Rasa macam dah terlewat sangat untuk update entri pasal performance blog untuk bulan Ogos, tapi gasaklah. Aku tetap nak update 😆 Sejak balik rumah sewa ni kena beralah dengan kakak ketiga aku. Dia banyak guna laptop aku sebab ada kerja yang perlu dia selesaikan, jadi susah juga lah untuk aku blogging. Waktu siang (waktu dia bekerja) aku malas nak blogging, malam lepas solat Maghrib baru syok nak blogging.
Okey kembali kepada tajuk asal, masa mula-mula dapat email ni, memang excited sungguh perasaan masa tu. First time dapat. Aku memang dah lama tunggu dan akhirnya penantian aku berakhir. Begituuuu. Drama sungguh hahaha.
Sebelum-sebelum ni hanya mampu tengok bloggers lain update entri pasal performance blog mereka. Dan kini tidak lagi. Aku dapat juga update entri pasal performance blog aku padahal tak ada apa sangat untuk diceritakan kikiki.
Performance blog aku pada bulan Ogos on google search. Rasa macam wow sekejap bila tengok impressions tu sebab macam tinggi jugalah (bagi aku) hehehe. Clicks pun not bad lah, almost 2k juga. Tapi masih tak setanding bloggers lain lagi lah. Masih jauh lagi perjalanan blog aku.
Jujurnya, aku kurang faham antara Top Growing Pages dengan Top Performing Pages. Ada sesiapa yang faham mind to share apa beza antara dua tu?
Top growing pages di blog aku ialah entri tak boleh masuk kecuali dah cucuk dua dos vaksin. Ramai mencari mungkin nak tahu SOP terbaru bila nak masuk mall. Mungkin? Yang entri pasal Covid-19 Self Test Kits pun ramai juga ya yang click. Harga test kits dah murah sekarang ni kan, kalau tak silap aku RM 19.90. Ada sesiapa yang dah pernah buat ke?
English movie Aftermath pun ramai juga yang click, aku harap yang baca entri tersebut tak marahlah ya sebab aku letak spoiler tapi aku ikut saranan Kak Sal untuk letak warning 'Spoiler Alert'. Sebelum ni aku tak letak, tapi lepas Kak Sal tegur, aku terus letak hihihi. Thanks Kak Sal sebab tegur! ;)
Audience pun banyak yang view blog aku melalui telefon ya. Selama ni aku fikir banyak melalui laptop, tapi aku silap. AdSense pun Alhamdulillah. Lepas tukar template, earnings naik banyak juga.
Setakat 10 September, aku dah dapat kumpul $2.62 US Dollar. Sebelum tukar template (beli template di etsy.com), tiap bulan boleh dapat dalam $1.00 US Dollar je. Itupun mujurlah kalau dapat $1.00 US Dollar. Tahu $2.62 US Dollar ni sikit je, tapi bagi aku kira okey lah daripada dulu. Dulu dalam sehari boleh dapat $0.01 US Dollar, paling banyak pun $0.09 US Dollar.
Sekarang, dalam sehari boleh dapat lebihlah daripada dulu. Kadang boleh dapat $0.50 US Dollar, kadang kadang $0.35 US Dollar. Lagi sekali, tahu jumlahnya sikit, tapi much better than before 😂 Memang much better sungguh! Sikit tak tipu hehehe.
Aku tunjuk hasil AdSense aku bukanlah niat untuk menunjuk nunjuk, sekadar berkongsi. Kalau ada sesiapa yang tak suka aku berkongsi macam ni, boleh bagitahu ya. Aku tak ada niat nak menunjuk nunjuk, bukannya hebat sangat amount AdSense aku ni. Ciput je.
Aku saja update entri ni sebab dia macam biasalah, kekeringan idea nak update entri tajuk lain. Tiap hari duk fikir nak update entri pasal apa. Tanya kakak aku pun macam tak membantu sebab dia pun tak tahu nak bagi idea apa 😂 Bila update entri macam ni, terus terfikir macam cantik juga kalau tiap bulan update entri begini hehehe.
Tunggu report performance untuk bulan September pula macam mana. Kena usaha lebihlah sikit untuk dapatkan performance yang lagi baik daripada sebelum ni kan? Adios!
35 comments
Wahhh.. Tahniahhhh.. Banyak tuuu.. ada kenaikan tu yang best.. Biasalah AdSense.. nanti lelama makin banyak dah capai tuu... Huhu.. Yang akak faham, kalau top growing.. means entri tu naik view nya dari sebelum sebelum ni.. untuk bulan lepas.. top performing tu .. sentiasa berada dalam kedudukan top sepanjang masa... tak kira bulan kepas ke.. bulan apa apa.. dia sentiasa top dari awal tulis entri tu..... Agituhhh..Not sure kalau lain maknanya..Haha...
ReplyDeleteMaceh kak nona! Betul, bila ada kenaikan tu memang senyum jugaklah hehehe tapi masih kena berusaha lagi. Ohhh macam fahammmm apa yang kak nona maksudkan, saya pun ada juga terfikir macam tu tapi tak yakinnn, rasa betul dah tuuu yang kak nona tulis tuuuu hahaha
Deletewah tahniahh… tak pe sikit2 lama2 jd bukit.. janji tetap usaha selalu update entri..
