Thursday, 2 September 2021

Bluetick?

Macam biasalah ketandusan idea untuk menaip sebab tu lately ni macam kurang sikit update entri. Penangan vaksin mungkin kikiki. Tengah tengah scroll Twitter, ternampak ada orang tweet pasal bluetick di WhatsApp. Ting! Terus ada idea untuk blog. Maka terhasil lah entri yang bertajuk 'Bluetick?'.



Bluetick tu yang hujung kanan warna biru dan dekat dengan masa. Itulah namanya bluetick. Benda ni kita boleh pilih nak hide bluetick ataupun tak nak hide. Kalau hide memang tak akan jadi warna birulah. Jadi, kita tak boleh tahulah dia dah baca mesej kita ataupun belum. Tapi kalau tak hide, memang akan bertukar warna biru.

Jenis aku, aku tak hide bluetick dan last seen. Tak suka. Tak tahulah kenapa. Bluetick ni boleh bawa masalah ke? Boleh. Bilamana kita WhatsApp kawan kawan atau sesiapa sahaja, tapi dia sekadar read sahaja. Tak reply. Mesej tak penting tak apa lah kot kan kalau kita read je kan? Tapi kalau mesej penting, menyirap jugalah bila orang tak reply hehehe.

Nak nak masa belajar dulu. Group assignment. Pum pam pum pam kita duk hantar mesej dalam group WhatsApp. Tanya itu. Tanya ini. Minta pendapat itu. Minta pendapat ini. Eh! Last-last semua pakat read je. Tak ada seorang pun yang reply. Tapi ada juga yang jenis tak suka reply dalam group, dia akan personal mesej kita. Yang itu tak jadi masalah as long as dia reply lah juga walaupun personal. Kadang-kadang terasa lah juga bila kena macam tu, rasa macam cakap seorang diri pun ada padahal ramai je ahli dalam group WhatsApp tersebut.

Aku bluetick juga orang yang mesej aku kalau dah tak ada idea sangat nak reply apa, tapi sekarang kalau nak tamatkan perbualan dalam WhatsApp, mesti hantar sticker HAHAHAHA. Kiranya sticker tu penamatlah. Kalau tidak pun, reply 'Hahaha' atau emoji '๐Ÿ‘' dan '๐Ÿ‘Œ'. Siapa sini suka kumpul sticker? Mesti penuh kan koleksi sticker dalam Whatsapp korang kuikuikui.

Kalau yang jenis hide bluetick memang tak dapat nak kata apalah. Kalau bernasib baik, dia reply mesej kita. Kalau tidak, pasrah sajalah kikiki. Spam WhatsApp dia sampai dia reply HAHAHA


Tiba-tiba nampak quote macam gambar diatas dekat Twitter juga. 
"Bluetick is not suppose to be an issue if you are matured enough to understand that sometimes people have better things to do."
Iyoo kita faham je. Macam aku cakap tadilah, kalau mesej benda tak penting tak apalah. Aku pun malas nak reply kalau kawan kawan hantar mesej yang tak penting nak nak dalam group. Memang jadi silent reader jelah jawabnya. Tapi, kalau nama disebut atau perkara penting, memang reply lah. 

Bagi korang, korang suka tak kalau kena bluetick?

Nota jemari: Entri ni santai santai je teman teman. Bukanlah nak ajak bergaduh kalau kawan kawan 'bluetick'kan mesej aku di WhatsApp cumanya kalau kita tanya benda penting tu, tolonglah reply hihihi. Itu saja point aku dalam entri kali ini ๐Ÿ˜› 

43 comments

  1. Akak cukup menyirap kalau kita tanya atau tulos berjela2..org cuma balas 'k' ja..huuhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun kadang kadang menyakitkan hati jugak bagi saya hahaha

      Delete
  2. Isu bluetick pun boleh jadi hal ye. Tak rileks betul. Bab nak ending conversation tu sama lah kita. tak hahaha letak emoji ke sticker ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang kadang boleh jugak jadi hal kak fiza kalau melibatkan perkara penting hahaha. Kannn, senang reply pakai sticker atau emoji je. Tak payah pening nak fikir ayat nak reply apa benda hahaha

