Korean Movie: Spellbound


Sinopsis:

Sejak usia muda, Yeo Ri boleh melihat hantu dan disebabkan kebolehannya melihat hantu, banyak perkara yang telah berlaku kepada orang yang berada di sekelilingnya. Yeo Ri mula mengasingkan diri daripada dunia luar.

Ketika menjadi pembantu di dalam Horror Magic Show seorang ahli silap mata yang bernama Jo Goo, Yeo Ri secara tidak langsung menjadi rapat dengan Jo Goo setelah Jo Goo diganggu oleh seorang budak kecil yang dilihat berada di rumah Yeo Ri.

Bolehkah Jo Goo membantu Yeo Ri untuk mencari jalan keluar atau adakah dia akan dikejar oleh hantu hantu seperti semua orang yang hadir dalam hidup Yeo Ri?

Sinopsis tamat.

Beginilah kehidupan seorang atiqah najihah yang kebosanan terperap dalam rumah. Habis semua drama atau movie ditengok. Yang habis tengok, habislah. Yang tergendala sekerat jalan, tak tahu bila boleh habis tengok HAHAHA.

Sebenarnya dah lama nampak poster movie ini di dalam aplikasi Viu tapi tak tergerak hati pula nak tengok. Tapi lepas tengok review daripada seseorang di twitter, terus pergi tengok.

Movie Spellbound ini dah keluar lama dah, tahun 2011. Awal awal tak cam siapa dia Yeo Ri itu. Eh rupa rupanya girlfriend Hyun Bin iaitu Son Ye Jin! Tak berubah mukanya ya, makin cantik sekarang ini hehehe.

Okay back to the movie, boleh tahan lah. Not bad. Nak cakap best sangat, tak juga. Nak cakap tak best, itupun tidak juga. Tengah tengah 😂

Kasihan dengan kehidupan Yeo Ri sebab dia terpaksa mengasingkan diri daripada orang ramai. Keluarga dia sendiri terpaksa berpindah ke Norway sebab takut terjadi sesuatu kepada mereka. Makna kata, Yeo Ri tak boleh ada sesiapa dalam hidup dia. Tak boleh rapat. Kalau rapat, nanti nanti adalah berlaku sesuatu kepada orang yang rapat dengan Yeo Ri.

Kawan kawan? Dia berhubung melalui telefon sahaja. Nak berjumpa takut. Jadi telefon saja tempat dia berkomunikasi dengan kawan kawannya dan keluarganya. Tidur malam pun tak lena sebab sentiasa ada hantu yang akan mengganggunya. 

Tapi lepas berjumpa Jo Goo, kehidupan Yeo Ri agak berubah. Jo Goo pun tak terlepas daripada terkena sesuatu. Kemalangan jalan raya, signboard kedai (kalau tak silap) almost jatuh atas kepala dari tempat yang tinggi. Dan paling teruk masa tengah buat magic show. Hampir mati. Tapi berjaya diselamatkan.

Lawak part last sekali bila kawan Jo Goo jatuh cinta dengan hantu HAHAHA. Dia tak tahu itu hantu, siap luah perasaan lagi. Luah perasaan itu okey lagilah, ini siap ajak kahwin lagi 😂 

Kalaulah dia tahu itu hantu, sah sah demam seminggu rasanya :')

Apa apapun, selamat menonton! Boleh tengok di aplikasi Viu bagi sesiapa yang ada akaun Viu. Bolehlah buat hilang bosan musim lockdown ini hehehe.

15 comments

  1. citer lama ni kan.... k ret dah tgk cuma ingat ingat lupa dahjalan citer nya hehehe..

    ReplyDelete
  2. rasanya macam pernah tengok movie tapi tak ingat ending dia..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/drama-love-elsa-2021.html

    ReplyDelete
  3. Kalau korea punya hantu mmg serammm

    ReplyDelete
  4. tak pernah tengok..genre boleh nampak hantu ni nampaknya popular kdrama..

    ReplyDelete
  5. Menonton filem / drama kena ada waktu santai. Barulah seronok menghayati jalan ceritanya kan Atiqah.

    ReplyDelete
  6. Macam pernah tengok. Lupa sebab lama sangat.

    ReplyDelete
  7. Rasa macam pernah tengok tapi tak faham maybe sebab tak concentrate

    ReplyDelete
  8. macam menarik..boleh masuk list tengok ni.
    P/s: memang tak tahu dah nak tengok cite apa. ...

    ReplyDelete
  9. menarik citer hantu2 ni mama suka

    ReplyDelete
  10. Dah tengok.. Not bad lah untuk santai-santai.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Cerita dia seram seram kelakar macam tu. Hantu budak tu main peranan.

    ReplyDelete
  12. Alamak banyak cerita nak kena tengok ni haha. tapi thanks for this. ada la idea sikit nak tengok cerita apa. ini tidak. scroll movie je berjam. haha

    ReplyDelete
  13. Akak rasa akak dah tengoklah cerita ni... bolehlah buat layan sambil siapkan kerja.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)