Monday, 27 September 2021

Anime: Spirited Away

Spirited Away
 
Sinopsis:

Spirited Away mengisahkan seorang gadis berumur 10 tahun yang bernama Chihiro Ogino telah tersesat dan memasuki dunia Kami (cerita hantu rakyat Jepun) ketika berpindah ke kawasan kejiranan baru. Setelah ibu bapanya berubah menjadi babi kerana disihir oleh penyihir yang bernama Yubaba, Chihiro mula bekerja di rumah mandi Yubaba untuk mencari jalan membebaskan dirinya dan juga kedua-dua ibu bapanya dan kembali ke dunia manusia.

!SpoilerAlert!

My Review:

Pergi rumah kakak kedua di Marang tak bawa laptop sebab kakak ketiga nak guna laptop untuk siapkan kerja. Kakak ketiga tak ikut pergi Marang sebab kena kerja. Jadi, sebagai adik yang baik, aku mengalah. Tinggalkan laptop di rumah sewa untuk kakak ketiga aku gunakan.
 
Beginilah kisah hidupku selagi tak kerja, memang selalu ulang alik lah ke Marang. Nasib baiklah jarak dari rumah sewa aku di bandar Kuala Terengganu ni tak jauh mana pun dengan Marang. Dalam 15-20 minit dah sampai. 
 
Waktu malam bila Muhammad Arfan dah tidur, aku pun bosan. Nak buka blog tak boleh sebab tak ada laptop. Jenguk gitu gitu je melalui telefon. Maka misi mencari drama atau movie pun bermula. Terjumpa movie anime yang dah lama ditayangkan iaitu Spirited Away. Tahun 2001 ditayangkan. Dah 20 tahun anime ni ditayangkan tapi masih kekal sebagai top best anime of all time
 
Dan memang betul, memang best! Tak rugi tengok. Me be like "Kenapa aku tak tahu pun kewujudan movie anime yang best ni?" Macam mana nak tahu, asyik korea korea korea. Hehehehe. 

Macam mana korang baca sinopsis, begitulah ceritanya. Chihiro dan ibu bapanya berpindah ke kawasan baru. Tengah cari rumah sewa mereka yang baru, ayah Chihiro tersalah masuk lorong dan jumpa satu terowong. Mereka bertiga pun keluar kereta terus berjalan masuk ke dalam terowong tersebut dan bila keluar dari terowong tu, mereka jumpa satu pekan kecil tapi seorang pun tak ada. Sunyi sepi.

Jalan jalan disekitar kedai kedai yang ada dalam pekan tu, ibu Chihiro terbau satu aroma yang sedap. Berlari mereka bertiga mencari dari mana datangnya aroma tu. Bila dah jumpa aroma sedap tu datangnya dari makanan, terus ibu dan ayah Chihiro makan tanpa sedar makanan tu dah disihir oleh Yubaba. Chihiro je tak makan sebab takut. Puas dia ajak ibu ayah dia balik, tapi tak dilayan. Ibu ayah dia lagi syok melahap makanan yang mereka jumpa.
 
Sedar-sedar, ibu ayah Chihiro dah bertukar menjadi babi. Aku tengok movie ni teringat kisah yang seorang pemuda menjaga ibu bapanya yang disumpah menjadi khinzir. Tapi dalam movie ni, Chihiro tak jaga pun macam pemuda tu, cumanya Chihiro cari jalan untuk membebaskan dirinya dan juga ibu bapanya yang terkena sumpahan Yubaba. 

Chihiro terpaksa bekerja di rumah mandi (bath house) milik Yubaba dan dilayan dengan teruk oleh pekerja dalam rumah mandi tersebut kecuali Kamaji, Lin dan Haku. Jadi, nak tahu berjaya atau tidak Chihiro kembali ke dunia manusia bersama sama ibu bapanya, boleh tonton Spirited Away di Netflix. 

20 comments

  1. Akak memang suka cerita ni!!Tambah-tambah soundtrack dia.Tak ingat bila tengok. Rasanya masa degree dedulu kalau tak silap.

    ReplyDelete
  2. Selamat menonton AN..kak shida xlayan anime sgt..husben plak lain..layan giler anime..heheee

    ReplyDelete
  3. Cerita legend ni. Masa awal-awal keluar dulu, siap beli VCD pasang kat TV. Lagu OST last tu terngiang-ngiang lagi. 🎵 Yondeiru mune no dokoka oku de.. la la la la la la..

    ReplyDelete
  4. Anime jepun memang cantik..(Walaupun tak semua haha)

    ReplyDelete
  5. kalau biasa tengok runningman pun mereka biasa cerita pasal anime ini, sebab mereka selalu gunakan karakter hantu no face tu...

    ReplyDelete
  6. Kak tak tgk lagi anime ni
    Nampak mcm best lah pulak

    ReplyDelete
  7. cerita legend ni. 2,3 kali gak lah tengok. ke lebih. haha

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi tengok anime Spirited away ni Atiqah. Anime Jepun semua comel comel banyak nampak dijadikan wallpaper dekstop. Lama dah rupanya anime ni. Huhu...Kisahnya best jugak tu. kesian betul mak ayah kena sihir. mujur dapat kembali kepada asal.

    ReplyDelete
  9. samalah kita..korea drama je memanjang..tp cite ni mcm menarik jugak..anak2 pun bole tgkkn..nntlah kite tanya husband nak pasang neflix..hhi

    ReplyDelete
  10. Nampak menarik. Tapi setiap kali nampak poster anime terus skip. Haha feel tak sampai lagi nak layan T.T

    ReplyDelete
  11. Tak ingat dah pernah tengok ke tak, tapi bila baca sinopsis rasa macam tak pernah tengok. tapi tengok gambar rasa dah tengok. tapi tapi.

    ReplyDelete
  12. Akakpun tidak tahu animasi popular. Tengok kalau ada terjebak. Hehe. Banyak siri hendak tengok.

    ReplyDelete
  13. Ini la cerita yang Dania tengok hari tu....bukan main ralit lagi dia...

    ReplyDelete
  14. Anak dara ammi mmg hantu anime. Dia kata spirited away dah masuk dlm "to watch lists" dia.

    ReplyDelete
  15. dah kira tahap legend cerita ni. x tgk mmg rugi ;-)

    ReplyDelete
  16. suka tengok cerita ni..walaupun cartoon dia x berapa cantik..hehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)