Wednesday, 4 August 2021

Top Komentator Bulan Julai 2021


Baru muncul entri ni, sepatutnya muncul 01 Ogos tempoh hari tapi memandangkan tak ada laptop, makanya 04 Ogos baru muncul pemenang Top Komentator Bulan Ogos 2021 di blog Atiqah Najihah. 


Inipun masih bersiaran daripada telefon. Masih belum ada laptop bersamaku :'( Tapi gigih ya update blog sebab pageviews menurun. Biasa pageviews dalam 2000 something, tapi beberapa hari tak update terus cecah 500+. 


Rasa terharu jap baca komen Rabia di entri semalam. Tertanya tanya mana pergi tuan blog ni, biasa setiap hari ada update entri. Tapi lama menyepi hehehe. Kak sal pun tanya, kemana pergi laptop aku. Laptop ada Kak Sal, tapi diri saya yang tak ada di rumah laptop saya berada. Tak bawa laptop sebab ingat stay rumah lain (sebab nak cucuk vaksin) sekejap je, eh alih-alih seminggu juga bertapa dekat rumah lain tu.


Nak blogwalking pun susah kalau pakai telefon ni. Nanti gigih lah ya blogwalking bila dah ada laptopnya. Kalau melalui telefon ni, aku biasa baca je. Jadi silent reader. Nak tinggalkan komen tapi mostly blog buat komen kena tunggu approval dari owner kan, jadinya takut aku komen komen komen, tapi hampeh. Tak ada naik pun bila buka melalui laptop. Dah selalu terkena dah macam tu. Jadi, sis serik nak komen melalui telefon.


Okay panjang dah mukadimahnya, lari dari topik asal lagi. Jadi tanpa membuang masa, jom kita tengok senarai top komentator di blog Atiqah Najihah pada bulan Julai 2021.


Tapi sebelum aku umumkan siapakah pemenang bertuah antara 10 orang top komentator, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca semuanya yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog aku. 


Aku nak minta maaf sebab hanya pilih seorang sahaja daripada sepuluh orang tersebut. In shaa Allah di lain bulan, mungkin aku akan pilih dua atau tiga, atau mungkin kesemua sekali. In shaa Allah. 


Doakan kita semua dilimpahkan rezeki yang berterusan biar dapat berkongsi rezeki antara satu sama lain.


 



Aku letak nama dalam wheel of names sebagaimana yang terpapar dalam senarai top komentator di blog aku (rujuk gambar kedua).


Dan sepertimana kamu semua tengok, pemenang yang bertuah antara sepuluh orang top komentator bulan Julai 2021 blog Atiqah Najihah jatuh kepada


Drum roll!



SalbiahM or better known as Kak Sal! 


Blog Sal


Tahniah diucapkan kepada Kak Sal! Harap harap Kak Sal boleh bagi details untuk terima hadiah kecil dari saya. 


Nama: _______

Alamat: _______

No telefon: __________


Ke jiehahzak@gmail.com


Apa apapun, tahniah lagi sekali diucapkan kepada sembilan top komentator yang lain. Harap harap kalian masih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ini tanpa jemu.


Tahniah! 😍

23 comments

  1. Tahniahhhh
    awww my name pun berada di tangga yang ke - 5 lah
    insyaAllah bulan ni boleh dpt hadiah from atiqah hehehe
    semoga dimurahkan rezeki atiqah seluas lautan <3

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada semua dan tahniah kepada pemenang. hehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat kesmua yang tersenarai..double congrats for Salbiah...akak teringin nak konsisten BW dan tinggalkan jejak hari2 kat semua blog tapi kekangan masa sebab kerja kan...kalau nampak banyak komen dari akak tu selalunya akak work from home

    ReplyDelete
  4. inshaAllah bulan depan naik nama hehe.. Alhamdulillah rezeki.. Tahniah Sal..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Top Komen. Okaylah kita nak jadi top comment juga lah

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat semua pengomen!

    ReplyDelete
  7. Ohh patutlah lama menyepi. Faham sangat tu Atiqah, tak boleh nak komen guna phone. Dah komen alih alih tak ada. Memang better guna laptop atau desktop baru yakin ada. Tahniah untuk semua top komentator blog Atiqah. Tahniah juga Sal terpilih menang hadiah.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah . Tahniah pada blogger yg sememangnya rancak berkomen

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada semua yang tersenarai..

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada top commentator.

    ReplyDelete
  11. Oh lega laptop Atiqah ok. It's ok, ada orang selesa tulis di laptop ada di hp. Keadaan orang berbeza.
    Tahniah Sal terpilih.

    ReplyDelete
  12. Selamat kembali AN. Patut lah sepi blog dari minggu lepas.

    Tahniah kepada pengomen bertuah. 👏👏👏

    ReplyDelete
  13. Tahniah Sal... Laaa patut la lama tiqah sepi je hehehe.. Ok lps ni konpom berderet la entry2 tertunggak dia 😜

    ReplyDelete
  14. Wah..tanjat I olls. sorry lambat perasan, ni pun kak Anies yang inform. Thank u so much! Akak dah email ye detail yang awak nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajar x minta sikit hadiah dr dia?😆😆😆

      Delete
  15. tahniah2 rakan2 ni mmg rajin mengomen..

    ReplyDelete
  16. Tahniah kepada semua yg rajin komen

    ReplyDelete
  17. Tahniah pada semua yang tersenarai.. dan tahniah juga pada Salbiah kerana terpilih sebagai penerima hadiah..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)