Saturday, 28 August 2021

Salted Caramel & Pretzel Bits McFlurry McDonalds

Last minit plan petang tadi pergi McDonalds. Dah lama sangat tak makan, tiba-tiba hari ini teringin nak makan burger mekdi. Mengada sungguh ya, padahal kalau beli burger ramly tepi jalan tu boleh je, tapi nak juga burger mekdi. Sekali sekala beli dan makan makanan mekdi. Kalau hari-hari mahu kempis beg duit hehehe.

Punyalah panjang barisan drive-thru, last-last pergi beli dekat kaunter. Tak ada seorang pun yang membeli di kaunter dan nasib aku baik, sampai depan pintu terus manager ambil pesanan dan tunggu dalam lima hingga tujuh minit, pesanan pun siap. Beli depan pintu je sebab kawasan kaunter banjir. Tak tahulah apa yang berlaku, mungkin atap bocor barangkali. Nasib baik aku cepat, sebab lepas aku siap order, terus ramai beratur belakang aku. 

Okey dipendekkan cerita, maka menu pilihan aku kali ini ialah Spicy Chicken Mcdeluxe dan Salted Caramel & Pretzel Bits McFlurry. Tak nak cerita pasal burger sebab burger tu semua orang tahu kan? Tapi nak cerita pasal salted caramel mcflurry. Mula mula ambil sundae chocolate tapi ternampak perkataan salted caramel dekat menu board, terus cancel sundae chocolate dan order salted caramel mcflurry. Memang favorite sungguh kalau ada aiskrim yang berunsurkan salted caramel ni! 

Dulu masa kerja dekat mekdi, memang tiap tiap hari aku beratur dekat kaunter semata mata nak beli salted caramel mcflurry lepas dah habis waktu bekerja hihihi. Aiskrim yang macam ni biasanya bermusim, jadi selagi tak habis musim dia, selagi itulah aku membeli 😂 Itu dululah, sekarang beli sekali sekala aje. 


First of all, maaf ya aku ambil gambar orang di google. Aku ada ambil gambar aiskrimnya tapi gambar bergegar sebab ambil masa dalam kereta. Makan dalam kereta. Tak sempat sampai rumah, aiskrim dah habis dimakan. Memang sebijik sama rupa aiskrim yang aku terima dengan gambar diatas. Sikit tak tipu. Memang sama. 

Sedap! Memang sedap! First time aku makan pretzel bits dan ternyata pretzel bits tu memang sedap dan tak keras. Rangup. Memang kena kombinasi salted caramel dengan pretzel bits. Pretzel bits tu pun memang banyak staff mekdi letak. Manis? Itu pasti. Tapi macam aku cakap tadi, makan sekali sekala bolehlah. Nak makan hari-hari pun tak ada masalah kalau tak takut penyakit datang menyinggah 😂 Tapi tak adalah manis meleting leting, manis masin gitu je. 

Aku lupalah harga dia berapa, resit tak tahu aku campak mana hehehe. Tapi bila tengok dalam website mekdi, harga dia lebih kurang RM 7.08. Tapi itu harga dalam website. Mungkin murah lagi kalau beli sendiri di kaunter atau drive-thru. 

Aku bagi 4.9/5 ⭐ sebab tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah. Eh tiber! Hahaha. Overall, bagi aku memang sedap dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Senang cerita, memang puas hati lah aku makan. Selamat mencuba! Boleh beli sementara masih ada. 

25 comments

  1. Ok x try lg mcflurry..
    Mmt bole la try jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try nanti kak ret sementara ada jual lagi hehehe

      Delete
  2. Haha. Cara bagi rating macam pengguna Shopee yang bagi 4 star.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ada eh yang rating shopee macam tu? Hahahahaha

      Delete
  3. Hehe rupanya Atiqah peminat karamel masin.
    Rasanya kalau ada karamel masin, semua sedap.

    P.S: Tukar warna header ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Memang minat gila kalau salted caramel ni, memang sedappp!
      Eh eh, ada orang perasan la header baru kita kikiki :P

      Delete
  4. alahai.. racun mcd plop!..
    kena beli jgk ni.. haha..

    ReplyDelete
  5. Tak cuba lagi salted caramel pretzel ni. Kalau ada saltec caramel tu mesti nak cuba. Manis sekali sekala tak pe kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah nanti kak fiza sementara musim dia ada lagi, satgi mcd keluar menu lain pulakk kan hehehe. Betul, sekali sekala takpe, kira cheat day gituuuu hahaha :D

      Delete
  6. Tak pernah cuba lagi. Nak kena cari ni sebab salted caramel.. Sedapnya..

    Cantik la header blog baru tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti cuba kak naniey! Hehehe
      Eh eh, orang kedua perasan header baru kita hehehe :D

      Delete
  7. Tak pernah try lagi yang ni. Sebab risau masin kes namanya ada 'salted' kat situ. 😂

    Latest makan yang perisa pisang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bila bahagian aiskrim yang bawah bawah tu, masin dia melekat dekat tekak >.< Tapi sedappp hahaha. Eh pisang ada eh? Macam tak pernah tengok aiskrim pisang.

      Delete
  8. nampak menarik..dah lama tk beli produk mekdi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba nanti akak hehehe. Saya pun jarang beli makanan mekdi sebab kenyangnya sekejap aje >.<

      Delete
  9. Sedapnya. Saya pun suka salted caramel. Pernah beli dekat McD dulu tapi masa tu McD belum keluarkan versi ada pretzel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng! Samalah kita jannah. Yang saya cerita beratur beli mcflurry tu, masa tu mcflurry salted caramel aje. Takde campur pretzel ke boba ke, memang salted caramel semata mata

      Delete
  10. Dah cuba versi pretzel ni . Memang sedap dan kena dengan citarasa ccl . Rasa manis manis masin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada terbaca CCL buat entri pasal mcflurry cokelat campur pretzel kalau tak silap. Kannn, yang ni pun memang kena dengan citarasa saya jugakkkk

      Delete
  11. Tak berapa suka pretzel sbb keras hahah. Kalau mkn dgn coklat cair lg sedap kak nina rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh keras eh kak nina rasa? Sebab haritu saya makan tak keras, rangup. Haah saya pun rasa gitu gak, makan dengan coklat cair lagikkk sedapppp

      Delete
  12. Nampak beberapa kali orang share salted caramel pretzel bits mcfluury ni... tapi Kak Amie belum pernah try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh try kak amie, kongsi dengan firdaus hehehe. Mesti firdaus suka

      Delete
  13. Saya pernah kecewa beli ice cream McD letak pretzel sebab rasakan harga tak relevan hahaha.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)