Sunday, 4 April 2021

Ubat Yang Batalkan Puasa vs Ubat Yang Tidak Batalkan Puasa

Ubat Yang Batalkan Puasa vs Ubat Yang Tidak Batalkan Puasa | Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma in shaa Allah 13 April ni, Dr Ahmad Samhan ada berkongsi tentang ubat ubatan dan beberapa prosedur yang boleh membatalkan puasa dan yang tidak akan membatalkan puasa jika dimakan. Macam biasa, aku nak kongsikan disini just in case masih ada yang keliru termasuklah diri aku hehehe.





Pertama sekali, ubat yang boleh membatalkan puasa terbahagi kepada empat jenis ubat iaitu:
  1. Ubat biji
  2. Ubat minum
  3. Pesari (Ubat yang masuk ke dalam vagina)
  4. Ubat masuk bontot (supositori dan enema)

Kedua, ubat yang tidak akan membatalkan puasa jika diambil terbahagi kepada lapan jenis ubat iaitu:
  1. Ubat yang diletakkan dibawah lidah (dengan syarat, LETAK bawah lidah. Bukan TELAN)
  2. Ubat cucuk insulin
  3. Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash)
  4. Ubat sapu seperti krim dan losyen
  5. Ubat kumur (dengan syarat, KUMUR sahaja, bukan DITELAN)
  6. Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat, TAK DISEDUT)
  7. Ubat bius setempat atau separuh
  8. Ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler untuk asthma

Ketiga, prosedur yang tidak akan membatalkan puasa terbahagi kepada 16 jenis prosedur iaitu:
  1. Hemodialisis atau peritoneal dialysis
  2. Mengambil darah untuk pemeriksaan
  3. Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing
  4. Cucuk melalui kulit, ke dalam otot, sendi, ke dalam pembuluh darah kecuali bahan yang dicucuk itu mengandungi zat
  5. Menderma atau menerima darah
  6. Menerima oksigen atau gas untuk dibius
  7. Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya
  8. Memasukkan ovules ke dalam vagina, cuci vagina, memasukkan alat speculum ke dalam vagina atau memasukkan jari ke dalam vagina (oleh doktor atau bidan) untuk pemeriksaan 
  9. Memasukkan tiub catheter untuk pemeriksaan
  10. Memasukkan tiub ke dalam mulut atau dubur (endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention)
  11. Mencuci mulut, kumur, spray mulut dengan syarat tidak ditelan
  12. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat ke dalam rahim
  13. Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi) dengan syarat tidak ditelan
  14. Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy)
  15. Cucuk pada dubur, pemeriksaan dubur atau pemeriksaan dubur menggunakan jari
  16. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia)

Dulu zaman sekolah menengah tingkatan 1 tahun 2010, pernah bagi alasan tengah ganti puasa sebab masa tu nak kena cucuk Pelalian HPV yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan budak sekolah berumur 13 tahun ambil Pelalian HPV. Tak pasti zaman sekarang masih ada ke tidak. Padahal penakut dengan jarum! Rupanya rupanya tak batal puasa pun HAHAHA. Pandai sangat bagi alasan yang tak valid padahal nurse yang nak cucuk itu lagi arif daripada aku 😆

8 comments

  1. Ok terjawab sudah terutama swab test dengan cucuk vaksin.

    ReplyDelete
  2. Ujian Swab Tak Batal Puasa, Tapi Korek Hidung Batal Puasa.. 😅

    ReplyDelete
  3. Bab kena kena cakna. Banyak persoalannya dan memerlukan jawapan yang tepat dan sahih dari mereka yang lebih arif.

    ReplyDelete
  4. Thanks kongsi ni, Atiqah. Setiap kali nak masuk bulan puasa, kena sahihkan tentang ubat-ubat ni.

    ReplyDelete
  5. so lepasniii takdelaaa ragu ragu :)

    ReplyDelete
  6. Menarik perkongsian ni. Penuh informasi. Memang wajib ambil tau..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Atikah share ngan kami semua...ada sesetengah tu x tau kan...

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)