Sunday, 8 August 2021

What is Your First Impression on Me?

Bosan bosan tak tahu nak buat apa, kita pun try lah update story di instagram tentang "What is Your First Impression on Me". First time buat. Selalu nampak kawan kawan je yang buat macam ni. Aku memang tak pernah buat sebab instagram aku sendu je. Takut tak ada feedback HAHAHAHA. Tapi nasib baik ada lima enam orang kawan aku yang layan juga story instagram aku ni hehehe.


Ala buat suka suka je, bukannya kena buat report pun. Sekadar nak tahu apa tanggapan orang lain waktu pertama kali jumpa aku. Jujur aku cakap, kalau aku tanya kawan kawan aku, ramai cakap aku sombong pada mulanya ðŸ˜‚ Dan ya, aku tak nafikan, aku tak reti nak mulakan perbualan. Tapi kalau dah start membual, haaaa bercakap jelah kerjanya hihihi. 


Senang kata, orang kena tegur aku dulu. Tegur tanya nama apa pun dah cukup. Aku macam tak berani nak tegur orang dulu sebab takut dia tengah bad mood ke, tengah sakit ke dan sebagainya. Jadi, biarlah dia yang tegur aku dulu. Kalau aku nampak dia macam okey, aku cakap macam biasalah. 


Macam aku intern diploma pada tahun 2018, budak intern sediaada yang tegur aku dulu. Dia kenal aku sebab sepupu dia satu sekolah dengan aku. Pum pam pum pam, Alhamdulillah masih berkawan baik sampai sekarang. Nur Aisyah namanya. 



Ini antara yang aku dapat dari kawan kawan aku




2, 6, 13, 15, 16, 23, 24, 27 dan 28


Scary - 2 orang  

Tiny - 3 orang 

Talented - 1 orang 

Quiet - 2 orang

Talkative - 1 orang

Caring - 1 orang

Annoying - 1 orang

Aggressive - 1 orang

Fearless - 1 orang


Yang tulis ayat tu tak menjawab soalan ðŸ˜‚ Kenal sangat dia tu, kawan since tadika lagi. Arissa namanya. Yang pilih annoying tu tak lain dan tak bukan ialah kakak ketiga aku. Mestilah dia annoying sebab ingatkan dia dah jadi anak bongsu, tiba tiba aku keluar HAHAHAHA. Dah tak bongsu dah dia. Aku beza dua tahun dengan kakak ketiga aku. Rezeki arwah mak dapat mengandungkan aku pada umur 42 tahun. 


Yang pilih quiet pun aku rasa saja je tu hahaha. Nampak letak emoji jelir lidah pun tahu dah dia tu saje je. Salah seorang yang pilih quiet tu kawan baik aku iaitu Farena. Siapa yang masih ingat, mommy kepada Muhammad Muqsith Farrel. 


Boleh baca disini: Selamat Pengantin Baru!


Pendiam lah sangat aku ni HAHAHAHA. Aku memang suka bercakap kalau dah jumpa topik yang ngam dengan aku. Kadang kadang orang lain letih nak melayan aku bercakap. Sesuai lah dengan aku, ada lalat "berak" atas dan bawah mulut. Orang cakap kalau tahi lalat atas bawah mulut ni memang suka bercakap. Betul ke?


Si Aisyah (orang pertama tegur aku masa intern diploma) pilih nombor 2. Eh dia ni, memang main main kan HAHAHAHA. Yang lagi seorang pilih nombor 2 tu aku nak tanya "scary sangat ke aku ni?" Mungkin sebab aku bekeng (baca: garang). Tapi tak adalah garang sangat pun. Mungkin nada aku bercakap kot, dia rasa aku scary. Tapi itulah, dah memang macam tu suara aku ðŸ˜‚ Tak adalah macam suara lelaki pun. Tapi tak apa, aku terima dengan hati terbuka dengan first impressions kawan kawan terhadap aku.


Haaa yang lagi 3 orang pilih tiny :') Memang kecil sangat ke aku ni? Hahahaha. Dahlah pendek, kurus lagi tu. Memang dari dekat ke dari jauh ke, memang nampak tiny lah kot ek? 


Ada juga yang pilih nombor 13 iaitu talented. Allahu speechless sis sekejap HAHAHA. Talented celah mana pun aku tak tahulah. Tapi nak buat macam mana kan? Dah itu impression orang terhadap kita kan? Walaupun pada hakikatnya, aku bukanlah seorang yang talented! Hehehe.


Yang pilih aggressive dengan fearless tu aku rasa main main juga. Mungkin bagi dia, aku kecil tapi ganas. Eh! Aku ni dalam hati ada taman tau. Fearless tu jauh sekali! Tidur dalam bilik yang gelap gelita pun takut. At least kena ada juga lampu jalan raya yang tembus ke dalam bilik aku walaupun sedikit sahaja cahayanya. Janji tak gelap gelita. Tapi lain kesnya kalau tidur berdua. Tidur berdua dengan kakak ketiga aku tak apa kalau gelap gelita. Sebab ada kakak akulah.


Kalau gelap gelita, aku jadi takut nak tidur. Overthinking. Bukan takut cik ponti, tapi takut dengan cik ðŸ Aku kalau tertengok video dia sebelum tidur, automatik satu bilik aku geledah. Aku akan check bawah katil ke, tepi almari ke, belakang pintu ke mana mana tempat yang ada ruang kosong lah. Sebab tu aku tak suka kalau tertengok video dia. Daripada tak fikir, terus terfikir. 


