Bayaran Fasa 2 BPR bermula Jumaat


Bayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat bermula Jumaat | Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merangkap Menteri Kewangan berkata pembayaran fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan bermula pada 07 Mei 2021 iaitu pada hari Jumaat bersamaan hari esok hehehe.

Peruntukan sebanyak RM 2.75 billion akan dilakukan secara berperingkat bagi membantu kelangsungan hidup rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid19. Fasa 2 BPR ini secara tak langsung dapat memberi manfaat kepada 3.6 juta isi rumah, 1 juta warga emas dan 3.8 juta individu yang masih bujang.

Sebelum ini, Fasa 1 pembayaran BPR telah dilakukan membabitkan peruntukan berjumlah RM 1.93 billion dan telah dibayar kepada 8.4 juta penerima yang telah menerima dari 24 Februari sehingga 01 April 2021. 

Sumber: Berita Harian

Okey kawan kawan alam mayaku, esok dah boleh start check bank masing masing. Pagi semalam aku check, aku masih dalam permohonan. Eh eh, nak dijadikan cerita, check sambil sambil menaip post entri ni, tiba tiba permohonan aku dah lulus. Alhamdulillah. Rezeki nak raya ke ni? 😆

Tapi agak memeningkan bila kawan aku yang sama sama apply dengan aku bulan Januari haritu dah dapat duitnya. Dah selamat masuk dalam bank mereka. Tapi yang lagi pelik, masa isi haritu, dia orang tulis nombor akaun Bank Islam, tapi bila tengok, duit ada dalam Bank Simpanan Nasional (BSN). 

Pelik tak? Aku pun pening dan tak faham macam mana boleh jadi macam tu. Ke memang boleh terjadi perkara macam tu? Isi bank lain, tapi masuk bank lain. Tapi tak apalah, janji selamat masuk. Tidak begitu teman teman ;)

Nak check lulus ataupun tidak, boleh check disini: https://bpr.hasil.gov.my/

Aku memang dah bookmark dah laman web ni sebab nak memudahkan kerja aku. Senang. Tak payah pening pening cari link. Tekan terus kalau nak check apa apa.

11 Comments

  1. Alhamdulillah.. rezeki Syawal tu..

    ReplyDelete
  2. Hehe sekurang-kurangnya duit selamat masuk bank. Senang kut ikut BSN.
    Alhamdulillah Atiqah dapat duit ketika hendak raya. Guna dengan bijak!

    ReplyDelete
  3. Syukur buat semua yang menerima..harus manfaatkan sewajarnya...akak x dapat..huhu

    ReplyDelete
  4. Yang dapat gunakan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Syukur rezeki Allah. Biar pun rasa susah tapi bantuan datang tak putus-putus.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, rezeki. Semoga membantu, dapat beli apa-apa persiapan raya. :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki Ramadan dapat duit raya gitu. Eh eh pelik betul tu bagi akaun lain masuk akaun lain. Rasanya yang bujang one off January haritu. Atiqah mungkin batch lain kot. Takpe, yang penting dapat :)

    ReplyDelete
  8. simpan duit tu utk persiapn kawen nnti.. hihihi aminn

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada pemohon yg berjaya dapat bpr . At least duit tu dpt guna untuk beli kelengkapan persiapan raya

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. rezeki hehehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.