Jadi aku abaikan je. 

Yang Unit 1 In-article ads tu aku letak antara ayat dalam post entri aku. Boleh rujuk gambar dibawah. 


Agak agak, betul tak cara aku letak codenya? Sumpah aku dah google macam macam tapi hasilnya aku makin pening. Apa benda yang memeningkan aku pun tak tahu lah HAHAHA. 

Aku letak code ni di salah satu post entri aku sahaja. Apa yang aku faham dari email kak Fizah, letak satu code pun dah memadai. Tak payah letak code ni di setiap post entri.



Yang ni untuk Unit 2 Display ads. Aku letak bawah <head> dan atas </body> dalam edit html. Yang ni aku letak code amp, bukan code html. Sama saja ke? Ataupun berbeza? Aku rasa macam sama hehehe.

Banyak persoalan aku, aku harap ada orang yang boleh jawabkan atau tunjuk ajar. 

1. Betul tak peletakan code based on gambar gambar diatas?
2. Perlu letak semua code atau sekadar satu code sahaja dah memadai?
3. Andai satu code sahaja sudah memadai, aku perlu buang ke code lain lain atau biarkan sahaja?
4. Selagi Google AdSense tak approved blog aku, iklan ni tak akan muncul kan?
5. Kalau on kan AMP tak apa kan? Tak ada masalah pun kan? Aku on kan AMP ads by site tapi aku tak letak pun codenya hahaha. Sebab aku dah letak yang Unit 2 Display ads tu. Aku rasa macam benda sama je. Ke berbeza jugak? 

Sign up Google AdSense --> Letak code --> Tunggu Google AdSense approved --> Iklan muncul --> Cukup 10 USD --> Google AdSense hantar pin verification --> Collect 100 USD --> Checkout

Lebih kurang flow Google AdSense mengikut pemahaman aku? Ke salah? Ke ajaran ayah pin ni 😂 Flow ni tak termasuk yang gagal dan kena mohon semula. Rough flow based on my understanding hehehe.

Jadi sekarang ni, incase code aku dah letak dengan betul pada tempatnya, aku hanya tunggu Google AdSense review blog aku dan jumpa iklan dalam blog aku? Kalau aku gagal, Google AdSense akan emailkan kepada aku dan aku kena mohon semula. Is it true? 

Thank you in advance kepada sesiapa yang menolong!

Nota jemari: Korang boleh share jugak knowledge korang pasal AdSense ni incase aku ada terlepas apa apa hehehe

18 Comments

  1. Betul dah tu letak code bawah head. Takpe, nanti iklan dah muncul boleh letak kat mana yang sesuai. sekarang adsense dah mudah. Letak satu code bawah head tu dia akan auto keluar iklan responsive dalam blogpost, sidebar dan bahagian yang dirasakan sesuai gitu.
    tunggu pendapat yang lain juga. lain orang lain pendapat :)

    ReplyDelete
  2. Akak belum letak iklan AdSense. Tapi belum nampak iklan di blog Atiqah.

    ReplyDelete
  3. guna add widget adsense pon boleh Atiqah. 1 bawah header,1 bawah post entry, 1 dekat sidebar. akk gunaa cm nii jaa.haha
    xnampak iklan kuar lagi nii

    ReplyDelete
  4. Naim buat auto ads.. boleh lihat utube ini

    https://www.youtube.com/watch?v=h0Y276JWvU4

    kelebihan auto ads diletak tempat betul2 bersesuai dgn blog kita

    ReplyDelete
  5. Mrs. A kalau letak code di add widget okay lagi.
    Tapi kalau di blog template bawah head phew! surrender awal-awal hahahaa...

    ReplyDelete
  6. wah tahniah...nnt leh main2 klik iklan ye kat blog

    ReplyDelete
  7. Kalau pening, bole pergi ke Layout blog kita, tambah gadget Adsense. Tak pun dekat Adsense tu, Ads --> pilih Auto Ads. Banyak juga tutorial di youtube, camne nak add iklan adsense. Try and error. Memang dia tak keluar dulu iklan tu. Jadi ruang kosong je. Nanti tunggu dia approve.

    ReplyDelete
  8. Akak dulu ada kawan tolong setkan..kalau tanya akak sekarang mmg x reti, tapi rasanya bleh set kat layout gak..Atikah dah dapat surat dari Google Adsense blom?

    ReplyDelete
  9. Wah tahniah Tiqah!!Akk pon ade buat jugak adsense ni. Tapi kene reject😆.Tak tau pasal apa.

    ReplyDelete
  10. Alamak, nak tolong pun i olls tak pandai. Tapi takde plak nampak iklan kat blog awak. Akak dulu pun belasah je. Janji iklan naik. Good luck ye

    ReplyDelete
  11. Tak reti nak bagi info sebab coding2 ni husband yang tolong pasang. K.naniey tak berapa reti macam pening sikit pun ada. hehe.. Btw, Tahniah Atiqah..

    ReplyDelete
  12. seigt sy dulu laa x de pn letak code2 ni... tau2 je dah muncul iklan hahahaha... mungkin tgk kt pc iklan x keluar. kalu tgk kt hp dah menari2 kot

    ReplyDelete
  13. kalau belum approve, tak perlu tambah banyak2 code dulu..just satu kod yang ikut arahan dia, letak bawah head tu je da memadai..nanti da approve, baru tambah lagi widget iklan dan tambah kod dalam html..tak perlu tambah dalam entri..

    ReplyDelete
  14. Code ni masih tak letak sbb tak reti. Hahaaha kena ada org yg pandai utk tanya

    ReplyDelete
  15. Kak Amie dulu main-main try mohon adsence. Sebab Kak Amie pun bukan pandai bab begini. Percubaan main-main tu terus diterima, dan pasang iklan. Sekarang dah lupa macamana caranya. Pelan-pelanlah belajar dari yang pakar.

    ReplyDelete
  16. Wahhh tahniah dah boleh letak adsense.. cik tk sendiri pun masa mula2 ada adsense, memang pening.

    ReplyDelete
  17. Asikk sudah ada adsense nya yah walaupun berpeninh2 hehe
    Doain juga mbak, saya juga lagi ngajuin adsense semoga di aprove

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.