'Rape Jokes'

Ya, antara topik yang sedang viral, trending dan hangat diperkatakan di Malaysia. 

Rape Jokes.

"Ala gurau jelah, takkan lah tak boleh bergurau?"

"Janganlah serious sangat, kita kan dah besar, takkan tak boleh nak gurau pasal ni."


Betul, lawak rogol merupakan salah satu jenis gangguan seksual. Jadi lawak berunsurkan rogol tu masih nak dianggap sebagai bahan melawak? Tak kisah lah di tempat kerja ke di sekolah ke atau dimana mana sekalipun, lawak rogol tetap salah.

Dua tiga hari, viral di media sosial bila ada seorang pelajar perempuan sekolah menengah tingkatan 5 yang tampil berani mendedahkan perbuatan seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang didakwa melakukan gurauan berunsurkan rogol di dalam kelasnya.

Pada mulanya, guru tersebut sedang membincangkan tentang kesedaran gangguan seksual dalam kalangan remaja. Tapi lama kelamaan, perbincangan itu bertukar menjadi semakin pelik dan lucah. 

"Kalau nak rogol, jangan rogol di bawah 18 tahun. Rogol yang di atas 18 tahun. Kalau rogol di bawah 18 tahun, ada banyak undang undang yang melindungi mangsa di bawah umur."

"Lelaki kalau dirogol, dia orang tidak akan melaporkan kerana mereka berasa sedap, seperti mereka mahu perkara ini berlaku kepada diri mereka."

Pelajar perempuan tersebut mengadu kepada guru kaunseling sekolahnya namun tiada tindakan diambil. Menganggap gurauan itu adalah perkara biasa dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan selalunya sensitif dalam isu ini kerana ia fitrah semulajadi mereka. 

-----------------------------------------------------------------------------

Benda ni aku rasa dari dulu lagi dah berlaku. Sama kes ustazah / guru check pelajar sama ada period ataupun tidak. Yang bezanya sekarang baru tahu apa itu gangguan seksual. Dulu tak didedahkan dengan mendalam, jadi bila ada orang buat lawak lucah, kita pun senyap sahaja. 

Kembali kepada pelajar perempuan tersebut, lepas videonya viral sampai ke Facebook, kita boleh tengok sendiri reaksi rakyat Malaysia tentang rape jokes ni. Geli pun ada bila baca ada sesetengah pengguna Facebook yang berjantina lelaki (sesetengah lelaki, bukan semua lelaki) komen tentang tubuh badan pelajar perempuan tersebut. 

Tak padan dengan berpuasa, tapi komen macam orang tak berpuasa. Semuanya komen pasal tubuh badan pelajar perempuan tu.

Yang memberi komen semua ada anak anak perempuan dan isteri mereka pun perempuan. Oh mungkin mereka okay kalau ada orang lain yang buat rape jokes kepada anak anak perempuan dan isteri mereka. Mungkin mereka suka ada orang lain buat gangguan seksual terhadap anak anak dan isteri mereka. 

Pendapat korang macam mana? Mind to share? :)

16 Comments

  1. Lelaki tetap lelaki..walaupun dia guru..bila berckp hal ni, nmpk sgt tak menghormati wanita..sakit hati betul baca apa yg dia ckp tu..harap2 kena kt keluarga dia...haha *gelak jahat*..oopss..puasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, tak menghormati wanita buat lawak rogol macam tu.
      Ada banyak lagi yang boleh dijadikan bahan lawak tapi bukan rogol.

      Delete
  2. Ha ni k ret baru baca artikel ni tadi...
    ermm mmg x sesuai laaa cikgu cakp camtu walaupun gurau...

    Tapi kan, ada netizen pertikaikan si Ain ni seek attention.
    Ada video dia gak bgtau budak lelaki sekolah nk rogol dia

    wallahualam laa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ada baca jugak cakap Ain ni seek attention.
      Ain cakap mula mula classmates dia backup and nak support kalau dia suarakan pasal ni, alih alih classmates dia tak jadi sokong, tak tahu sebab apa. Siap dapat ugutan rogol lagi dari kawan lelaki dia.

      Delete
  3. Memang tak setuju isu rogol dijadakan bahan gurauan
    Macam cikgu tu pulak seoalah-olah mengajar pelajar lelaki nak merogol boleh tapi pilih umur 18 tahun ke atas aduh! mentaliti jamban punya cikgu eh! tetiba emo pulak.

    ReplyDelete
  4. Sakit jiwa kot orang yang jadikan bahan lucah jadi gurauan. Tak boleh fikir dengan baik.

    ReplyDelete
  5. Pernah juga dapat gurauan rogol daripada pelajar lelaki masa sekolah menengah tapi masa itu tidak tahu pasal gangguan seksual. Dengar memang rasa terganggu juga.

    ReplyDelete
  6. zaman sekarang nak cakap apa kena berpada pada dan fikir dulu. Sikit sikit buat video, viral, kena kecam lepas tu menyesal, sorry. Mungkin zaman sekarang terlalu open berkata kata sampai lupa isu sensitif. Semoga jadi pengajaran. Rape bukan benda boleh buat gurau.

    ReplyDelete
  7. Kalau kat tempat kerja kadang tu benda2 mcm ni dianggap biasa. Lagi2 orang yang dah berkahwin. Macam tak de rasa malu. Bergurau double meaning pun kadang tak selesa.. Tapi sesetengah orang suka..

    ReplyDelete
  8. Bagi akak, apa pun keadaannya, rape tidak patut dijadikan subject matter untuk buat lawak. Kalau segelintir orang boleh anggap rape sebagai lawak dan gurau senda, there must be something wrong dengan mereka.

    ReplyDelete
  9. Astaga, semakin miris yahh skrang ternyata ada lagi modua kayk gitu, jujur saya bru tau nih lawak rogol

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.