Saturday, 18 September 2021

Anime: Kimi no Na wa (Your Name)

 
Sinopsis:
 
Seorang gadis yang tinggal di luar bandar mula terbangun di dalam tubuh badan seorang budak lelaki yang tinggal di bandar Tokyo yang menjalani kehidupan menarik seperti gadis tersebut idamkan.
 
!SpoilerAlert!
 
My Review:
 
Kali ini nak review anime. Aku jarang tengok anime tapi kadang kadang layan juga macam Attack on Titan, Itazura na Kiss dan Maid Sama! Yang tiga tajuk aku sebut ni semuanya drama. Tapi drama anime pendek je, dalam setengah jam je untuk satu episod.

Tapi Kimi no Na wa atau senang disebut Your Name ni ialah movie. Setelah sekian lama duduk dalam my list netflix, akhirnya aku tengok juga lepas baca review orang lain di Twitter.
 
Your Name ni mengisahkan kehidupan seorang gadis (Mitsuha Miyamizu) yang tinggal di luar bandar iaitu di Itomori, Jepun. Dia bosan tinggal dalam bandar Itomori dan selalu berhasrat untuk menjadi seorang lelaki yang tinggal di bandar Tokyo jika dilahirkan dalam kehidupan yang seterusnya. 

Dijadikan cerita, suatu pagi lepas Mitsuha bangun dari tidur, dia tiba tiba berada dalam badan seorang budak lelaki yang bernama Taki Tachibana. Kiranya mereka bertukar badan. Mitsuha dalam badan Taki dan Taki dalam badan Mitsuha. Mereka berdua boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan tinggalkan notes apa yang terjadi dan tulis do's dan dont's masa mereka bertukar badan.

Sampailah suatu hari Taki pergi mencari Mitsuha walaupun Taki tak tahu Itomori tu dekat mana. Merata tempat dia pergi semata mata mencari Mitsuha sampailah tauke restoran nampak lukisan yang Taki lukis. Tauke restoran tu kenal tempat yang dilukis oleh Taki. 

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya bandar Itomori dah musnah ditimpa komet Tiamat tiga tahun yang lepas. 2013, Mitsuha mati kerana komet Tiamat. Tapi Taki masa tu berada pada tahun 2016. 3 tahun berbeza. Taki tertanya-tanya, dia mimpi ke selama ni yang dia bertukar badan dengan Mitsuha tu? Hantu ke? 😂

Aku tak nak tulis panjang panjang sebab aku berbelit nak cerita dekat sini. Aku kalau tengok movie ke drama ke yang melibatkan time travel ni aku macam bengong bengong juga kikiki. Tapi aku suka tengok. 

Tapi movie ni memang best! Recommended! Kalau nak tahu sama ada Mitsuha betul-betul mati ataupun tidak, atau berjaya ke tidak Taki Tachibana untuk berjumpa dengan Mitsuha Miyamizu? Bolehlah tengok di Netflix. Selamat menonton! ;)

15 comments

  1. Anak dara ammi yg sorang ni hari2 dok layan anime. Sampai ammi kene block YouTube dia during weekend. Leka nau

    ReplyDelete
  2. Hurm.. Samalah duduk dalam list tapi tak tengok lagi. Akak suka kalau movie time travel ni. Anime kalau filem bolehla, kalau bersiri tak larat la nak layan

    ReplyDelete
  3. boleh tahan jln cerita..
    tp tu la.. akk xlayan anime.. hihi

    ReplyDelete
  4. Best anime ni. Memang repeat tengok. OST pun best. Part ending tu tetap sedih walaupun semua terselamat. Tapi kan kalau dah jodoh, tetap akan jumpa walaupun takde memori.

    ReplyDelete
  5. Haah berserabut tengok cerita boleh jelajah waktu. Hehe. Jalan cerita menarik.

    ReplyDelete
  6. Lama gila tak tengok anime. Paling teringat anime Dokuro chan. kelakar bila dia tumbuh/hidup kat tangan seorang lelaki.

    ReplyDelete
  7. wow jalan cerita dia menarik laa

    ReplyDelete
  8. anime ni bg lah kat husben kak..mmg dia layan AN :)

    ReplyDelete
  9. Anime ni best. tapi jujur takdelah tahap nangis sangat. Kalau peminat anime kuat mungkin boleh tengok Attack on Titan .heheheh

    ReplyDelete
  10. Kak Sha tak tengok lagi tapi anak kak sha dah dua tiga kali tengok siap minta belikan novel dia..

    ReplyDelete
  11. Tolongg la hasut suruh ika layan anime kadang nak tahu jugak tang mana bestnya anime niii hmm

    ReplyDelete
  12. sy baca novel dia dulu pastu baru tgk filemnya hehehehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)