Random Photos in Gallery | Kekeringan idea nak update blog, jadi kita belek belek lah gambar dalam gallery mana tahu boleh dijadikan sebagai content dalam blog hehehe.
Kebiasaannya gambar gambar yang tak penting ini dah lama di padam tapi bila difikir-fikirkan balik, mana tahu boleh dijadikan content blog bila sudah mati akal nak tulis pasal apa kan? Jadi jom kita tengok sebelum di padam untuk selama-lamanya.
Gambar pemandangan dari bilik utama iaitu master bedroom yang bakal dihuni oleh aku dan kakak aku, in shaa Allah kalau tak ada aral melintang, jumaat depan sudah berpindah ke sana.
Tingkat lapan (8), tapi tingkat satu (1) hingga enam (6) itu sebagai parking lot, jadi kiranya rumah ini tingkat 2 sahaja kalau dibuang enam (6) tingkat dibawah itu hehehe.
Ambil gambar business hours kedai gambar sebab kakak nak ambil gambar passport. Tapi masa pergi, terlalu ramai orang, jadi kita ambil dulu business hours kedai. Senang nak rujuk dan tahu kedai buka atau tutup pukul berapa.
Kemas bilik sebab nak pindah, dan macam biasalah. Terjumpa pula sheet mask yang tak ingat masa bila aku membelinya HAHAHA. Banyak gila! Muka ada satu saja, yang sheet mask ini ada berpuluh puluh.
Beli time sales, tapi pakainya tidak. Buat hiasan semata mata dalam skincare storage HAHAHA. Bagi aku, personal experience aku, sheet mask ini not bad, best pakai. Tak ada sebarang irritation bila pakai. Murah pun murah. Berbaloi!
Karnival Penjana Kerjaya. Kakak kedua aku suruh pergi tapi tapi tak ada kerja yang menarik perhatian aku. Kalau ada pun, jauh dari rumah sewa aku. Masalah transportation pun satu hal juga.
Beli melalui aplikasi foodpanda. Popia pisang. Sedap makan masa panas, kalau dah sejuk, kulit popia dah tak sedap. Dah tak rangup. Beli mix punya, dan paling tak sedap cheese. Aku memang minat cheese tapi bagi aku, popia pisang cheese ini tak berapa menjadi (based on my own taste lah hehehe).
Pisang cheese coklat! My favorite! Ya Allah sedapnya, teringin pula sekarang ini HAHAHA. Tapi pisang cheese coklat yang aku beli kali ini tak berapa sedap kalau nak dibandingkan dengan kedai yang biasa aku beli. Manis! Makan sekali sekala tak apa kan? 😂
Maaf bilik bersepah sebab dah kemas separuh barang barang yang nak dibawa ke rumah baru hehehe. Gambar si hitam, balik jalan jalan terus masuk bilik aku dan terus tidur. Salah satu tempat favorite dia juga. Tidur bawah rak kain. Tapi paling favorite, semestinya di atas selimut merah.
Design lama rumah abang aku. Design siling tinggi. Memang design lama. Satu tingkat rumah standard di Malaysia dalam 3 meter. Tapi rumah kawasan abang aku ini, almost 6 meter. Dah boleh jadi 2 tingkat rumah dah. Tak pun boleh buat half floor ataupun buat mezzanine pun cantik!
Contoh mezzanine library. Cantik. Boleh buat mini library di mezzanine itu. Dulu masa buat assignment, aku ubah kelas lama dan jadikan mini library dan ada mezzanine. Pakai software Revit. Senang!
Dan yang terakhir ialah
Gambar yang nak dijadikan wallpaper Whatsapp. Baru download di pinterest. Yes, jenis seketul Atiqah Najihah ialah aku suka tukar tukar wallpaper. Tengoklah blog aku, tukar template lain pula dah HAHAHA.
29 comments
banyaknya mask...meh sini sekeping...hihiihi
ReplyDeleteSekeping tak cukup kak hehehe :P
DeleteSetiap gambar ada kisahnya. saya pun suka ambil gambar operation hours kedai. senang ada details situ. Tak ada idea, boleh jadi modal untuk entry. Itulah perasan dah berapa kali awak tukar template :) takpe, pilih selagi boleh pilih ikut taste kita :)
ReplyDeleteBetul tu, senang nak rujuk kalau tahu operation hours kedai.
DeleteHehehe maybe last template kot tukar kali ni :D
Hihi..sure ke tu? :p
DeleteHAHAHAHA in shaa Allah sure :D
Deletecantik sungguh mezzanine library tu
ReplyDeleteCantikkk kan. Saya pun berkenan dengan mezzanine tu hehehe
Deletehhahha klu tgk random gmbr dalam henpon k ret, mati la byk gmbe selfie si Uyum je ni hahaha
ReplyDeleteHAHAHAH si Uyum menguasai gallery dan camera kak Ret ni
DeleteOkey, masks tu dah boleh buat jual 😂
ReplyDeleteIdea buat mezanine library tu cool giler!
HAHAHAHA singgit satu saya jual :P
DeleteLawo kan! Nanti ada rumah sendiri, boleh lah buat hehehe.
Cantik betul design mezanine library pun.. akak pun berangan nak design gitu.. hihi.. anyway, TAHNIAH kerana awak terpilih menjadi salah seorang top commentator dalam jurnal akak...
ReplyDeletehttps://www.shikinrazali.com/2021/04/top-commentator-bulan-april-2021-tahniah.html
Cantikk kan! Saya pun berkenan hehehe.
DeleteWah alhamdulillah rezeki Allah. Terima kasih akak :D
saya suka ambil gambar. Setiap gambar ada ceritanya
ReplyDeleteBetul, ada ceritanya sendiri :)
Deletehaha samalah kita. semua benda nk ambil gambar pastu diam je gambar tu dalam gallery last last delete 🤣
ReplyDeleteItulah pasal, last last delete terus, tak tengok dah hahahah
Deletehi jom join GA menarik ni!
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html
Terima kasih, saya dah join haritu :)
DeleteSelamat berpindah. Hehe betul gambar boleh beri idea untuk menulis.
ReplyDeleteAkak tengah cari kekuatan menulis.
Terima kasih akak.
DeleteBetul tu, gambar pun boleh membantu kita untuk menulis kalau kekeringan idea hahaha.
setiap gambar ada kisahnya kan... tinggal lagi mood nak bercerita tu je yang tak berapa nak datang hahaha
ReplyDeleteItulah, tunggu mood je mai datang, memang banyak lagilah benda nak diceritakan hahaha
Deletemezzanine library tuuu menarik laa. cntiknyaaaaa
ReplyDeletepisang tuuu sedaaaapppp nyeee
Memory full dalam fon tapi sayang pula nak buang sesetengah gambar dlm tu. Nak upload kat ig dan fb memang tak la. Tapi boleh upload kat blog.
ReplyDeleteIdea library tu menarik sangat..
me kalau nak share random photo.. mmg too random la
ReplyDeletesedapnye makanan tu
ReplyDeletepsstt...akak pun ada banyak mask muka yang blom guna..ada yg dh expired sebab x pakai...biasa anak akak suka pakai...skrg dia pun jarang pakai dh
ReplyDeleteMaaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)