      Delete
  3. Bab bluetick ni la sy tak suka
    Kalau tak nk reply panjang pun
    Just say thank you ke apa ke
    Lagi2 klu tgh minta tolong pertolongan dgn seseorang. Uishh dia blue tick je la ๐Ÿ˜ nak marahlah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau saya pun menyirap jugakk kalau kita tanya benda penting tapi tak di reply

      Delete
  4. Dl k ret jenis yg takkan hide bluetick tu tp sejak satu insiden ni, terus kita hide, last seen jgk sbb mls nak gaduh2 ngan pihak lg satu hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkah terbaikk kan kak ret. Kawan saya pun ramai gak buat gitu, diorang cakap tenang je hahaha

      Delete
  5. So far takde pulak isu bagi akak, sebab akak pun jenis tak reply wasap on the spot kalau busy. Bluetick ni selalu masalah couple je. Boleh buat gaduh. Nape dah baca tapi tak reply. Ini adalah pengalaman sendiri. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, kalau saya busy, saya tak reply gak ataupun reply tapi cakap 'nanti aku reply, tengah busy.' Masalah couple tu saya tak alami sebab memang akan akhiri perbualan jugak. Kalau busy, cakap busy. Ws later gituuu hehehe

      Delete
    2. Masalah tu hanya wujud bila couple yang toxic relationship. Tu sebab jodoh kitorang tak panjang. Ehh

      Delete
  6. Haha dulu saya mmg hide bluetick sebab saya jenuh nak reply ramai orang whatsapp tanya macam macam soalan lagi lagi pasal study. HAHAHA, sekarang saya on bluetick tapi saya tak pernah reach 0 message read. Mesti ada 20+++ sebabnya banyak sangat benda nak hadap hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jenuhhhh nak reply kalau chat masuk banyak banyakkkkk. Memang tak pernah reach 0 message eh? Kalau saya ni, before tidur memang akan clear belake hahaha. Sejenis tak boleh tengok ada notification gituuu :D

      Delete
    2. Hahaha betul tak pernah reach 0. Mesti 20++, esok baca lepastu akan ada juga 20++. Susah nak ada habit 0 tu. Sebab saya selagi benda tu tak urgent reply skrg, saya akan reply bila tiba masanya.

      Delete
  7. CCL hide kan bluetick . Kadang2 sempat membaca dan tak sempat nk balas , so extandkan mesej tu kejap settle kerja hakiki . Dan barulah reply semua mesej . Kalau betul2 emergency ccl akan balas dgn segera .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus gak gituu, at least reply la jugakk kan CCL. Ini yang read, tapi sampai ke sudah tak reply. Haah kalau emergency or urgent memang reply terusss.

      Delete
  8. Saya jenis tak kisah sangat pasal bluetick melainkan kalau hal berkaitan kerja. Memang stres kalau tak de respon dalam group untuk assignment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya itu yang saya maksudkannnn, benda penting. Kalau tak penting, taknak reply pun takpe. Takde masalah kann jannah kannn, yang takde response dalam group assignment tu memang menyirapp la jugak kadang kadang -,-

      Delete
  9. Bluetick memang kadang jadi isu. Tengok keperluan atau sekadar santai. kalau memang satu keperluan atau ada hal penting tolonglah alas dengan segera. kalau santai tak apalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak PC, itu yang saya maksudkan. Kalau tak penting, takpe. Yang penting tu silalah reply kannn, kalau busy sangat, cakap busy, reply later. Takdelah orang tertunggu tunggu sangattt

      Delete
  10. akak pun tak suka hide, yang suka hide tu mesti jenis suka sekodeng baca wassap pastu mls nak balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju kak dana hahaha, kadang kadang tertanya tanya apa motif dia install whatsapp kalau tak nak reply chat orang :')