ReplyDeleteKann, lama lama jadi bukit hehehe. Betul, kena selalu update entri biar blog 'hidup' gituuu hehehe
DeleteTahniah Atiqah... Banyak kenaikannya tu.. Tak lama lagi boleh cashout..
ReplyDeleteMaceh kak naniey! Tak adalah banyak mana, tapi okey la dari dulu hehehe. Lambat lagi ni nak cashout >.<
DeleteSemoga terus sukses lagi ya :D
ReplyDeleteMaceh naim! :D
DeleteAlhamdulillah. Sedikit lama-lama jadi bukit.
ReplyDeleteAkak rasa ok tiada rasa macam Atiqah menunjuk. Sebenarnya seronok baca pos apa yang popular di blog mereka. Mungkin akak pun patut buat satu. Lebih-lebih lagi pos popular sepanjang masa. Insya Allah. Tq for sharing.
Betul, nanti lama lama jadi bukit kannn hehehe. Boleh akak, try lah nanti buat satu entri kongsi entri paling popular dalam blog akak. Saya suka baca kalau blogger share macam tuu :D You're welcome akak! ;)
DeleteAll the best sis! Boleh nampak byak improve dlm blog nie.. like to read your sharing.. Keep it up
ReplyDeleteMasih banyak benda lagi nak kena belajar ni hehehe, apa apa pun terima kasih nurul! ;)
DeleteAlhamdulillah. Usaha membawa jaya. Lama-lama bertambahlah USD.
ReplyDeleteIn shaa Allah kak amie, moga moga begitulah :)
DeleteAkak suka je baca orang share pasal performance blog, tapi nak share blog sendiri punya rasanya lambat lagi sebab habis banyak pun naik 0.09USD. Hihi. Good luck! Memang susah cari idea blogging sekarang ni bila banyak masa duduk di rumah sahaja
ReplyDeleteKann, saya pun suka baca kalau orang share pasal performance blog mereka. Ala takpe kak sal, nanti naik banyak lagi tu. Saya dulu gitu gak, tapi lepas tukar template ni la baru nampak naik banyak dari dulu. Macam terkejut jugaklahhhh huhuhu. Betul, memang kering idea sungguh sebab rutin harian sama je setiap hari, takde pergi mana mana kan >.<
DeleteTahniahhh
ReplyDeleteAkak pun kongsi jugak pendapatan melalui AdSense tu
Akak suka kongsi je dlm blog bukan nak menunjuk . just nk sharing je. Lg pun akak kn tgh ajar student group belajar buat blog tu.
Kannn, takde niat di hati nak menunjuk. Sekadar berkongsi sahaja.
DeleteSemoga terus meningkat aliran trafiknya..dan meningkat jugak duit add nya
ReplyDeleteTerima kasih akak! Moga moga begitulah hehehe :D
DeleteTahniah, Atiqah. Saya rasa top performing tu page yang dpt view tertinggi. Top growing page pula page yang banyak peningkatan berbanding bulan sebelumnya.
ReplyDeleteOhhhhh faham faham, saya pun ada jugak terfikir macam ni tapi tak yakin hahaha. Apa apa pun, maceh jannah! ;)
DeleteAlhamdulillah..banyak peningkatannya tu Atiqah. Bukan mudah nak naik macam tu untuk blog baru ni. Lama lama makin maju kedepan semuanya akan bertambah. Okay je jadi sumber inspirasi untuk yang lain juga :)
ReplyDeleteAlhamdulillah kak fiza, ada lah peningkatannya dari template lama hehehe. Betul, bukan mudahhh, memang perlukan usaha yang banyakk gituuuu. Waaaaa nak jadi sumber inspirasi untuk yang lain tu macam lambat lagi je hehehe.
DeleteSyukur. Selagi rajin usaha in sya Allah selagi itu ada rezeki tak kisahlah dari sudut mana sekalipun. Teruskan usaha.
ReplyDeleteAlhamdulillah kak PC, betul, selagi berusaha, in shaa Allah akan ada hasilnya. Terima kasih kak PC! ;)
DeleteAlhamdulillah! Tahniah2. Good luck untuk bulan2 akan datang. mesti lagi perform nii
ReplyDeleteTahniah AN! kak shida turut gembira dgn peningkatan blog AN..kak shida pun sama adsense dah naik double nombor dah hehee hapyy..
ReplyDeleteTerbaik dan taniah... lepas nih kena rajin update blog hehehe
ReplyDeletetahniah atiqah! =)
ReplyDeleteTahniah, Atiqah. Semoga terus semangat berblogging. Esok lusa makin mencanaklah earning tu :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah tiqah. Kena sentiasa update baru earn duit blog. Hihi.. sehari dpt 1,2 sen USD pun dh sukaaa
ReplyDeleteWah tahniah, bukan senang nak naikan adsense lagi lagi baru dalam bidang blogger. Memang struggle.,
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah2..
ReplyDeleteakk tak kisah, baca drama/movie review ada spoiler pun ok..lg menambah rasa nak tengok..hehe..
Uishhh tahniahh. meriah hehehe best best teruskan blogging k.
ReplyDeleteMaaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)