Tak ingat jumpa gambar ni dimana, tapi bila tengok gambar ni teringat zaman belajar dahulu kala. Bukan main ya dahulu kala, padahal baru habis belajar bulan Januari tempoh hari kikiki. Tapi, jujur aku cakap memang rindu suasana belajar di universiti before covid datang melanda satu dunia.
Tak sangka ya dalam sekelip mata, Covid-19 mengubah segala-galanya. Aku bernasib baik sebab hanya satu semester sahaja kena online distance learning (ODL) iaitu semester 6. Satu-satunya semester tak ada peperiksaan akhir sebab benda berlaku sangat mengejut. Tiba tiba terpaksa belajar secara online. Keadaan mungkin kelam kabut sikit memandangkan pihak universiti cuba cari jalan penyelesaian. Kesudahannya untuk semester tu memang tak ada peperiksaan akhir. Tapi assignment berlambak!
Kalau semester before covid, memang wajib ada peperiksaan akhir. Agak agak, aku dalam kategori apa? Tawakal? Last minit? Atau gifted? Jeng jeng jeng. Sudah pasti aku dalam golongan last minit HAHAHA. Seminggu sebelum peperiksaan bermula, baru kalut jawab soalan soalan past semester. Baru kalut buat nota, cari slides lecturers yang missing dan sebagainya.
Kalau UiTM, seminggu sebelum final exam, dia ada satu minggu yang dinamakan 'Study Week'. Masa study week itulah kalut buat semua. Pulunlah jawab semua soalan soalan past semester untuk semua subjek yang ada final paper. Letih tu memang letihlah, tapi berbaloi. Boleh tahu jenis soalan apa yang biasa ditanya dalam peperiksaan, boleh agak soalan apa yang bakal ditanya dan sebagainya. Tapi kadang-kadang, nasib tak menyebelahi diri kami (baca: aku dan classmates) juga bilamana kita target soalan tu akan keluar, tapi dia tak keluar 😂
Tawakal pun ada juga, tapi tak selalulah. Bergantung kepada subjek. Antara subjek yang biasa aku tawakal ialah subjek English sebab tak tahu nak baca apa hihihi. Memang tawakal sungguh. Malam sebelum peperiksaan, santai aku layan Harry Potter. Lagak macam tak ada paper pun. Nasib baik bila keluar keputusan, subjek yang biasa aku tawakal ni tak dapat result yang teruk. Kiranya memuaskanlah. Dapat B.
Siapa sini dalam kategori gifted? Angkat tangan! Syok tak? Mestilah syok kan? Apa punya soalan lah hehehe. Aku ada member yang gifted, study biasa biasa je. Kita ni bagai nak rak study, berjaga malam tak payah cakaplah. Sampai sakit kepala sebab tak cukup tidur. Dia yang gifted ni, tidur awal. Bangun pagi tu tak ada dah nak baca apa apa. Kita ni sambil bersiap pakai baju, pakai tudung pun mulut terkumat kamit lagi duk baca notes. Sambil berjalan menuju ke dewan peperiksaan pun baca lagi. Kalau member aku yang gifted ni, keluar dewan peperiksaan pun awal dari masa yang ditetapkan. Bila keluar result, memang dekanlah jawabnya.
Tapi itulah kan, tak semua manusia sama kan. Ada yang lebih sini, terkurang sana. Terlebih sana, terkurang sini. Apa-apapun, kena tahu diri kita macam mana. Kena kenal diri kita dulu macam mana. Jangan tengok orang lain. Tengok diri sendiri dulu.
37 comments
Sama, belajar saat-sat akhir.
ReplyDeleteMereka yang gifted mungkin dia sudah terus faham dan hafal ketika pensyarah mengajar.
Betul, yang gifted tu memang dah faham banyak masa pensyarah mengajar. Memang masuk terus dalam kepala otak mereka hahaha
DeleteKenangan semasa belajar memang tak dapat dilupakan
ReplyDeleteKan wak kan, sekarang rinduu dah zaman belajar huhuhu
DeleteRindu zaman kampus. Zaman paling innocent baru nak kenal dunia.
ReplyDeleteBagi saya, bergantung pada subjek jugak. Kalau subjek tu confirm boleh skor, memang tidur awal lah malam tu. Tapi kalau killer subject, seminit sebelum exam pun gigih lagi bukak nota. 😭
Betul, kalau subjek boleh skor memang tidur awal la jawabnya. Belek belek gitu aje notes. Tapi, kalau carry mark tak berapa nak banyak, memang kena perform la masa jawab exam kannn >.< Otw nak gi letak barang before duduk dekat meja peperiksaan pun duk baca notes lagi hahahaha
DeleteRindu zaman belajar
ReplyDeleteSamalah kita CCL, rinduuu zaman belajar. Sekarang budak budak semuanya ODL. Sedihh jugak mengenangkan nasib mereka sebab takde kenangan dengan kawan kawan
DeleteStudy week masa first second third year balik kampung. fourth year tak boleh sebab ada praktikum dan juga thesis kena siapkan. Settle thesis terus hantar resume cari kerja. Hehe..
