Random Photos in Gallery Part 2 | Tempoh hari dah buat part 1, boleh baca disini. Macam biasa, kekeringan idea yang semakin menjadi jadi, jadi kita jadikan gambar gambar yang ada dalam gallery telefon sebagai content dalam blog hehehe. Jom kita tengok.
Tapi mostly gambar hasil pembelian di shopee sebab nak review kan, jadi gigihlah ambil gambar setiap barang yang dibeli.
Kotak kasut. Beli di shopee dengan harga RM 2.20 untuk satu bekas. Sebab baru berpindah, jadi tak muat dah nak susun kasut di rak kasut yang sedia ada, jadi kita belilah kotak kasut ini. Kemas lah sikit daripada susun bawah katil, lama lama berhabuk pula hihihi.
Warna pink untuk kakak dan warna purple untuk aku. Review aku; cara nak pasang senang sahaja, tapi mula mula nak pasang itu termenung juga sebab penutup tak nak lekat dengan badan kotak. Tapi bila cuba buat itu ini, last last lekat juga. Bila dah tahu cara nak pasang yang sebetulnya, memang lajulah pasang yang seterusnya.
Pengikat rambut. Saja beli sebab berkenan tengok warna kuning. Lawa! Hehehe. Padahal nanti pakai ikat rambut yang lama juga sampailah hilang atau dah longgar. RM 3.33 boleh dapat 50 pieces. Kalau ikutkan hati, nak beli semua warna favorite yang ada tapi itulah, empat hari empat malam kena bebel dengan kakak HAHAHAHA.
Bantal Hilton. Best! Awal awal bestlah lagi. Nanti lama lama, tak tinggi macam itu dah. Tapi bagi aku, bantal ini selesalah. Murah sahaja dalam RM 12.90. Ada lagi yang murah tapi banyak bad reviews so kita belilah dari seller ini walaupun mahal sikit. Nanti beli lagi kot sebab kakak aku nak juga. Menyibuk. Hahaha. Jenis suka tidur bantal tinggi tinggi, memang kena beli banyak hihihi.
Sarung bantal. Harga RM 2.39 sahaja. Besar sikit dari bantal yang aku beli tapi masih boleh diterima. Tak ada pilihan warna lain, terpaksa ambil warna grey tapi not bad, okey saja kan warna dia kan?
Multipurpose cloth hanger. Harga RM 13.99. Ingat nak sidai tuala tapi sayang, tak lepas nak sangkut dekat tingkap. Rasa membazir pun ada hehehe. Tapi esok esok kita try lagi, mana tahu boleh ke.
Cloth hanger ini besar juga, ingatkan kecil saja tapi okey lah dengan harganya. Maaflah ya malas nak rotate gambar hehehe.
Nota jemari: Rasa nak tukar template blog lagi, maaf kalau masa kalian singgah, blog ini dalam keadaan serabut, maksudnya aku tengah try template lain hehehe
26 comments
kiutnya rak kasut tu.. mmg kaler gegirl
ReplyDeleteHehehe jiwa gegirl gituuuu
DeleteKotak kasut tu pernah viral dulu kan. Kemas dan elok juga letak dalam kotak stack gitu. Saya pun beli getah rambut bundle senang. Hilang ada stok dah. Bantal Hilton tak pernah cuba. Harga murah juga tu.
ReplyDeleteHaah kak fizah, kalau hilang ada stokk hehehe. Tak payah beli acap kali.
DeleteBest bantal tu, berbaloi beli dengan harga dia hehehe
Rasanya beli barang untuk rumah baru kan?
ReplyDeleteOh rajin tukar templat blog. Jangan pening sudah.
Haah kak NA, beli untukk rumah baruuu hehehe.
DeletePening sikit sikit je :P
Rajin beli noh hehee
ReplyDeleteSekali sekala je membeli :D
Deletecantik lak kotak kasut tu
ReplyDeleteCantikkk! Cute je bila letak kasut, nampak kemas disituuu hehehe
Deletegetah rambut even beli banyak mana pun akan hilang! Hahaha..sure akan guna yang satu tu je..hehe
ReplyDeleteSama macam kerongsang lah hahaha, beli banyak mana pun tetap akan hilang, tak tahu lah menghilang ke mana hahaha.
Deleteabe kie pun beli mcm2 kat shopee tu. sampaikan aircond n mesin basuh pun order!
ReplyDeleteSemuanya dihujung jari kan abe kie hahahaha, saya pun order telefon kat shopee. Alhamdulillah selamat sampai hahaha
Deletecute lak nengok kotak kasut tu, menarik jugak nengok getah rambut banyak n murah... akak biasa beli kt eco ada lah 10 ke 6 getah utk rm2.10
ReplyDeleteBoleh la beli kotak kasut tu kak dana hehehe.
DeleteHaah saya biasa beli kat eco gak, tapi ni alang alang beli barang kat kedai ni, jumpa pulak ikat rambut, terus beli hehehe.
Comel pengikat rambut tu dlm balang tu ya..tak la hilang mcm tu ja
ReplyDeleteHaah, tapi harap harap tak hilang lah bila dah ada balang tu hahaha
DeleteComel la getah rambut tu
ReplyDeleteBanyak brg yg dibeli.. memang semua ni ada dlm list hehe
ReplyDeletebekas kasut tu lama dah aim tapi asyik lupa je.. hahahaha
ReplyDeleteKotak kasut tu akak pun stress nak pasang masa awal beli. Huhu
ReplyDeletekotak kasut tu , mmg betul2 managing gila
ReplyDeleterak kasut tu cantik dan teratur. kasut pun tak kena habuk bila simpan macam tu.
ReplyDeletePengikat rambut tu cantik. Pengikat rambut k.naniey selalu beli kat eco tapi hairan selalu ghaib macam kerongsang juga. Adoii lah..
Cantik rak tu kaler pink..biasa la kalau kita dah sewa bilik ni mesti nak keadaan bilik selesa kan..memang masa tu la macam2 beli...hehehe..pengalaman akak masa menyewa bilik sebelum ni..
ReplyDeleteooo igt kn rak kasut tu boleh muat 2 kasut 1 tempat..
ReplyDeleteMaaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)