Saturday, 22 May 2021

Social Rules / Common Sense?

Beberapa social rules yang boleh membantu kita.

  1. Jangan call seseorang melebihi dua atau tiga kali secara berterusan. Anggap mereka mempunyai urusan penting jikalau mereka tidak menjawab panggilan telefon kita.
  2. Kembalikan wang yang telah anda pinjam sebelum orang yang memberi pinjaman wang tersebut meminta kepada anda. Sikap begini menunjukkan integriti dan perwatakan diri anda. Begitu juga dengan dengan baju, pen, buku dan sebagainya.
  3. Jangan sesekali memesan makanan yang mahal jika ada seseorang ingin belanja makan minum anda kecuali tuan yang mahu belanja itu sendiri yang memesan makanan yang mahal untuk kita. 
  4. Jangan sibuk menjaga tepi kain orang lain dengan menanyakan soalan soalan yang sensitif seperti "Oh dah tua, tapi belum berkahwin ya?" "Oh dah kahwin, tapi belum ada anak lagi ya?
  5. Sentiasa bukakan pintu untuk orang yang berada di belakang kita tidak kira lelaki ataupun perempuan, muda mahupuan orang tua. 
  6. Sekiranya anda menaiki teksi atau grab dengan rakan anda, dan rakan anda membayarnya, cuba anda bayar lain kali.
  7. Jangan sesekali mengganggu atau mencelah ketika orang lain sedang bercakap. Cuba fokus apabila orang lain sedang bercakap. 
  8. Apabila seseorang menunjukkan gambar di telefonnya, jangan pula anda swipe left or right tanpa kebenaran tuan telefon.
  9. Ucapkan terima kasih semasa seseorang menolong anda.

Ya, some social rules atau common sense dalam kehidupan ini. Sebenarnya masih banyak common sense yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan ini. 

Yang no 1 itu aku pernah kena. Satu nombor tak dikenali call pukul 5 pagi macam itu. Call berkali kali tapi aku tak angkat. Last dia call pukul 6 lebih, aku siap solat subuh, aku angkat. 

Murung sekejap pagi pagi bila angkat call "Hai nak berkenalan boleh?" Memang kena block lah jawabnya HAHAHAHA.

Apa benda lah pagi pagi buta dah ajak orang berkenalan. Nak ajak berkenalan pun tunggulah matahari dah naik tinggi sikit 😂

Yang no 4 itu paling tak boleh tahan. Bila belum berkahwin, tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, bila nak dapat anak. Bila dah dapat anak seorang, tanya bila nak tambah anak kedua dan seterusnya. 

Sampai bila bila tak pernah habis. Bila beranak setiap tahun, cakap kasihan anak anak lain tak dapat kasih sayang sepenuhnya. Sigh. Huhuhu.

Yang no 8 itupun boleh tahan juga. Habis digeledahnya gallery telefon kita. Siap buka whatsapp, twitter, instagram lagi :') Bila ditegur, tak diendahkan. Bila dimarahi, tersentap pula hatinya. Apa yang bestnya geledah telefon orang lain eh?

Common sense ke laut china selatan barangkali hahaha. 

Yang no 5 aku respect. Mostly rakyat Malaysia memang suka tahan pintu atau bukakan pintu bila ada orang di depan atau belakang mereka. Aku pernah penuh plastik di kedua dua tangan aku sampai nak bukakan pintu pun tak boleh, memang dah nak tolak pakai bahu tapi tak sempat buat, ada hamba Allah sudi bukakan pintu untuk aku.

Ada lagi ke social rules atau common sense yang kalian nak tambah? Boleh share share 😉 

Nota jemari: Yang no 2 itu apa pendapat kalian hehehe 

28 comments

  1. Betul kena cepat-cepat bayar. Usaha kita untuk bersungguh-sungguh. Kalau belum mampu bayar, minta tangguh. Bukan buat bodoh apabila jumpa atau diam tanpa khabar.
    Haha amboi sampai begitu telefon awalpagi untuk berkenalan. Tidak sabar nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau tak mampu bayar lagi, boleh slow talk dengan peminjam.
      Ni ada yang berhutang tapi flex makan mewah, beli baju mahal, tapi hutang tak bayar bayar huhuhu.
      Itulah pasal kak NA, awal pagi benor call nak berkenalan. Memang tak layan lah hahahaha

      Delete
  2. Nak tambah yang no.1 tu. Ada orang suka whatsapp dan berurusan tengah malam atau awal pagi. Sangat tak sensitif waktu orang tengah tidur. Nombor 4 biasa lalui..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apo bondo lah whatsapp orang tengah tengah malam atau awal pagi tu.
      Tak professional langsung, kalau dapat yang jenis kaki spam tu lagilah menyirap. Lagi rasa tak nak reply hahahaha. No 4 tu perkara biasa kak fiza kan , sabar jelah yang mampu :)

      Delete
    2. Memang ada. Mostly hal bisnes lah. Jenis orang macam ni macam tak sabar pulak nak tunggu esok pagi kan. Biasa tak layan pun. esok baru reply. tapi kadang tu bunyi handphone pun boleh terjaga. ganggu tidur je. haishhh..

