Larangan Rentas Daerah dan Negeri bermula 10 Mei sehingga 06 Jun

Larangan Rentas Daerah dan Negeri bermula 10 Mei sehingga 06 Jun | Menteri Kanan Pertahanan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan larangan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuatkuasa bermula 10 Mei sehingga 06 Jun.

Bagi mereka yang perlu merentas daerah dan negeri atas urusan kerja tidak memerlukan permit atau kebenaran polis, cukup mengemukakan surat pengesahan syarikat.

(Sumber: Larangan Rentas Daerah dan Negeri)

Satu persatu diumumkan ya. Kenapa tak diumumkan secara serentak? Mungkin ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu. Mungkin. 

Dah rasmi tak boleh rentas daerah apatah lagi negeri. Jadi beraya dalam rumah masing masing sahaja. Ataupun beraya sesama jiran tetangga yang tinggal satu daerah dengan kita hehehe. Tapi jangan lupa jaga SOP ya.

Haritu bercadang nak melawat kakak kedua yang tengah berpantang di rumah mertua dia, tapi tidak kesampaian bila tak boleh rentas daerah hahaha. Tak apalah tak boleh melawat pun, video call masih boleh walaupun tak sama seperti berjumpa face to face 😂 

Ada terbaca, Covid ini dah ada di merata rata dan disekeliling kita, antara kita kena ataupun tidak sahaja. Jadi apa yang boleh kita buat, jaga SOP dan keluar rumah bila perlu sahaja. 

Itu sahaja yang kita mampu lakukan untuk sama sama memutuskan rantaian Covid19 di negara kita. Negara Malaysia.

Sedih memang sedih bila ada yang tidak dapat pulang beraya di kampung, tak boleh nak jenguk mak ayah di kampung, tapi apa boleh buat? Kalau mak ayah di kampung pakai telefon canggih boleh lah video call di pagi raya atau di malam raya.

Tapi kalau yang pakai telefon ala ala nokia 3310 tu, tak mampu nak bervideo call. Hanya mampu call biasa sahaja. Tapi tak apa, as long as masih boleh berkomunikasi dan bertanya khabar, itupun sudah memadai bagi aku.

Ujian Allah turunkan kepada kita semua. Satu dunia tengah menghadapi ujian yang sama. Moga moga ujian ni cepat cepat berakhir dan dunia kembali seperti sediakala. Aamiin aamiin ya rabbal alamin. 

20 Comments

  1. Hmmm sedihhh. Lama pulak tuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak nadyya, almost 1 month. Bertabahlah :')

      Delete
    2. Tulaaa,asalkan lepasni makin elok 😁

      Delete
  2. rentas negeri mungkin faham, rentas daerah tu...nampak sangat kondisi negara kita semakin kritikal. moga malaysia selamat dari wabak ini untuk hari ini dan tiga tahun akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul AO, rentas negeri tu memang kita faham, tapi bila dah tak boleh rentas daerah ni, memang dah makin teruk keadaan negara kita. Kes saban hari makin meningkat. Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Moga Allah perkenankan doa kita semua.

      Delete
  3. Semua negeri totally lockdown . Xboleh rentas daerah , xboleh rentas negeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup semua negeri totally lockdown walaupun tak diumukan PKP. Memang tak boleh buat apa kan CCL.

      Delete
  4. Itulah terkejut juga rentas daerah tidak boleh juga di Melaka. Nampaknya banyak raya di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya mampu beraya di dalam rumah sahaja. Tak apa janji beraya.

      Delete
  5. Tak tahu nak cakap apa. Menangis pun tak guna. Baru confirm tiket balik Malaya hari Sabtu lepas. Open tiket dari PKP 1.0. tiket tamat tempoh Jun 2021. Reda aje laaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihnyaaaa dah confirm tiket tapi tak jadi balikkk. Next month dah tamat tempoh open tiket tu. Memang tak sempat lah kan kak amie kalau nak balik Malaya :') Entah bila lagi boleh balik dengan keadaan Malaysia sekarang ni.

      Delete
  6. Replies
    1. Moga moga covid19 ni cepat cepat berakhir kan rabia :')

      Delete
  7. Sebulan terus dia tak bagi rentas. harap harap adalah perubahan. Sedih gila bila perancangan tak menjadi. tak dapat lah kemana mana. duduk rumah je lah kita :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak fiza, almost 1 month tak boleh rentas daerah dan negeri. Walaupun tak diumumkan negeri pkp, tapi dah rasa pkp dah sebab tak boleh rentas daerah huhuhu. Apa boleh buat kann kak fiza. Memang sedih tu apa yang kita plan tak boleh dilaksanakan :')

      Delete
  8. satu dunia hadapi benda yg sama kan..hmmm tatau bila smua akan habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan atie kan, satu dunia hadapi benda yang sama. Tak tahu bila akan tiba penghujungnya :')

      Delete
  9. Akak dengan keluarga satu negeri tetapi terpisah dalam 3 daerah berbeza. Redha jelah :)

    ReplyDelete
  10. Lama sungguh nk hadap PKP kali ni.. semoga semua bertabah. Jaga diri :)

    ReplyDelete
  11. memang sdih bila tak dapat berkumpul.. Semoga semuanya akan berlalu pergi..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.