Cerita dah basi tapi makanan tak basi. Makanan dah selamat masuk perut hehehe. Cerita dia kakak aku dah lama nak makan kek batik. Nak buat tak sempat, jadi apa salahnya kita support bisnes orang melayu yang jual kek batik, kita beli je. Tolong menolong itukan amalan mulia 😛
Dah lama nak beli, tapi tak whatsapp whatsapp. Sampailah minggu lepas, dia whatsapp sendiri seller yang jual kek batik ni. Biasa dia suruh aku yang berurusan sebab dia malas nak berurusan. Yang dia tahu, berapa jumlah yang kena bayar. Tapi aku lupa nak whatsapp seller sebab kali terakhir aku singgah instagram seller tersebut, seller ada update dia tutup kedai untuk beberapa hari.
Terus lupa nak whatsapp lepas tu. Tahu tahu kakak aku tanya nak perisa apa. Aku cakap terserah, tak kisah pun perisa apa sebab nampak semua sedap sedap belaka. Kakak aku pun pilih kek batik perisa indulgence dan juga pandan gula melaka.
Kali pertama beli sebab nak rasa sedap atau tidak. Kalau sedap, dia akan repeat beli untuk bagi dekat staff nurse, doktor-doktor dan juga pegawai farmasi yang ada dalam ward department dia kerja. Kira macam tradisilah, bila dah habis kerja dekat satu department, mesti akan sediakan makanan sebagai tanda berterima kasih kepada orang yang ada dalam department tersebut.
Atas: Kek batik indulgence
Bawah: Pandan gula melaka
Harum semerbak bau dia! Tak payah buka kotak, memang dah boleh bau dari luar. Sedap ke tidak? Mestilah sedap! Kiranya menepati citarasa kakak akulah. Kira lulus! Bolehlah beli lagi lepas ni.
Aku suka pandan gula melaka tu. Memang sedap. Kek batik indulgence tu bahagian atas je indulgence, bahagian bawah macam kek batik biasa je. Tapi overall, kedua-duanya sedap belaka. Tapi aku paling suka pandan gula melaka.
Seminggu juga nak habiskan sebab tak boleh makan banyak banyak sekaligus. Makan sikit sikit. Tapi nasib baiklah kek ni maintain sedap walaupun berada dalam peti sejuk dalam tempoh masa seminggu. Mostly kek kan tak boleh simpan lama lama sebab nanti rasa dah makin tak sedap. "Rasa peti". Itu yang aku selalu rasa kalau kek disimpan lama lama dalam peti. Tapi kek batik ni, tidak rasa peti. Masih sedap.
Jadi, sesiapa yang nak COD dalam kawasan Kuala Terengganu, Gong Badak dan juga Rusila, boleh order di @shainaasdessert (instagram). Atau boleh whatsapp disini: https://www.wassap.my/+60143060251/shainaasdessert
Disclaimer: Ini bukan paid atau sponsored review ya. Ini dibeli menggunakan duit kakak aku sendiri hehehe.
24 comments
suka tgk rupa kek batik indulgence tu...
ReplyDeletetgk rupa dah menambat selera kita hahaha...
pat kan jauh.. klu dekat konpom dah cuba ;)
Sedapnyaaa
ReplyDeleteCantik menarik deko atas kek tu..
ReplyDeleteEmmmm...terliur tengok. Tapi kalau beli confirm2 dapat makan seketul dua jer😅.
ReplyDeleteterliur nya tengokkkkk..nanti nak cari la kek ne.
ReplyDeletetpi btllah, bila kerja dlm satu department, mmg best share2 resipi dgn rakan sekerja.
suka tengok kek batik indulgence.. Nak buat sendiri renyah. Baik beli.. Hehe. Support peniaga.. Tapi tak beli beli lagi sampai hari ni..
ReplyDeleteHaha atas itu cebisan daun pandan ke? Unik hiasan kek pandan gula melaka.
ReplyDeletepandan gula melaka mmg sedap.. suka jgk mkn..
ReplyDeleteCantiknya kek batik indulgence.
ReplyDeleteTeringin nak order, teringin nak rasa.
susunan menarik tu..kalau buat tempahan untuk apa apa event dan function memang sesuai
ReplyDeleteAduhaii menggoda sungguh semua jenis kek batik. Unik pandan gula melaka tu, betul betul ikut tema flavour kek batik hijau. Untunglah beli macam ni dapat 4 flavour. Berbaloi. Semoga murah rezeki akak Atiqah rajin berkongsi rezeki dengan geng geng department.
ReplyDeleteIndulgence memang sedap. Even kalau pergi Secret Recipe tu akan cop kek tu dulu.
ReplyDeleteMeriah tengok kombinasi kek. Sekarang trend buat kek campur-campur. Boleh rasa setiap satu tu macam mana. Tips untuk kek tahan lama dalam peti, simpan lah guna tupperware. 🤣
Dulu orang rumah saya rajin buat dan jual kek.. Sekarang dah tak lagi.
ReplyDeletesedapnya nengok rupa kek tu...
ReplyDeletesedapnya sebab indulgence, tapi pandan gula melaka tu tak tau la mama suka ke x
ReplyDeleteTengok je pun dah dapat rasa sedap. Kalau dapat makan lagi nikmat ni..
ReplyDeletetak pernah lg makan yg indulgence..mesti best topping yg mewah..
ReplyDeletewow sedap2 belaka nih...AN
ReplyDeleteUcapan Tahniah Para Manusia tu menarik. Kek pandan gula melaka memang sedap. boleh join trend viral
ReplyDeleteAduh.. aduh.. sedap mengancam kek tu..
ReplyDeleteHuyyyooo..Nampak sangat sedapppp...Tak pernha rasa kek batik pandan gula Melaka..Maybe sebab kurang minat perisa gitu..tapi teringin try la pulakkk..Hoho~
ReplyDeleteIsh nampak sedap sangat ni. haha terliur gamaknya haha
ReplyDeleteYa Allah memang nampak sedap lah kek dia. Saya memang suka kan kek batik. Kek batik lah kek paling sedap di dunia buat saya hahaha
ReplyDeletebest nya ada mcm ni. sy pun suka. puas hati dpt merasa byk mcm ni ;-)
ReplyDeleteMaaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)