Monday, 6 September 2021

Hadiah Sempena Top Komentator Blog Jurnal Shikin Razali & Sihatimerahjambu

Alhamdulillah selamat sampai hadiah sempena top commentators di blog Jurnal Shikin Razali a.k.a Kak Shikin bulan Ogos lalu. Hadiah dah sampai lama, tapi aku tak ada dirumah. Semalam baru sampai di rumah sewa selepas dua minggu lebih bertapa dekat rumah kakak kedua aku. Tengok dah ramai yang terima hadiah dari Kak Shikin ni. Kita baru berkesempatan untuk update entri hari ini. 



Dapat storage box! Warna purple lagi! Warna favorite kita! Hehehe. Kak Shikin macam tahu tahu je barang dalam cart shopee saya apa dia kan, tiba tiba dapat percuma dari Kak Shikin. Ada dua size yang Kak Shikin iaitu larga dan juga small. Yang large tu boleh lah letak buku buku sebab sekarang ni buku buku terbiar je tepi dinding, at least bila letak dalam storage tak nampak serabut sangat kan? Dan tak berhabuk. 

Hadiah lain yang Kak Shikin bagi ialah sheet mask, eye mask dan juga thank you note. Thanks a lot Kak Shikin untuk hadiah-hadiah ni semua! Dah dua kali terima hadiah daripada Kak Shikin, semuanya hadiah sempena top commentators. 

Dannnnnnnn.....

Hadiah kedua sempena top commentators yang aku dapat ialah hadiah header atau boleh dijadikan watermark dari blog Sihatimerahjambu a.k.a. Kak Fiza! Kalau sesiapa perasan dalam gambar diatas, aku dah guna watermark yang diberikan oleh Kak Fiza. Finally, cantik juga watermark aku 😂

Sebelum-sebelum ni agak hodoh ya watermark ciptaan aku. Nak dijadikan rezeki, dapat percuma dari Kak Fiza. Bolehlah guna untuk letak watermark dalam gambar yang akan datang. 


Apa-apapun, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada Kak Shikin dan Kak Fiza untuk hadiah-hadiah yang diberikan. Ayat agak cliche tapi tetap nak tulis, saya sangat menghargainya. Thank you! 🙆

17 comments

  1. Tahniah Atiqah. Rezeki berblogging.

    ReplyDelete
  2. Hehe. Atiqah pernah cakap di blog suka ungu jadi dapat kotak warna ungu.
    Hehe ya akak pun akan letak watermark Fiza bagi. Samalah watermark akak buat buruk. Hehe ada header pun boleh buat watermark. Tahniah Atiqah.

    ReplyDelete
  3. tahniah atiqah! rajin dia mengomen.. dpt adiah.. =)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Atiqah. Saya pun belum buat entry hadiah dari kak shikin huhu. Saya pun dapat warna fav hahah pandai beul kak shikin bagi.

    Cantik header tu. Sesuai buat watermark. Simple dan kemas. perfect. Tak perlu serabut2 kan

    ReplyDelete
  5. tahniah... cantik kotak purple tu

    ReplyDelete
  6. Cantik header tu...
    Kotak tu memang mudah nak simpan barang. Nampak organize sikit. :)

    ReplyDelete
  7. tahniah tiqa.. best2 hadiah tu. tqa mmg rajin singgah blog2 kitaorg tq ye

    ReplyDelete
  8. Tahniah atiqah . Berkat memeriahkan suasana entri blogger lain . Ada juga rezeki

    ReplyDelete
  9. Tahniah Atiqah. Shikin memang pandai tau teka warna favourite. Semoga murah rezeki Fizah dan Shikin, selalu bagi hadiah top commentator.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Tahniah sangat-sangat. Nikmat dan kemanisan ukhwah di alam maya.

    ReplyDelete
  11. Tahniah. Selalu dapat hadiah. Memang bertuah betul. 👍

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Tahniah atiqah dapat hadiah favourite colour pulak tu. Berkat rajin dapatlah hasilnya.

    Ehhh..saya bagi suka suka je tu Atiqah uii..segan pulak sampai buat entri ni. Apapun terima kasih banyak banyak ye. Sangat sangat hargainya. Btw, saya dah send yang betul tanpa typo.

    ReplyDelete
  13. Tahniah!!!!!!!!!!! Banyak Rezeki

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)