Semalam sebelum tidur ada nampak orang promote hasil kerja dia yang lukis semula muka customer tapi dalam versi cartoon. Aku macam biasalah, terus search di shopee. Nampaklah satu seller ni ada buat juga servis macam ni. Apa lagi, memang add to cart lah yang jawabnya. Asyik nampak orang promote dekat Twitter, jadi kita pun cuba lah sekali. Benda ni untuk fun fun je.
Jadi pagi tadi baru aku checkout. Lepas bayar, aku hantarlah gambar selfie yang paling latest dekat email seller. Gambar yang aku pakai mask KF94 masa pergi makan Mr Dakgalbi. Saja nak mencuba. Hehehe. Dalam description, seller tulis akan siap dalam masa 30 minit. Tapi aku rasa lebih daripada 30 minit. Tak kisah pun sebab bukan urgent. Petang tu dalam pukul 5 lebih, masa tengah tengok drama, tiba-tiba dapat reply daripada seller.
Inilah hasilnya. Aku ingatkan sekeping je seller bagi, rupa-rupanya tiga keping. Aku terhibur sekejap tengok kening aku yang gambar cartoon terakhir ni. Mana pergi lah kening depan belakang aku tu :') Ada bahagian tengah je. Yang belah kanan okey je keningnya. Belah kiri je dia ada dekat tengah tengah. Secotek dekat tengah tengah tu 😂
Pandai ya seller alter kening aku dalam gambar pertama dan kedua HAHAHA. Kenapa gambar ketiga tak alter sekali kikiki. Tapi tak apa lah, dah kening aku macam tu, nak buat macam mana. Nak lukis kening pun tak reti. Nanti jadi kening shin chan kan 😆
Jangan risau sebab harga dia murah sahaja. Hanya RM 1.02 sahaja. Sesiapa yang berminat nak tukar muka versi cartoon, boleh lah cuba disini: https://bit.ly/3lB5EIQ.
Nota jemari: Maaf tak dapat nak blogwalking sebab tidur rumah kakak kedua tak bawa laptop, kena mengalah dengan kakak ketiga sebab dia nak guna laptop untuk siapkan report -,-
22 comments
comey juga AN hahahaa ^_^
ReplyDeletewah pandai juga cari rezeki kan , murah juga tu hanya rm1.02 ,
ReplyDeletemenarik juga. boleh cuba lepas ni.
ReplyDeleteKuikui kui...gelak sambil tutup mulut..
ReplyDeleteCantiklah. Macam cover depan novel dedulu. Ki3😁.
ReplyDeleteMenariknya lukisan dia. Aduhaii nak tergelak juga. Opsss..
ReplyDeletesampai tiga dia bagi tu. Okaylah murah, boleh order lagi.
Lukisan menarik dan harga pun murah.
ReplyDeleteMurahnya. 3 pulak tu dia bagi. Tapi, tak silap akak ada haritu friendlist fb akak share app yang boleh tranform gambar real kepada kartun.
ReplyDeletecomelnya. nak buat gak lah. ala nape bagi gambar pakai mask.
ReplyDeleteMenarik
ReplyDeleteHahaha
Kening hilang la
Kak tgk pic ketiga tu
Tak apa
Asal happy kan
Dpt photo tu
Cantik juga. Yang last tu kening hilang separuh.. :)
ReplyDeleteDia lukis semula ye AN? Ingatkan ada apps camni, nak juga kartunkan muka sendiri hihi..
ReplyDeletehahaha masa tengok gambar tu pun ketara betul kening yang last tu hilang. Murah jugak ea dia charge. Cantik dia bermain dengan warna latar tu
ReplyDeletewalaupon yg last tu kening ilang tang hujung tp tetap comel.. hehe..
ReplyDeleteni kalo print cantik2 letak dlm frame.. mmg cun!
Serius cute la.
ReplyDeletedia lukis sendiri ke guna apps dik? sebab akak pernah guna apps photo lab boleh tukar jd kartun lebih kurang gini...
ReplyDeleteramainyer kakak single semua kann.,. ;p
ReplyDeletecomelnya.. macam menarik..
ReplyDeletehehehee... terbang pulak sebahagian keningnya tu... terhibur Kak Amie tengok pic tu!
ReplyDeleteAtotototo comelnyaaaa dh dikartunkan. ishh mcm nak jugak hewhew tapi mcm dah ada
ReplyDeleteHahaha gambar last tu betul betuk kening ada hilang. Teringin juga nak ada kartun gini tapi sekarang saya guna bitmoji dulu lah kartuun kan diri sendiri haha
ReplyDeletebest ni sy nk try jugalah! tp tu laa kenapa kening jd gitu? hehehe
ReplyDeleteMaaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)