      Delete
  3. Hahaha yg no 1 ni slalu nya bdk2 student yg suka men tekan2 no.. Dah byk experience dh hahaha.. Mmg silap nk angkat laa 🤣🤣😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Block terus nombor tu kak ret hahahaha. Suka benor main call call kann, ingat kita ni tak ada kerja buat hahahaha

      Delete
  4. nak tambah 1. jgn marah/herdik/caci org lain dlm group WA. apa... igt org 'x ada air muka' ke dlm grup tu?

    #bendabarujadidepanmata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmmm walaupun dimarah, herdik, caci dalam group whatsapp, tapi still menjatuhkan air muka orang tu kan. Orang lain masih baca chat tu. Sedihhnyaaaaaa, macam tak boleh nak private chat :')

      Delete
  5. No 4 tu malas dah nak layan. Seronok jugak raya pkp tak payah hadap soalan gitu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHA betul tu kak sal, pkp duduk rumah, tak payah nak hadap soalan soalan dari mulut tak ada lesen kan hahaha

      Delete
  6. Yang nombor 2, tak pernah pinjam duit/barang orang, jadi tak de pengalaman. Yang nombor 4, tanya pasal anak tu biasa bila balik kampung. Semua anak akak lelaki, jadi orang kata, boleh tambah lagi ni, tambah sorang perempuan. Huhu.. kita dah tua, disuruh beranak lagi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoii masalah jugakk kan huhuhu, dah rezeki dapat anak lelaki semuanya, usia pun tak mengizinkan nak mengandung lagi, takut risiko kepada ibu, apa boleh buat kan kak nur? Anak lelaki ke perempuan ke masih anak kandung kita kan. Sabar jelah kak nur :)

      Delete
  7. hahaha no 3 tu actually depends pada orang yang belanja jugak. Kalau macam I nak belanja orang, I akan make sure orang selesa. Bila kita allocate duit untuk belanja orang, niat kita untuk orang tu enjoy and happy bukannya segan ataupun restricted with some rules. Sebab tu kalau I nak belanja orang, I akan cakap haa pilih je mana nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang nak belanja tu bagitahu tak apa nak makan makanan mahal tak apa lah hehehe.
      Tapi betul, kita kalau nak belanja orang, mesti kita dah allocate duit yang secukupnya kannnn, takkan kita nak belanja orang cikai cikai je kan hehehe.

      Delete
  8. yg no 4 tu kalo laki jumpa kawan2 laki gurau tanya bila nk tambah ranting lagi no 2 3 dan 4 ., hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiii wakkkk, poket kena tebal wakk nak tambah no 2,3,4 tuuu

      Delete
  9. Nombor dua tu, Adoyai... Kawan pinjam ribu² juga, dah setahun lebih sangkut. Tapi ok lah, dia bayar sikit².. Saya pun tak pressure dia untuk bayar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least bayar tak apa kan en fairus, daripada diam seribu batu.

      Delete
  10. No 2 tu kalau kita yg minta seolah2 mcm kita pulak berhutang nya . Mmg kena jaga bab hutang ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang kadang rasa macam kita ni pulak pengemis duduk minta hutang dengan orang yang berhutang dengan kita huhuhu.

      Delete
  11. small gesture yang boleh buat orang senang hati kann :)

    ReplyDelete
  12. Bab no 8 tu jangan main main weh. Segala rahsia ada dalam handphone tu

    ReplyDelete
  13. No 1 tu... memang stress habis! Allahu Akbar... sabar aje laaa, maklumlah kerja yang sentiasa ada urusan dengan ibu bapa.

    ReplyDelete
  14. Haihh... Nombor 2 ni susah sikit nak kata. Pasal nombor 2 ni la orang boleh bergaduh ni. Pandai pinjam, pandai-pandai la pulangkan balik...

    Nombor 8 tu pun sama. Bukan setakat gambar. Whatsapp orang pun jangan la selongkar. Privasi orang tu.

    ReplyDelete
  15. Akk suka rule nii. No 2 nii akk selalu kena. Dah pinjamm. Pastuu bila kite mintak hutang kenaaa block pulak tuu. Haihhh gerammm ponnn iyaaa,padahal dulu2 rapat kuttt. Pastu sekarang jadi macam ni pulak.

    ReplyDelete
  16. No 2 tu Mrs. A kalau dah bagi lepas tu peminjam buat-buat lupa memanglah itu 1st and last.

    ReplyDelete
  17. Part call berkali-kali tu dan lepas angkat bukan perkara penting memang boleh mengundang kemarahan dan block number..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)