Eh, macam menyimpang jauh pula penerangan aku pasal fearless ni hehehe. Tapi tak apa kan sebab bukan selalu pun sekali sekala je. Jadi, aku nak tanya yang tengah baca ni, what is your first impression on me? Walaupun kita tak pernah bersua muka, hanya kenal melalui penulisan, tapi nak tahu jugalah apa first impression korang terhadap aku hehehe. 


Bawah ni antara first impression on me daripada aku kepada beberapa orang blogger.


Kak Ret - 34, 28

Kak Fiza - 19, 13

Kak Syu - 24

Kak Sal - 26, 27

Kak NA - 14, 15

Kak Farrah - 13, 14, 15

Kak Nadyaa - 15

Kak Amie - 23

Kak PC - 20

Kak Nina - 34

Alien Oren - 15, 13

Rabia - 15


Jangan ambil hati naaa kalau tak betul. Ini sekadar first impression sahaja hehehe. Orang cakap, kalau nak tahu baik ke jahat ke seseorang tu, kena kawan dulu dengan dia. Jangan dengar dari mulut mulut orang ;)

21 comments

  1. Terima kasih satu pujian pula. Alhamdulillah.
    Anggapan pertama akak masa Atiqah buat giveaway akak baca wah dia ini peminat coklat tegar siap buat pemberian benda dia suka. Lagi satu terdetik eh rupa dia sama macam rupa sepupu akak yang masih bersekolah.
    Daripada penulisan akak rasa Atiqah peramah, cerita panjang dan terperinci dan cute (sebab tengok gambar Atiqah)
    Jadi nombor 4 dan 16 (bayang tulisan macam Atiqah bercakap depan mata walaupun hakikat tidak pernah dengar). Haha.

    ReplyDelete
  2. Cute dan friendly untuk Atiqah dari kak PC.
    Apa yang Atiqah bagi pada kak PC tu ada kebenarannya.

    ReplyDelete
  3. Mesti ixlogo ni tak reti mengira masa kecik-kecik kan? Jenuh akak kira balik. Acane lepas nombor 24 boleh patah balik jadi nombor 23. Tak pasal-pasal sel-sel otak akak berhubung balik 😂. Ha3.

    Samalah,kita punya insta pun sendu jugak. FB jangan cakaplah. Kih3. Sekadar port untuk tengok drama & cuci mata tengok komen-komen yang tak murni jer dalam tu 😂.

    ReplyDelete
  4. you are nice and kind
    jemputlah follow instagram rabia
    rabiahtul_adawiyah

    ReplyDelete
  5. perghhh dah lama giler tak belek ig ^_^!

    Sejak dua menjak ni feel detox dari socmed sat.

    ReplyDelete
  6. K.Naniey pun tak reti nak memulakan dulu. Biasanya tunggu orang lain yang mulakan dulu. Tp kalau tengok orang tu lebih kurang

    Spanjang kita kenal k.naniey rasa Tiqah friendly sangat..

    ReplyDelete
  7. Hahahaha fearlesss eh.. Isshh kita pun takut tinggi gak tp buat2 berani je haha :p

    ReplyDelete
  8. Untuk awak akak pilih 23 and 4. Tengok dari apa awak story kat blog la, pasal kawan, pasal famili. So nampak awak ni caring. Alamak kak sal aggressive ke. Perangai kakak garang tu kadang-kadang keluar. Patutlah lelaki takut dekat. Hihi

    ReplyDelete
  9. Akak kalau jumpa org yg pendiam..akak pun tak tau nk mulakan percakapan mcm mana..kalau junpa yg riuh mulut tu hhaa baru naik semangat nk berborak..

    ReplyDelete
  10. akak tak pernah jumpa depan2 kenal di blog je tak sama rasanya... so tak boleh nk bagi jawapan

    ReplyDelete
  11. tak perasan pulak story ni. Mungkin 4,5, 12 dengan 17 kot hehe

    ReplyDelete
  12. Nak buat macam ni gak tapi tulah rasa sendu gak ig saya. Sekadar berkongsi gambar je lah. nak tunggu feedback orang agaknya syok sendiri jugak. Okaylah tu ada yang join sama. Seronok jugak tahu impression orang pada kita. Eh eh Kak Fiza tu merujuk kepada saya kah? Hehe... Terima kasih berikan impression positive.
    Untuk Atiqah pulak yang saya kenal dari blog ni saya pilih 16,17,19,23 dan 43

    ReplyDelete
  13. Nak try tapi saya rasa ig saya sendu. View ig boleh dapat reach 300 tapi kadang kadang feedback takde orang langsung. kuciwa saya.

    Untuk Atiqah saya baru kenal saya bagi - 16,17,23, dan 34. heheh based on penulisan saya rasa bersemangat baca post awak itu yang 34 tu. nice and kind sebab mostly post awak mesti related family. 16 dan 17 tu sebab melalui penulisan awak(post and comment kat post saya) nampak talkative and friendly senang bergaul gitu

    ReplyDelete
  14. i think you are 23, 17&19! at first kenal dalam dunia blogging melalui penulisan and comments!

    ReplyDelete
  15. Terima kasih Atiqah. Kak Amie tak ingat Atiqah orang yang keberapa bagi seperti '23' tu. Jika benar begitu, syukur Alhamdulillah.
    Untuk Atiqah Kak Amie 4, 12 & 17.

    ReplyDelete
  16. Bagus ada game gini main dengan kawan-kawan. Dalam masa masa, boleh tambah English vocab.

    ReplyDelete
  17. 4, 17, 23 & 34..
    Ini dari Kak sha.. hehehe

    ReplyDelete
  18. IG sy lg sendu update sethn sekali kot😆😆
    17,18,19 dr sy hehe jgn marah naa

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)