Friday, 13 August 2021

Hadiah Top Commentator Bulan April Baru Selamat Diterima

Sesiapa yang masih ingat, aku terpilih sebagai salah seorang top commentator bulan April 2021 di blog Shikin Razali. Dan 24 May 2021 tempoh hari, aku ada update entri di blog yang menyatakan bahawa aku ada dapat satu parcel dari seorang blogger tapi sayang parcel tu sampai di rumah kakak kedua aku di Marang sedangkan aku berada di rumah sewa Kuala Terengganu. 

Ingat lagi tak entri aku 'Mencari cari tapi tak ketemu'? Adoi bila teringat balik rasa lucu sekejap sebab cari pekerja J&T tak jumpa jumpa! Memang tak akan jumpalah sebab pekerja J&T nya di Marang! Aku pula di rumah sewa Kuala Terenggnau. 

Dari bulan May lagi kan Malaysia terikat dengan lockdown jadi memang tak boleh rentas daerah untuk pergi ambil parcel kiriman Kak Shikin. Akhirnya bulan Ogos baru selamat diterima di tangan aku. Fuhh! Lama betul ya HAHAHA. Nasib baik parcel masih berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan.

Aku terima parcel ni pun sebab masa cucuk vaksin dos pertama, aku cucuk di tempat yang sama dengan kakak kedua aku. Alang alang tu, aku suruh dia bawa parcel tu ke tempat cucuk vaksin.


Berat ya parcel kiriman Kak Shikin sebab gel aloe vera tu hahaha. Banyak juga isi kandungan dalam parcel tu. Ada gel aloe vera, beberapa keping sheet mask, eye mask, name card Kak Shikin dan bekas letak barang. Aku tak tahulah panggil apa, tapi aku panggil tempat letak barang je. Comel!

Masih memikirkan nak isi apa dalam bekas tersebut. Mungkin boleh letak coklat? Letak atas meja. Sambil blogging sambil makan coklat. Hehehe. Apa-apapun, terima kasih diucapkan kepada Kak Shikin untuk pemberian ini. Saya suka! Thanks alot! Semoga Kak Shikin dilimpahkan rezeki yang berterusan sepanjang masa. Aamiin.


Kepada sesiapa yang masih tak kenal blogger Kak Shikin, bolehlah melawat blog Kak Shikin. Dont shy shy to comment and follow. Mana tahu boleh tersenarai dalam top commentator blog Kak Shikin ke? Nak terjah, boleh click disini: Jurnal Shikin Razali.

28 comments

  1. Tahniah...wahh murah rezeki ya...alhamdulillah...kat blog akak pun awak rajin mengomen.

    ReplyDelete
  2. Murah rezeki awak atiqah. ALhamdulillah. awak pun rajin melawat blog kita . Thank you!

    Murah juga rezeki kak ikin. Kak ikin tak lekang dengan suka bagi penghargaan buat rakan2 blogger beliau. Suka sangat dengan sikap kak ikin <3

    ReplyDelete
  3. tahniah! alhamdulillah.. rezeki.. =)

    ReplyDelete
  4. Terkejut tengok tajuk. Haha lama hendak sampai ke tangan orangnya. Akhirnya boleh guna.

    ReplyDelete
  5. Tahniah dik
    Akak dh byk kali dpt hadiah jd top komen blog kak shikin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah Atiqah..
    Rasanya tu bekas alat tulis..

    ReplyDelete
  7. Meriah ye hadiah Kak Shikin :) Tahniahhhh, boleh la berspa dengan face mask tu nanti

    ReplyDelete
  8. Tahniah, Atiqah. Banyak hadiahnya.

    ReplyDelete
  9. Hahaha lama tersimpn ye, nasib baik pembalut masih utuh :p pape pun tahniah tiqah

    ReplyDelete
  10. tahniah atiqah! rezeki mmg x pernah salah alamat.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Tahniah. Rezeki berukhuwah di alam maya.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..meriahnya hadiah....best2

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak kat tangan awak yea Tiqah..hihihi jangan lupa bagi alamat yang baru untuk hadiah kali nie.. apapun terima kasih akak ucapkan pada awak kerana terus menerus sokong dan baca jurnal akak...

    ReplyDelete
  14. Wow, tahniah!! Boleh ler relaks2 kan muka masa nak tido nanti.Hi2.Lama tak tepek mask ni.

    ReplyDelete
  15. Huyoooo.. Tahniah! Tahniahhhh! Best dapat hadiah macam macam... Hehe.. Kipidappp..

    ReplyDelete
  16. Aamin Yarabb. Alhamdulillah itulah rezeki, dah datang tapi belum dapat, bagus tu aloe vera gel. Tahniah!, best bermacam hadiah..

    ReplyDelete
  17. Tahniah afiqah.. walaulun lmbt janji dh terima jgk.. seronok dpt byk hadiah

    ReplyDelete
  18. Shikin kalau bagi hadiah top komen, memang lumayan. segan bila menerimanya. Tahniah Atiqah. Nasib baik bukan makanan. Lama terperap tu

    ReplyDelete
  19. Banyak betul produk penjagaan diri tu.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah.. Tahniah.. bestnyaa dapat hadiah dari blogger.. semoga terus dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah tahniah atiqah๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  22. Tahniah, moga semakin murah rezeki yang memberi dan yang menerima :)

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah..Tahniah Atiqah. Finally dapat jugak hadiah yang sekian lama berjauhan. Bekas tu macam pen holder je Atiqah. Asalkan nama bekas, boleh je letak macam-macam kan.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)