Friday, 9 April 2021

Favorite Childhood Memory


Favorite Childhood Memory | Memori berkelah ditepi pantai bersama arwah mak masa berumur 12 tahun tu dikira as childhood memory tak? Darjah 6 still budak budak lagi kan? Hehehe. Sebenarnya tak ada idea nak tulis pasal apa, jadi kita google. Bila google, ternampak ada yang recommend suruh tulis pasal childhood memory ni, so why not kita ikut idea dia hihihi.

Picnic or known as berkelah. Itulah favorite childhood memory aku yang paling aku gemari zaman budak budak. Last picnic bersama arwah mak. Kami sekeluarga picnic 06 June 2009, dan arwah mak meninggal 15 July 2009. Kalau dikira kira kembali, 06 June tu merupakan 40 hari terakhir arwah mak sebelum meninggal. Kalau tak silap, orang cakap masa tu roh dah keluar dari jasad. Betulkan aku kalau aku salah. 

Picnic terakhir yang turut disertai ayah aku. Bukan senang tahu ayah aku nak ada sekali sebab sepertimana aku cakap sebelum ni, ayah aku bekerja di Kuala Lumpur, jadi susah nak berjumpa. Picnic dekat pantai yang berhampiran dengan rumah. Terengganu ni banyak pantai, pilih je nak pergi pantai mana HAHAHA. Rumah di kampung aku pun berhampiran pantai. Tak adalah betul betul depan pantai, tapi dalam dua atau tiga minit je dah boleh sampai di pantai. 

Satu hari yang cukup bermakna. Masa tu, aku tak jangka arwah mak akan pergi buat selama lamanya dalam masa terdekat. Walaupun tengah sakit, arwah mak masih larat bercakap, membebel hehehe dan sebagainya cuma tak memasak mana dah. Makanan yang dibawa pun kebanyakannya dimasak oleh kakak sulung. Ada je makanan yang di beli sebagai makanan tambahan. Untuk kemudahan arwah mak berbaring, kami siap bawa kerusi malas ke pantai. Senang untuk arwah mak bangun, duduk dan baring. 

Aku dengan kakak ketiga aku macam biasalah, makan lepas tu mandi manda, naik semula untuk makan, turun balik untuk mandi sampailah badan dah terketar sebab sejuk, jari dah mula kecut, barulah berhenti mandi. Nak cerita kronologi aktiviti apa yang aku lakukan memang dah tak berapa ingat. Tapi ingatlah perkelahan terakhir bersama arwah mak tu memang wujud. 

Dan itulah perkelahan terakhir aku bersama keluarga. Tahun 2010, dua orang kakak aku kahwin dan masing masing sibuk dengan kehidupan masing masing yang sudah berkeluarga. Tahun 2012, dua orang abang aku pun turut berkahwin. Jadi sekarang tinggallah abang ketiga, kakak ketiga dan aku yang masih belum berkahwin hahaha. Bila aku nak kahwin? In shaa Allah satu atau dua tahun lagi HAHAHA.

Abang dan kakak sulung aku dah cecah 40an dah, sebab tu aku ada panggil sesetengah bloggers as "akak" sebab rasa umur dia orang sebaya je dengan abang dan kakak aku hehehe. Eh tiber cerita pasal ni padahal tak ada kaitan pun 😂

Zaman 2009 mana ada lagi smartphone yang canggih canggih macam sekarang. Yang ada masa tu Nokia 3310 je, nak ambil gambar pun tak boleh. Bergantung sepenuhnya dengan kamera. Kamera pun mahal zaman tu. Jadi itulah yang agak dikesali sampai sekarang sebab tak ada gambar kenang kenangan masa berkelah. 

Nota jemari: Ambillah gambar orang yang tersayang banyak banyak biar nanti boleh dijadikan kenangan bila mereka dah tiada di dunia. Sekurang kurangnya gambar tu jadi bukti yang orang tersayang tu pernah hadir seketika dalam hidup kita.

10 comments

  1. Innalillahiwainnailaihirajiuun. Semoga roh mak diletakkan bersama org2 yg beriman. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Al fatihah buat arwah mak awak.
    Bila orang yang kita sayang tak ada, kenangan tu tetap ada dalam ingatan walaupun tak ada gambar untuk ditatap.

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah [dibaca]
    Biar terpisah jasad, setiap inci kenangan itu tetap termat indah dihati dan fikiran.

    ReplyDelete
  4. Allahu..arwah mak atikah meninggal di hari lahir kak SA...senang nak ingat ye...Alfatihah...innalillahiwainnailaihirojiun...semoga arwah mak tenang di sana..

    ReplyDelete
  5. Ingatan dalam fikiran yang tidak dapat dilupakan.
    Al-Fatihah. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

    ReplyDelete
  6. tearing baca entry ni... you are so strong...
    moga arwah mak tenang dgn org2 beriman

    ReplyDelete
  7. Al-fatihah buat arwah emak Tiqah. Sebaya akak la tu akak² Tiqah kalau umur dorang dah cecah 40-an. Hehe...

    Yela. Dulu² Mana Ada smartphones yang boleh tangkap gambar byk² Kan. Ambik video semua tu. Tapi, tetap dalam ingatan. 😔

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah utk arwah mak tiqah... akak pn sebaya akak² tiqah... hehehe

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah untuk arwah mak Tiqah..
    Zaman dulu kenangan hanya tersemat di memori je kan..

    ReplyDelete
  10. Al Fatihah. banyak kenangan dulu tersimpan dalam memori di hati shj. Kamera nak beli mahal. Time sekolah pun pinjam kamera kawan yang guna kodak tu je. Thanks to tecnology hari ni dah boleh simpan memori banyak2.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)