Thursday, 1 July 2021

BPR Pemerkasa Tambahan

Bayaran tambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga RM 500.00 seperti diperuntukkan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Tambahan akan disalurkan secara berperingkat. 

Alhamdulillah rezeki bulan Julai dapat RM 100 daripada kerajaan. Tak banyak tapi bolehlah untuk tempoh seminggu lebih untuk beli makanan dan minuman aku hehehe. Bolehlah daripada tak ada langsung huhuhu 😅

Mula mula dapat mesej, ingatkan dia transfer ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) aku tapi baca kali kedua rupa-rupanya ke akaun Bank Islam. Aku ada akaun BSN tapi tak aktif. Memang aktif sepenuhnya di akaun Bank Islam.

Seram sejuk kalau surat statement bank Islam dihantar ke rumah aku. Takut abang aku buka dan tengok history bank, matilah aku kena bebel dan kena tanya macam-macam soalan HAHAHA. Padan penuh foodpanda dengan shopee 😂

Check dalam akaun Bank Islam, duit dah selamat mendarat. 


Kebanyakan duit duit aku habis dekat makanan 😂 Jarang memasak, jadi aku akan beli satu atau dua jenis lauk dan makan dengan kakak aku. Kebiasaannya satu jenis lauk pun sudah memadai bagi aku dan kakak. Tambahan kepada lauk, goreng telur dadar di rumah. 

Kalau terasa nak lebih sikit, ambil dua jenis lauk. Kalau tidak pun, satu jenis lauk dan satu jenis sayur. Sudah cukup. Nasi boleh masak sendiri, jimat sikit. Nak menambah banyak kali pun senang hati hehehe. Jadi dekat rumah aku, memang selalu kena beli telur. 

Telur boleh menghasilkan banyak jenis lauk kan? Telur mata atau telur rebus masak merah *aku panggil masak merah, tapi ada juga yang panggil sambal merah*, telur kunyit kuah, telur mata makan dengan kicap pun sedap dan lain-lain lagi.

"Kenapa tak memasak? Lagi jimat."

Kenapa ya tak memasak? Sebab bagi aku lagi senang membeli huhuhu. Boleh tak jawab macam itu? 

Tak ada lah. Ada saja sesi masak memasak bersama kakakku pada hujung minggu, tapi pada hujung minggu saja lah. Ataupun hari kakak aku cuti. Ataupun kadang-kadang housemates yang masakkan untuk makan malam kami berlima. 

Aku bukan tak nak masak, tapi itulah takut kakak aku tak nak makan :') Dulu aku pernah masak tapi tak kena dengan selera dia. Jadi, aku masak untuk diri aku sajalah. Nak bagi orang lain rasa (kecuali abang keempat aku) macam tak boleh lagi. Banyak lagi kena belajar.

Kakak kedua aku pun belajar dari suami dan ibu mentuanya lepas kahwin.  Sampai dah expert masak macam macam sekarang ini, semua hasil didikan suami dan ibu mentuanya. Beruntung dapat mak mentua yang baik! 

Tapi tak dinafikan, mak mentua kakak aku memang baik. Aku acap kali juga tidur di rumah mak mentua kakak aku. Memang selalu kena paksa makan. Selalu kena bebel kalau aku ambil sejenis lauk saja sedangkan dia dah masak macam macam jenis lauk. 

Nak buat macam mana, masa arwah mak masih ada dulu dulu, memang arwah mak masak satu atau dua jenis lauk sahaja. Itu aku cakap, satu lauk pun sudah memadai bagi aku dan kakak aku. 

Sebab apa aku cakap kecuali abang keempat aku? Sebab abang keempat aku jenis bedal semua makanan. Janji kenyang. Sedap tak sedap belakang kira. Kalau tak sedap, dia cakap tak sedap. Tapi makan tetap menambah. Bazir katanya kalau tak habis.

Kalau sedap pun dia puji sedap. Kalau kuah cair ke kurang rasa ke, dia beritahu. Esok masak, menjadi. Lusa masak, tak menjadi pula macam semalam. Dan begitulah seterusnya HAHAHA.

Aku masak tak adalah tak sedap langsung, tak boleh diterima langsung, tak buat orang sakit perut. Tapi masakan aku macam tak cukup rasa sebab aku tak reti rasa.

