UPSR dimansuhkan, PT3 2021 dibatalkan


UPSR dimansuhkan, PT3 dibatalkan | Semalam heboh apabila kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah atau lebih dikenali sebagai UPSR bermula tahun ini (2021). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) akan menggantikan sistem UPSR dan akan diperkasakan secara menyeluruh. 

Kemasukan ke sekolah berasrama penuh adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Selain itu, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2021 turut dibatalkan tetapi konsep penilaian masih dikekalkan dalam dalam Sistem Pentaksiran Kebangsaan. 

Sumber: Harian Metro

UPSR terus dimansuhkan sepenuhnya pada tahun ini dan PT3 dibatalkan.

UPSR dalam kenangan.

Rupa rupanya usul untuk memansuhkan UPSR telah diketengahkan sejak tahun 2016 dan akhirnya pada tahun 2021, UPSR dimansuhkan sepenuhnya. 

Tidak dinafikan UPSR selalu dijadikan kayu ukur oleh ibu bapa dan masyarakat terhadap akademik anak anak sehingga ada sesetengah ibu bapa yang kecewa jika anak anak mereka tidak berapa cemerlang dalam keputusan UPSR. 

Bagi aku, betul. Memang semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak anak, tapi apabila anak anak gagal mencapai skor yang baik dalam UPSR, ibu bapa kecewa dan mula membandingkan dengan anak anak orang lain. 

Sedih tahu kalau dibandingkan dengan orang lain. Bukan orang luar yang membandingkan tetapi ibu bapa kita sendiri yang membandingkan. Setiap anak itu ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Ada yang cemerlang dalam bidang akademik tapi kurang cemerlang dalam bidang sukan. Dan sebaliknya. Tapi ada yang cemerlang dalam kedua dua bidang. 

Jadi, mungkin ada baiknya UPSR dimansuhkan. Who knows? Kita doakan yang baik baik sahaja demi masa depan generasi yang akan datang.

Korang UPSR tahun bila dan berapa A? Ke zaman korang tak dipanggil UPSR lagi?

Yang aku tahu, nama lain Penilaian Rendah Menengah (PMR) ialah Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Betul tak hehehe?

Aku UPSR tahun 2009, Alhamdulillah 5A. Tahun last aku jadi bijak sebab naik tingkatan satu dan seterusnya dah makin berkurang kebijakannya HAHAHA 😆

16 Comments

  1. seghonok budak-budak takde exam!!!
    hahaha... menari-nari derang kat rumah tu :D
    tapi yg x best nya, kita x tau sangat tahap pencapaian derang mcm mana kan...

    ReplyDelete
  2. UPSR dibatalkan masih ok. Kalau PMR pulak, susah nanti nak pilih aliran ke tingkatan 4. Kena ada kayu ukurnya juga. Barangkali emang itulah harat KPM untuk beri peluang 11 tahun pendidikan wajib, sekurang-kurangnya ada sijil SPM.

    ReplyDelete
  3. Harap ia memberi kebaikan. Bertukar-tukar sistem tidak elok sangat.

    ReplyDelete
  4. alaaa tak leh dah nak tanya tanya sepupu ko dapat bape A? ahahaha

    ReplyDelete
  5. Harap-harap tanpa UPSR dan PMR, pelajar-pelajar tak 'honeymoon' sepanjang sesi persekolahan.

    ReplyDelete
  6. Dua dua dalam kenangan. Haa lepas ni senang terus SPM pergi dia. Tak ada dah soalan cepu emas untuk upsr dan pt3.

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan komen Kak Amie. UPSR mansuh boleh lagi terima walaupun kurang setuju. Kalau PMR/PT3 tak de pening juga nanti nak pilih aliran bila masuk form 4. Nanti tak cantik pula result SPM salah aliran.

    ReplyDelete
  8. Baguslah dengan keadaan sekarang, anak-anak tidak terbeban dengan periksa besar. Cuma diharap ada mekanisme yang sesuai dipraktikkan buat mereka agar tidak ambil mudah isu pelajaran/tidak ketinggalan.

    Akak ambil UPSR masa subjeknya masih 4 je 😊

    ReplyDelete
  9. Itu la, dah takde UPSR. Akak amik UPSR tahun 1990, subjek ada 4 je. Semua A. Akak sama cam Atiqah, lepas tu, kebijaksanaan makin kurang. Hehe..

    ReplyDelete
  10. Bunyi macam seronok. Tapi at end masa nak SPM nanti murid-murid lah kena struggle sikit nak jawab soalan. Mungkin soalan akan jadi susah & tak macam sebelum-sebelum ni punya SPM.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Semoga ada hikmah semua yang berlaku ni. In shaa Allah. Bab tidak membandingkan anak tu saya setuju. setiap anak punya kelebihan. Saya dulu UPSR 1996.... heheh

    ReplyDelete
  12. taksyok la kan takdak upsr 🤣 nanti takleh dibanding bandingkan sapa bijak hahaha

    ReplyDelete
  13. Masa saya tahun pertama subjek sains diperkenalkan dalam UPSR alhamdulillah straight A's..dapat la rezeki masuk SBP untuk tingkatan 1 hehe. Moga2 baik-baik sahaja lah untuk generasi ke depan nih inshaAllah amin.

    ReplyDelete
  14. Baguslah tiada UPSR
    Jaman wak sekolah dulu2 pun takde UPSR.
    Ada Ujian Penilaian darjah 5

    ReplyDelete
  15. wak dulu pon panggil ujian penilaian darjah 5 jugak., ;p

    ReplyDelete
  16. mcm best.. tapiii nt nak sekolah menengah nilai macam mane nii.hahaha

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.