Thursday, 27 May 2021

Tips Menjimatkan Elektrik

Tips Menjimatkan Elektrik.

Ya, sekarang ramai work from home, online class tak kira budak sekolah rendah ke menengah ke pelajar universiti ke, jadi secara tak langsung masa banyak dihabiskan di rumah. Jadi penggunaan tenaga elektrik pun makin lama makin meningkat seperti angka kes covid19 di Malaysia. 

Tapi tahu tak ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk menjimatkan elektrik daripada melambung tinggi setiap bulan?

Tips 01: Gunakan teknologi inverter

Aku rasa aircond atau alat penyaman udara dah menjadi salah satu alat wajib di rumah kan? Jadi, untuk menjimatkan elektrik rumah anda, pastikan anda membeli alat penyaman udara yang menggunakan teknologi inverter. Tak dilupakan, peti ais juga. Pastikan yang menggunakan teknologi inverter juga. 

Agak mahal berbanding peralatan yang biasa, tapi kesan dia boleh membantu anda menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam tempoh masa yang panjang.

Tips 02: Peralatan elektrik berstatus 5 bintang

Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang bintang itu merupakan Standard yang dikeluarkan oleh SIRIM untuk menyatakan Energy Efficiency peralatan tersebut. Peralatan yang efisien sangatlah membantu dalam menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah anda.

Tips 03: Menggunakan lampu diod pemancar cahaya (LED) 

Penggunaan lampu LED dikatakan mampu mengurangkan sebanyak 75% penggunaan elektrik jika dibandingkan dengan lampu lampu biasa yang lain.

Tips 04: Mencabut plug selepas digunakan

Antara tips yang sangat sangatlah membantu berdasarkan pengalaman aku sendiri hehehe. Mencabut plug selepas menggunakan peralatan elektrik seperti contoh, mesin basuh, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika dan sebagainya. 

Rutin setiap malam sebelum tidur, check setiap plug dalam rumah. Pastikan semua plug yang tak digunapakai dicabut. Kadang kadang letih juga lah bila selalu dah remind kan, tapi tetap masih berlaku. Plug mesin basuh bukan saja tak dicabut, tapi suis pun tak ditutup. Plug seterika rajin jugalah tak ditutup, mujurlah pergi periksa, kalau tak periksa, tak tahulah apa jadi :')

Duduk satu rumah, kena saling tolong menolong. Kalau gaji RM 10, 000.00 sebulan tak apa lah nak membazir elektrik yang celah gigi je harganya. Tapi ini gaji cukup cukup makan, kenalah berjimat. Benda boleh berjimat kan? Apa salahnya kita buat? Hehehe. Ke bagi kalian, "Overnya budak perempuan ni? Dengan bil elektrik pun nak berkira." 😂

Sebenarnya, main point entri ini nak highlight tips 04 saja. Yang lain sebagai tambahan hehehe. 

Siapa sini yang masih tak amalkan cabut plug selepas menggunakan? Angkat tangan 🙋 Lepas ni boleh lah slow slow belajar amalkan cabut plug selepas selesai menggunakan. Sedikit sebanyak dapat membantu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah anda.

Mula mula tak biasa juga, tapi lama lama dah jadi kebiasaan. Dah jadi rutin harian antara aku dan kakak aku. Kalau tak check setiap malam tu, rasa macam tak kena sebab takutlah ada suis suis elektrik yang tak ditutup. Risau, malam malam tengah lena syok tidur, berlaku kejadian yang tak diingini pula. Nauzubillahminzalik.

17 comments

  1. Kalau gi holiday, trpaksa tglkan rumah berhari2, memang kak ret akan cabut semua plug yg sepatutnya..
    Memang fobia takut ada litar pintas kan, sebab kita nk tglkan rumah berhari2 ..

    ReplyDelete
  2. Cabut plug saya biasa buat sebab pernah baca tips jimat elektrik. at least membantu jimat penggunaan elektrik. Yang pemilihan barang elektrik 5 bintang tu pun cara jugak tu.

    ReplyDelete
  3. Banyak dah apply cara kat atas tuh tapi sejenis lupa nak cabut plug . Lepas nih kena terus cabut. tq for sharing :)

    ReplyDelete
  4. tips yang baik, boleh jimat duit

    ReplyDelete
  5. Baik. Kadang mudah je tapi itulah yang selalu dilalaikan. Mana boleh jimat, kita usaha jimatkan.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju tu.. terima kasih jugak utk perkongsian ini. ada jua yang saya tak terbuat lagi. boleh laa praktikkan. jimat itu kan amalan mulia.

    ReplyDelete
  7. tip malam jumaat sila tutup lampu awal ye... 😅😅😅

    ReplyDelete
  8. Bukan semua cabut plug, ada dibiarkan. Haha memang jenuh sebab banyak perkakasan elektrik

    ReplyDelete
  9. x sempat nak cabut semua plu sbb di umah ni byk peralatan letrik. cuma mampu off semua suis aje.

    ReplyDelete
  10. bab cabut plug tu paling malas padahal pernah je baca dekat TNB pasal aliran arus elektrik tu haha

    ReplyDelete
  11. Skrg zaman ekonomi merudum mmg kena berjimat

    ReplyDelete
  12. Selalu cabut plag sterika dan PC je. Lain memanjang lupa

    ReplyDelete
  13. Cabut plug biasa buat. Lampu LED tu tak ... tapi akak tukar lampu-lampu kat rumah ni dengan lampu save energy.

    ReplyDelete
  14. plug kipas jarang off, masuk bilik terus on kipas..lepas ni kena selalu check plug..thanks for sharing..

    ReplyDelete
  15. Semua tips di atas membantu dan diamalkan. Kadang no 4 tu ramai yg tak amal

    ReplyDelete
  16. Selalu amalkan cabut plug bila tak guna tu.. dapatlah kurangkan sikit bil elektrik..

    ReplyDelete
  17. Bila hujan, boleh tutup kipas atau perlahankan kipas. Laju-laju nanti beku pulak diri.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)