ReplyDeleteK.Naniey tak boleh last minit sebab mesti tak kan menjadi. Kalau assignment mesti seminggu or dua minggu dari tarikh dah siap dah. Kalau buat last minit rasa macam nak menangis rasa macam tak cukup tangan.. Rindunya zaman belajar dulu..
Saya tak pernah balikkk masa study week sebab masa study week tulah baru saya buat semua benda hehehe. Kiranya assignment kak naniey mesti siap awal dari due date lah ni? Seronoknyaaaa sebab boleh rileks awal awal, kalau saya, esok hantar, pagi esok la baru print hehehe. Kadang kadang bahagian kita dah siap, tapi tunggu bahagian groupmates yang tak siap siap :')
Deleteakak pun belajar last minit jugak
ReplyDeleteRamai jugak dekat sini ni geng last minit jugak hehehe
Deletehahahha kadang ada kawan yang steady je tak belajar sangat pun rilex je tapi result dia kebabom... kalau akak jenis kene study sebab bukan jenis gifted heheheh
ReplyDeleteKan kak dana kan, member gifted ni steady sungguh, lagak macam takde paper, tahu tahu result perform teruk. Saya pun gitu gak, memang kena study sebab otak tak berapa cerdik kikiki
DeleteWakakkaka sama la kita mmg sejenis yg last minit belajar..
ReplyDeleteMemang dari zaman sekolah lagi kan kak ret, terbawa bawa perangai study last minit sampai ke zaman universiti heheheh
DeleteGolongan last minit dan tawakal. Hahaha.. walaupun dh bt nota siap2 tp naluri mengatakan soalan xmasuk setiap chapter
ReplyDeleteKiranya naluri kak nina selalu betul lah eh? Kalau saya, kemain spot soalan itu ini, last last tak masuk. Keciwa sungguh >.<
DeleteSaya tak tahu nak kategorikan diri saya dekat mana. Sebab memang sejenis bukan suka study sampai lewat malam, Suka study santai santai sebab saya rasa dengan santai itu lebih banyak input boleh masuk dalam otak saya. Tapi nak cakap gifted mcm terlalu jauh sangat haha
ReplyDeleteGifted la tu nadia hehehe. Kalau saya, sebaliknya dengan nadia. Study sampai lewat malam. Sampai tak cukup tidur. Mujur tak tidur masa jawab paper. Tapi tidur lepas dah setel paper hehehe.
DeleteAkak..study last minute la jugak rasanya
ReplyDeleteKita geng lah hehehe :P
DeleteMampu dan rezeki orang tak sama. Betul, kenali diri sendiri ditahap mana. Yang ada sungguh-sungguh, yang ada santai sahaja dan jangan pelik macam langsung tak buat apa-apa pun ada.
ReplyDeleteYang langsung tak buat apa apa tapi dekan tu memang hebat lah hahahaha. Memang bebetul gifted kan kak PC :D
DeleteSamalah kita Atiqah.
ReplyDeletePilih saat-saat akhir juga hihhiiii.
Kita geng! Hahahaha. Memang jenis gitu dah kan kak amie, last minit baruuuu nak buat semua benda hihihi
DeleteStudy week memang pulun habis. selang tengok movie. Aci tak? hahaha..Last minit tu taklah. Prepare gak buat past year question tu. Untunglah kalau gifted. Tak payah nak pulun sangat Belajar dalam tidur pun boleh jawab exam. huhu
ReplyDeleteAci je kak fiza sebab saya pun gitu jugak HAHAHAHA. Sambil buat notes or jawab past sem, sambil tengok movie hahahaha. Part gifted tu sokong sangat kak fiza, memang rileks betul, macam takde paper punnn kalau gifted ni >.<
DeleteBetul tu Atiqah. rileks je dak dak gifted ni. Kita ni beria dok pulun. Huhu
DeleteKita ni rileks layan movie lagi tu..aduhaiii..gap paper panjang tu pun last minit gak kaedah dia. haha..tak boleh dicontohi lansung.
Ya Allah kak fiza, memang sokong 100% la ayat kak fiza tu HAHAHAHA. Gap paper panjang tuuu toksah cakap, memang lagikk last minit. Dia punya santai macam dah habis paper >.<
DeleteAduh.. Terkenang zaman belajar di U dulu.. Saya graduasi tahun 2004.. Macam-macam ragam semuanya masa belajar..
ReplyDeletekadang2 saat akhir blh score he he
ReplyDeleteakk tak boleh study last minit, cepat gelabah..hehe..saat2 akhir tuk review saja..
ReplyDeletebetul, kita kena kenali diri sendiri, belajar ikut style sendiri..
Dulu masa akak diploma akak study hard. Setiap point hafal satu2. Macam orang bodoh😅. Bila masuk degree akak study smart sikit. Baca, fahamkan betul2, then goreng masa time exam 😆!! Study pun last2 minit. Selebihnya akak banyak study past year paper. Alhamdulillah, pointer lagi helok banding time diploma dedulu.So, kesimpulannya kat sini. Study smart!!😁
ReplyDeleteAda yang photographic memory, bolehlah bertawakkal, steady and cool hehe..
ReplyDeletekategori istiqamah takde ke?
ReplyDeletedikalangan kengkawan kita mesti ada jenis yg gifted tu kan. tapi tu la tah2 dia pun prepare macam nak rak dibelakang..
ReplyDeleteMaaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)