Tuesday, 10 August 2021

Salam Maal Hijrah 1443

Assalamualaikum semuanya. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat seperti sediakala. Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Siti Sarah yang telah selamat kembali kepada PenciptaNya setelah beberapa hari bertarung nyawa melawan virus Covid-19. Salam takziah untuk keluarga arwah Siti Sarah. Semoga arwah Siti Sarah berada dalam kalangan orang orang yang beriman. 


Walaupun tak pernah berjumpa, tapi bila dapat tahu berita kematian dia, tak tahu kenapa rasa sedih menjelma di hati. Membayangkan bayi kecil yang diberi nama Ayyash Affan yang belum sempat bertemu dengan orang yang mengandungkannya selama lapan bulan. Baca berita, makin ramai ibu ibu yang mengandung turut mengalami perkara yang sama seperti Siti Sarah. Berapa ramai yang dah kehilangan ibu bapa, datuk, nenek, adik beradik dan sanak saudara angkara Covid-19? Terlalu ramai. Sampai bila ni semua akan berlaku? Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang berlaku. 


Hari ini kita sihat, belum tentu esok pun kita akan masih sihat seperti semalam. Hari ini kita masih bernafas, belum tentu esok hari kita masih bernafas seperti hari hari sebelumnya. 


Apa apapun, sempena masuk tahun baru dalam kalendar Islam, aku ingin ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam tidak kira dimana jua anda berada. Sudah memasuki 1443 Hijrah selepas waktu Maghrib semalam. 



Apa yang istimewa dalam bulan Muharram ni?


Bulan Muharram merupakan salah satu daripada empat bulan Haram. Lagi tiga bulan Haram ialah bulan Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan haram ini bermaksud bulan bulan yang sangat dihormati dan dimuliakan. 


Berpuasa pada bulan Muharram juga merupakan puasa yang paling afdal selepas berpuasa pada bulan Ramadhan. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Riwayat Muslim (1163) yang bermaksud:


"Dan puasa yang paling afdal selepas bulan Ramadhan ialah berpuasa pada bulan al- Muharram."


Bulan Muharram juga merupakan satu satunya bulan yang disifatkan sebagai bulan Allah swt berdasarkan hadis sahih. Sesebuah tempat, seseorang individu dan sesuatu masa apabila disandarkan kepada Allah, maka secara automatiknya ia menjadi mulia. 


Berpuasa pada 10 Muharram atau kita panggil Hari Asyura juga dianjurkan pada bulan Muharram. Berpuasa pada Hari Asyura menghapuskan dosa dosa kecil setahun yang berlalu (Riwayat Muslim 1162). Pada hari Tasu'a yakni pada 9 Muharram juga disunatkan untuk berpuasa oleh umat Islam. Hadis Nabi yang bermaksud 


"Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari ke-9 Muharram." - Riwayat Muslim 1134.


Dan akhir sekali, tak ada sebarang doa khusus dari Nabi saw dengan sifat doa awal tahun dan akhir tahun kerana penetapan awal tahun Hijrah juga dibuat selepas kewafafan Nabi Muhammad saw. Namun begitu, secara logiknya tak ada yang salah bagi seseorang itu untuk membaca doa meminta kebaikan dan kesejahteraan buat dirinya sebaik dia memasuki 1443 Hijrah. 


Sumber: Muhammad Fahmi

18 comments

  1. Salam Maal Hijrah, moga kita dipanjangkan umur, diampunkan dosa dan tetap kuat semangat meneruskan kehidupan.. Amin

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah Atiqah :))

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga tahun baru ni dapat berikan kita semangat baru meneruskan kehidupan dan semoga yang baik baik je di hari hari mendatang. Aaaminn...

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah, Tiqah..

    ReplyDelete
  5. Salam Maal Hijrah Atiqah.
    Insya Allah kalau mampu puasa 9 dan 10 Muharram.

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah 1443. Marilah sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik. In syaa Allah.

    ReplyDelete
  7. Salam Maal Hijrah Atiqah. Semoga tahun baru ni Covid di angkat dari muka bumi

    ReplyDelete
  8. Salam Tahun BAru Hijrah Tiqah...
    Baru dapat mood nak jenguk kengkawan blogger hehhe
    blog sndri pun x berupdate lagi

    ReplyDelete
  9. Salam Maal Hijrah AN. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  10. Salam Maal Hijrah Atiqah..
    Tq untuk perkongsian ilmu ini..

    ReplyDelete
  11. selamat thn baru hijrah๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)