      Delete
  11. Whastapp kalau hide bluetick nnti status orang tak boleh view ke? atau kita tak boleh tahu siapa yang view. Saya jenis jarang baca whastapp sebab tahu tak penting pun hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Status boleh tengok macam biasa lagi unless dia hide status tu dari ain. Cumanya kita tak boleh tahu la siapa view status kita. Misteri gituuuuuu. Ehh kenapa tak pentinggg, semua manusia tu penting tahu hehehe

      Delete
  12. Tidak hide blue tick.
    Ada la kes ex-bf kacau, haha baca sahaja tidak balas. Malas layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Kalau orang kacau kita, memang tak perlu reply hahaha. Nasib badan tak kena block dengan akak kan :D

      Delete
  13. syukur sangat kawan-kawan yg sedia ada ni faham bila kita tak balas ws walaupun dh bluetick... kalau dpt yg sensitive terlebih tu adehhh pening kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sensitif terlebih tu pun masalah jugak kadang kadang kannn >.<

      Delete
  14. kumpul sticker yg penting2 je..hihi..utk reply berita kematian & wishes - birthday, hariraya..

    tak hide bluetick..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Function sebenar sticker kan akak hahaha. Tak payah taip panjang panjang. Send je sekeping sticker. Setel hahaha :D

      Delete
  15. Kumpul stickers juga, tak hide bluetick, bila nampak dibaca pun bersyukur, sebab bila call tu senang nak rujuk hehe terutama dengan parents..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti penuhh stickers dalam whatsapp kan hehehe, lagi senang call kan.

      Delete
  16. Aku kalau nak end conversation, sama ada aku buat emoji gelak tersipu2 tu atau thumbs up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, send emoji je senang untuk end conversation.

      Delete
  17. Mujur lah saya tak aktif WhatsApp. Selalu guna Viber. Bukan bluetick, tapi purpletick. ๐Ÿ˜…

    Selalunya kalau ada yang urgent, diorang akan call. Tak pun spam emoji banyak-banyak sebab nak paksa balas. ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
  18. Akak dah tak heran dah pasal bluetick ni sebab akak sendiri dah hide dia๐Ÿคฃ. Saja taknak bagi orang nampak kita dah baca. Cuma gruop wassup jer tak boleh nak buat.

    ReplyDelete
  19. mama jarang dan x berapa reti nak tgk status wasap. pemgumpul sticker tu mama la tu haha

    ReplyDelete
  20. akak yg selalu bluetick kan org.. haha.. sbb kdg time org wasap tu ada keja tp dh baca.. idea letak emoji okay jgkkan..

    btw awk umur 24 ye.. akak baru tngok di profile awk..

    ReplyDelete
  21. Bagi akak bluetick ni tak patut jadi isu kalau kita interact dengan orang yang kita kenal dan orang tu faham ragam kita. Macam akak, orang tahu akak jenis lambat balas whatsapp sebab akak selalu baca whatsapp melalui jam tangan. Jadi, selalu ambil masa untuk reply sebab kerap terlupa.

    Tetapi, kalau kita deal dengan orang lain terutamanya atas urusan yang formal/kerja, I guess it's common courtesy utk tidak biarkan perbualan tu tergantung begitu sahaja.

    ReplyDelete
  22. Mrs. A neutral pasal bluetick nih!
    Tapi kalau pasal kerja tu harap mendapat jawapan janganlah bagi bluetick.
    Orang yang hide status tu bagi Mrs. A dia sesuatu ntahlah tak suka tapi tulah husband Mrs. A pun hide status tapi bila fikir balik dengan nature kerja dia tu so kita bolah fahamlah kenapa sesetengah orang ni kena hide status mereka itu

    ReplyDelete
  23. akk mmg jns hide bluetick.. slh 1 sbb mls nk fikir hal remeh temeh mcm bluetick je dh kenapa xreply.. tu cntohnya.. haha

    psl sticker tu kan.. akk skrg tgh giler buat sticker sndiri.. gmbr byk guna jela utk buat sticker.. hahaha

    ReplyDelete
  24. Hahahaaa... sama Kak Amie. Hide blue tick. Kalau dah tak ada idea hantar emoji saja atau sticker.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)