Sekali rasa, macam kurang masin. Okey kita letak garam sikit. Kali kedua rasa, eh kurang manis. Okey kita letak gula sikit. Kali ketiga rasa, eh itu eh ini. Sampai kesudahlah tak tahu apa yang kurang setiap kali rasa.

Jadi nak senang, aku beli HAHAHA. Sedap ke tak sedap ke, salah tukang masak kedai. Next time tak payah beli dah di kedai dia. Cuba beli di kedai lain pula.

Rasa macam entri hari ini tersasar jauh dah dari tajuk asal huhuhu. Apa apapun, jangan kecam saya okey bila saya selalu membeli di luar. Saya hanya tolong support bisnes peniaga kecil begitu hehehe. 

Nota jemari: Nasib lah siapa jadi suami aku HAHAHA (eh tiber) lamberrrrtttt lagi nak bersuaminya hehehe

18 comments

  1. Hehe takpe duduk bujang. Akak pun emak banyak masak sebab masakan akak abah tidak makan sebab akak suka lauk pedas sangat. Haha tapi akak selalu kena masak lauk sayur.

    ReplyDelete
  2. Waa. Cepatnya bantuan masuk. Alhamdulillah, rezeki.

    ReplyDelete
  3. Saya belum dapat lagi. Mesej dah dapat pagi semalam tapi bila bukak web BPR, masih dalam proses pengkreditan.

    ReplyDelete
  4. Akak pun kalau beli makanan selalu niatkan nak tolong peniaga kecil. Takdela rasa bersalah sangat. Hihi. Skill masak tu lama-lama nanti pandai la.

    ReplyDelete
  5. hahahaha... bukan kata tiqah, k ret sendiri pun x pandai masak sangat...
    yang simple ok lagi, klu soh masak yg berat, mmg kirim salam air tangan aje la :D

    ReplyDelete
  6. Membeli sambil membantu orang lain. Tak salah berkongsi rezeki dengan orang lain kan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, dapat duit bantuan. Akak dulu sebelum kawin pun, tak reti masak, Atiqah. Lepas kawin baru belajar. :)

    ReplyDelete
  8. seronok betoi dapat abg mcm tu kan..balun je kang membazir! hahaa good!

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dapat..kak shida dan suami xlayak..katanya sebab suami dh dapat GKP :)
    dah kata gitu ok je..

    ReplyDelete
  10. awalnya masuk... kita still tunggu kredit..

    ReplyDelete
  11. takpe boleh slow2 belajar memasak ni :)

    ReplyDelete
  12. akak & famili pun sejenis yg makan lauk sikit.
    first first kawin, mak mertua masak more than 3 lauk, sendiri confused camne nak makan.
    tapi makan le jugak. kang kck ati mak mertua :)

    akak ni mula masak lepas anak dah 2 org! ha haa ha ha...
    sebelum tu most of the time, beli aje. sebab makan berdua kan.
    tapi bila anak berdua da besar skit 3-4 tahun, baru la masak.
    memahirkan diri sendiri.
    now tiap hari masak, PKP hu hu hu hu...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..ada extra duit belanja. Itulah musim pkp ni memang banyak spend untuk makanan. Beli stok sekali untuk seminggu dua. Saya pun jenis makan lauk sikit je. lauk simple simple pun okay je. Janji ada makanan. kadang takut juga nak masak untuk orang, takut tak kena dengan selera. tapi berdua ni okay je lah. Tak pandai masak takpe, boleh belajar. practise make perfect gitu.

    ReplyDelete
  14. Baru dapat mesej... 29hb ni baru masuk katanya .. Tak sabar! Hahaha

    ReplyDelete
  15. Alhamdulilah. Biasa la tuu Atiqah. Ada duit sikit mmg ke makanan ponn kite dah rasa happy kan ��

    ReplyDelete
  16. Duit bantuan sudah lebur di makanan huu. Alhamdulillah demi kelansungan hidup gituwww

    ReplyDelete
  17. sy fhm hidup org bujang mcm mn. part memasak tu bkn mls tp ada kala bla memasak smpi jd membazir... then rs puas hati bla membeli and mknn semua tu habis

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)