Saturday, 5 June 2021

Korean Drama: My Roommate Is A Gumiho


Sinopsis:

My Roommate Is A Gumiho mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Shin Woo Yeo (Jang Ki Yong) iaitu seorang profesor yang tampan dan pintar. Dia juga merupakan seekor rubah yang berekor sembilan (9) dan berumur 999 tahun. 

Dia mengumpulkan tenaga manusia dalam sebiji manik untuk berubah menjadi seorang manusia yang betul betul manusia. 

Sementara itu, Lee Dam (Hyeri) adalah seorang pelajar universiti. Suatu hari, rakannya yang mabuk telah tertidur dan termuntah di atas kereta Shin Woo Yeo. Semasa menolong rakannya yang mabuk, ada terjadi suatu kemalangan yang mengubah nasib Lee Dam dan Shin Woo Yeo. Manik kepunyaan Woo Yeo telah terjatuh dan masuk ke dalam mulut Lee Dam tanpa sengaja. 

Manik itu cuma boleh berada dalam badan manusia selama satu tahun sahaja kerana jika melebihi satu tahun, manik tersebut akan pecah dengan sendiri. Ini akan menyebabkan Lee Dam akan mati dan Woo Yeo kehilangan peluang untuk menjadi manusia. 

Woo Yeo mencadangkan mereka untuk tinggal bersama bagi mengeluarkan manik tersebut disamping menjaga Lee Dam daripada sakit akibat tersentuh lelaki yang lahir pada tahun harimau. Harimau merupakan musuh kepada rubah.

Sinopsis tamat.

So far so good. Baru ada empat episodes hehehe. Kira on-going drama lah. Banyak betul drama korea ya, tak menyempat nak tengok satu satu HAHAHAHA. Sekejap tengok Beyond Evil, sekejap tengok Doom at Your Services, Sell Your Haunted House, nanti Penthouse Season 3 pula, itupun satu episode satu minggu. Betul betul nak menyeksa penonton hahaha. Eh terover pula 😂

Back to this drama, bagi aku best! Kelakar! Aku tak pernah kenal hero dan heroin drama ini, tapi bila pertama kali tengok drama My Roommate Is A Gumiho ini, rasa macam chemistry mereka kuat. Kira serasi lah hehehe.

Disebabkan tak sengaja tertelan manik, tak pasal pasal Lee Dam kena duduk satu rumah dengan rubah berekor sembilan. Kena berhati hati dengan lelaki yang lahir pada tahun harimau sebab harimau musuh utama rubah.

Kalau lelaki yang lahir tahun harimau tersentuh atau menyentuh Lee Dam, Lee Dam akan jatuh sakit. Dan rubah itu sahaja yang boleh menyembuhkan sakit itu. 

Tapi confirm lah rubah itu mesti akan jatuh cintanya dengan Lee Dam. Standard cerita kan HAHAHA. Episode empat ini pun dah nampak sikit sikit bibit bibit cinta mulai timbul antara Woo Yeo dengan Lee Dam. 

Dah genre romantik kan, memang tak lari lah daripada kisah percintaan itu. Tapi harap harap bukan sad ending lah ya :')

Selamat menonton! :)

18 comments

  1. kalau ensem mcm tu...rubah pun rubah la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA kannnn kak yan!
      Rubah pun rubahlahhhh :D
      Jangan rebah sudahhh hahaha

      Delete
  2. Ada tgk trailer...hero tu pernah tgk dlm drama www.search..gumiho ni popular..last year drama tale of nine tailed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeyy search www masuk dalam waiting list! Hehehe dah terminat dengan hero tu >.<
      Haah betul, last year drama dong wook berlakon tu.
      Yang dulu dulu pun ada jugak yang shin min a berlakon kalau tak silap hehehe

      Delete
  3. cerita ni yg kaella tunggu-tunggu ni, sebab tngok trailer mcm best jer hihi

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Memang menarik!

      p/s: Bagi saya lah hehehe :D

      Delete
  5. tunggu complete dulu semua episode baru nak start tengok :)

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/drama-korea-taxi-driver-2021.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangnya begitu tapi tertengok episode 1 >.<
      Terseksa jugak nak tunggu setiap minggu tu hahaha

      Delete
  6. Hehe baca sinopsis dia ni cam best!!! Tapi malasnya nak tunggu satu satu episod keluar. Kena biar semua episod keluar dulu baru best sekali layan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik TK. Kena tunggu completed baru best! Hahahaha

      Delete
  7. Belum terjebak lagi dengan drama ni . CCL kurang layan drama korea

    ReplyDelete
  8. Tunggu habis tayanglah baru tengok.. sesekali layan grene romantis beat juga.. hero pun handaome.. hahaha..

    ReplyDelete
  9. Cerita baru rupanya. Ingatkan drama lama, My girlfriend is a Gumiho tu.

    ReplyDelete
  10. In order to pursue, claim, and enjoy anything in life, you must identify those road blocks that may be restrictive or prohibitive. amazon mytv

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)