Tuesday, 7 September 2021

Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100

click banner to join

Baru berkesempatan untuk join giveaway dari blog Kak Busyra. Jom pakat ramai ramai memeriahkan lagi giveaway ini. Mana tahu boleh menang wang tunai RM 50.00 ke hihihi. Belum cuba belum tahu! 😛


Syarat kelima penyertaan giveaway ini adalah nyatakan satu entri lain yang aku suka dalam blog Kak Busyra ialah entri Pakai braces kali pertama sakit ke tak? #Part 1. Memandangkan aku pun memang ada niat nak pakai braces, jadi aku suka baca entri yang berkaitan braces. Boleh rasa ngilu bila pakai braces tu 😂 Beauty is pain right? Kikiki.


Macam kakak ketiga aku sendiri tengah pakai braces, dah cecah empat tahun dia pakai. Tak tahu bila nak cabut hahaha. Tiap tiap bulan pergi appointment gigi, tapi sejak sejak covid ni dah jarang pergi. Maksud jarang tu macam dua tiga bulan sekali baru ada appointment. Kalau dulu, tiap-tiap bulan.

Aku nak pakai juga sebab gigi atas aku macam jarang sikit, tapi benda bukan murah. Busuk busuk pun kena standby 5k juga. Kos tambahan tak termasuk dalam 5k tu. Haaa jadi selain beauty is pain, beauty is expensive pun iye 😂 Nak kena tunggu kerja baru boleh pakai. Kalau buat di klinik kerajaan memang murah! Tapi klinik kerajaan ada limit umur, jadi aku dah terlebih umur terpaksalah buat di klinik swasta.  

Eh macam tiber sangat kan cerita kisah aku dan kakak aku dalam entri giveaway ni hehehe. Apa-apapun jangan lupa join! 10 September tak lama dah.

Goodluck and all the best kepada semua peserta! 

21 comments

  1. Semoga murah rezeki cik tiqah ya..

    ReplyDelete
  2. masuk masuk nampak header baru lagikk. Hihi..cantik! Selamat join giveaway. Setuju part beauty is expensive selain beauty is pain.
    Semoga ada rezeki menang giveaway Busyra.

    ReplyDelete
  3. Menarik tahu apa yang Atiqah tertarik dalam blog Busyra. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  4. Selamat bersegmen dan moga berjaya..

    ReplyDelete
  5. Good luck Atiqah.. Setuju sangat dengan beauty is expensive tu. Bukan sahaja pain but expensive too.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Semoga jadi pemenang bertuah. Bukan selalu ada GA macam ni.

    BTW, lawa header baru tu. Cun kombinasi warna, font dan background brush tu. 👏

    ReplyDelete
  7. All the best! Beauty is expensive! Betul.. kalau jenis bukan natural beauty... Kan...Lagi la banyak kena kuo...Gitu...Eh nak join la..sempat lg ni

    ReplyDelete
  8. akak dulu pun pakai braces, tapi lepas bukak, gigi lari jugak sikit. so pakai braces ni kena penjagaan seumur hidup. tapi akak ok je. dulu jongang teruk, sekarang setakat jarang sikit ala Madonna gitu. Good luck by the way!

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sudi join Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100 .. 2 Pemenang akan diumum hari ini pada jam 2 petang di blog busyra takiyudin.

    ReplyDelete
  10. Blogwalking dari GA yang sama :D Tahniah ya Atiqah <3

    https://theathra.blogspot.com/2021/09/giveaway-busyrakongsirezeki-wang-tunai.html

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)