Sunday, 23 May 2021

Sayang Oh Sayang

Ke manalah sayang pergi ya? Satu persoalan menjengah dalam fikiran. Silap, bukan satu persoalan, tapi berpuluh puluh persoalan bermain di minda.

Sayang pergi mana?
Sayang tak nak balik rumah ke?
Sayang tak lapar ke?
Sayang sakit ke?
Sayang ingat tak ada orang di rumah dah ke?
Sayang mati dah ke?
Dan sebagainya...

Sayang, kucing jantan yang pernah aku cerita sebelum ini.

Kali terakhir abang ipar aku jumpa dia 04 Mei 2021, dan sampai sekarang tak balik balik ke rumah. Abang ipar akan singgah ke rumah untuk bagi makanan kepada Hitam, Sayang dan kucing tumpangan yang diberi nama Nana sekali sehari.

Memandangkan kakak kedua aku berpantang di rumah mentua dia, jadi tugas harian abang ipar sebelum balik ke rumah mak dia, kena sediakan makanan kepada Hitam, Sayang dan Nana. 

Tapi cuma Hitam dan Nana sahaja yang setia menunggu di depan pintu rumah. Sayang sampai ke sudah tak balik-balik. Tak tahu menghilang kemana. 

Sedih? Tipulah tak sedih. Tengah menaip inipun rasa nak menitik air mata teringatkan Sayang. Siapa yang catlovers mungkin akan faham perasaan ini. Kucing yang kita bela dari kecil, kita bagi makan, kita mandikan, kita bersihkan tahi mata, kita bersihkan telinga, tiba tiba menghilang tak tahu kemana. 

Tak tahu sihat ke tidak, makan ke belum, atau jangan jangan sudah mati. Tapi kalau dah mati, mana jasad awak sayang? Kalau ada jasad, sekurang kurangnya boleh tanam, ada kubur sebagai tanda ingatan.

Kali terakhir abang ipar bagi makan ke Sayang, abang ipar sempat ambil gambar sebagai bukti kucing kucing semuanya diberi makanan, Sayang memang nampak sihat saja. Tapi memang tak sangka yang Sayang tak akan balik terus keesokan harinya itu :(

Hmmmm, Hitam pun sekarang dah makin tak terurus. Kurap di telinga, luka di paha dan makin kurus. Hitam dah lah penakut, memang selalu jadi mangsa kucing jantan lain lah kalau bergomol.

Kalaulah aku boleh bela kucing, memang aku bela dah Hitam, Sayang dan Nana. Tapi duduk apartment macam ini memang tak boleh bela kucing. Takut pihak pengurusan marah kalau kantoi bela kucing dalam rumah. 

Sayang antara kucing paling manja yang pernah aku bela. Walaupun kucing kampung je, tapi manja dia memang tak boleh bawa berbincang. Suka duduk atas riba, atas sejadah masa orang tengah solat 😂

Masa sayang budak budak dulu, lagilah double triple manja. Memang berkepit tidur bawah ketiak. Tak payah panggil, Sayang akan datang sendiri, naik atas katil then tidur bawah ketiak. Cumanya bila dah besar ni Sayang susah sikit nak ajak tidur sekali, mungkin sebab ada hitam. Jadinya, Sayang akan tidur atas lantai ataupun hujung kaki.


Kali pertama jumpa Sayang, dah manja manja, kacau masa kita tengah solat 😂 Masa ni tak baligh lagi rasanya HAHAHAHA suara pun comel lagi, badan pun bersih lagi, tapak kaki dengan tangan merah lagi.

Mama Sayang tengah pantang pun teringat ingat dekat Sayang, kucing pertama dia bela. Memang terasa kehilangannya. 

14 comments

  1. i feel u...

    Sk ada bela beberapa ekor kucing jugak masa bujang dulu, semuanya pergi tanpa nisan

    ReplyDelete
  2. Bela dalam rumah pun tak boleh ye? Ingatkan tak boleh bagi makan stra cat aje

    ReplyDelete
  3. Semoga Sayang cepat pulang ke rumah..

    ReplyDelete
  4. alahai..mana la si Sayang ni pergi...sedihkalau kucing kesayangan hilang...

    ReplyDelete
  5. Isk..sedih memang sedih. Saya pun dah 2-3 kali jadi. Sampai sekarang sepi tanpa berita. Harap harap kucing awak balik nanti.

    ReplyDelete
  6. serious rinduuuuuuu ! mmg rindu kalau tak balik berhari2 kan

    ReplyDelete
  7. Dia jumpa tuan baru, kot. Kadang macam tu juga jadi kat kucing rumah akak ni. Pergi, tak balik-balik.

    ReplyDelete
  8. Tak tahulah betul atau tidak, ada orang kata... kucing kalau hampir ajalnya, dia tak mahu tuannya nampak. Jadi dia diam-diam tinggalkan tuannya. Maaf dik, jangan sedih ye, Kak Amie hanya kongsi pengalaman orang-orang lama. Harap Sayang hanya sesat jalan, dan kembali ke pangkuan.

    ReplyDelete
  9. Alaaa mana Sayang pergi ni... Balik la cepaattt...

    ReplyDelete
  10. Semoga sayang cepat pulang..sedihnyaaa dia mesti sesat tuu..

    ReplyDelete
  11. I feel you.
    Kucing Mrs. A yang nama Koko yang palin senior dan paling Mrs. A sayang pun tiba-tiba hilang. Last seen 30 September 2020. Puas cari satu taman post kat grup-grup FB, WhatsApp tapi samapai sekarang masih tak jumpa. :-(

    ReplyDelete
  12. Sedihnya baca. Memang tahap tinggi sayang ini sejak bela sejuk kecil. Memang banyak kenangan.

    ReplyDelete
  13. Adui.. sedihnya.. Semoga Syang jumpa jalan balik kerumah.. InsyaAllah..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)