Pada 27 April 2021 yang lepas, agensi King Kong by Starship telah mengeluarkan pengumuman rasmi bahawa artis naungannya iaitu Lee Kwang Soo akan mengundurkan diri daripada variety show terkenal di Korea Selatan iaitu Running Man setelah 11 tahun menjadi ahli tetap dalam variety show tersebut.
Hari ini di koreaboo.com telah mengeluarkan satu artikel yang mengatakan desas desus Kang Han Na dan Kim Ji Suk akan menjadi pengganti kepada Lee Kwang Soo dalam Running Man.
Pesaing pertama yang diyakini oleh netizen dalam perbincangan menggantikan Lee Kwang Soo ialah Kim Ji Suk. Menurut catatan asal netizen, nama Kim Ji Suk mula disebut sebut selepas berita tentang pengunduran Lee Kwang Soo diumumkan. Pesaing yang seterusnya disebut sebut sebagai pengganti Lee Kwang Soo tak lain dan tak bukan Kang Han Na.
Honest opinion daripada aku, macam okey kalau ada pengganti Lee Kwang Soo. At least, kita boleh nampak muka muka baru dalam variety show tersebut. Almaklumlah semua ahli dah makin berusia, jadi memang perlukan muka muka baru sebagai pengganti.
Walaupun tahu memang tak ada orang yang boleh ganti tempat Lee Kwang Soo dalam Running Man, tapi apa salahnya kalau pengarah ambil orang baru untuk gantikan tempat dia.
Macam So Min dan Se Chan yang menjadi pengganti Kang Gary, awal kemunculan mereka, rating jatuh, So Min dan Se Chan dapat ramai haters. Tapi lama lama, penonton dah boleh terima mereka walaupun tak sepenuhnya.
So Min pun dah jadi lagi baik daripada sebelum ini. Dulu pun aku susah nak terima So Min tapi lepas So Min rehat selama sebulan hari itu, dia comeback jadi yang lagi baik.
Kang Han Na pun memang dah selalu jadi tetamu Running Man sampai ahli ahli tetap yang lain dah rasa Han Na macam keluarga. Dah memang selalu sangat jadi tetamu jemputan. Siap pergi project luar negara sekali dengan ahli ahli member yang lain.
Kim Ji Suk pun pernah datang ke Running Man sebagai tetamu. Tapi tak sekerap Han Na. Kalau Ji Suk confirm menjadi pengganti Kwang Soo, bolehlah partner dengan So Min sebab So Min pernah berlakon bersama sama dengan Ji Suk. Makin bertambahlah loveline So Min nanti 😂
Jadi pendapat kalian yang memang penonton setia Running Man ini macam mana? Okay ke kalau salah seorang atau kedua duanya sekali menjadi pengganti Lee Kwang Soo dalam Running Man?
20 comments
Betul itu patah tumbuh hilang berganti. 2 orang itu tidak asing dengan Runningman harap dapat buat lagi baik untuk ganti LKS.
ReplyDeleteKannn, dua orang tu pun not bad, so why not tengok 2 orang tu dalam running man macam mana hehehe
DeleteKalau Han Na okay juga. Kim Ji Suk nanti skandal pulak dengan So min, kesian Se Chan pulak. hihi
ReplyDeleteHAHAHAHA betul gak tu kak fiza, sian se chan satgi tak ada loveline dengan so min dah hahahaha
Deletedah lama tak tengok runningman..hehe
ReplyDeleteDah makin kureng best dah sekarang tapi still acceptable hehehe
DeleteDulu² layan jugak Running Man ni. Sekarang tak lagi.
ReplyDeleteDulu best, sekarang dah kureng, almaklumlah semua dah berusia, nak buat aktiviti lari lari punn dah semput.
DeleteHan na kita suka cuma harap perangai x sama mcm so min la... Ji suk kita kureng sket haha even klu drama dia berlakon cam letih nk tgk tp ada satu drama yg dia berlakon nmpk ok dimata ku🤣🤣
ReplyDeleteHan Na behave sikit daripada so min hahaha. So min memang open sangat, tapi sekarang much better lah sikit daripada dulu (saya rasa hehehe). Samalah kak ret, kita pun kureng ji suk tu, tak berapa kenan kalau dia berlakon hahaha :D
DeleteDpt pun penganti tp sama ke mcm dulu? Harap boleh setanding dgn org lama
ReplyDeleteMemang susah nak cari pengganti setanding LKS, tapi berharap pengganti baru ni boleh lah menceriakan lagi running man walaupun tak sama macam dulu dah :')
Deletemmg susah nk terima LKS keluar sm mcm gary dulu. sy kt bangkok ms tu dpt tau gary nk keluar. hlg mood nk jln2�� tp kali ni boleh terima. xpe laa LKS keluar bersebab. n hrp org baru boleh bg impak yg ummphh utk RM��
ReplyDeleteItulah, berharap orang baru ni dapat menceriakan lagi running man. LKS keluar pun atas faktor kesihatan diri dia kan.
DeleteWahh tapi ni tak rasmi lagi kan? Kalau Kang Han Na dgn Lee Sangyeob yang ganti pun best jugak! Tapi Kim JiSuk ni pun kelako jugak haha
ReplyDeleteHaah belum rasmi, tapi ura ura mengatakan jelah hehehe.
DeleteKann, sangyeob punnn not bad jugak! Antara tetamu wajib jugak tuuu hahaha. Tapi sangyeob dah official join variety show sixth sense dahh rasanya.
ramai orang suka running man but i tak terjebak hehe
ReplyDeleteXminat running man. Xtahu kenapaa. Hahahahah
ReplyDeleteDah lama tak tengok.. faktor usia agaknya.. hehehe
ReplyDeleteHan Na ni mudah masuk dengan members dan guest. Lagipun dia jenis gila-gila yang matang. Kalau ambik dia memang ok je. PD nim memang suka dia sebab selalu menceriakan suasana RM.
ReplyDeleteJi Suk ok je. Macam slow sikit tapi cerdik. More like Joong Ki.
Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)