Siapa dah pernah makan kek tapak kuda? Kalau tanya aku, ini first time aku beli dan makan. Untuk pengetahuan semua, kek tapak kuda adalah kek yang popular di Brunei. Dan aku akhirnya beli juga pada 09 September tempoh hari selepas sebulan lebih duduk dalam cart shopee hehehe. Memang dah teringin lama nak makan tapi macam biasalah seketul atiqah najihah iaitu tak beli beli.
Pantang buka Twitter, mesti nampak orang review atau promote kek tapak kuda ni. Kita sebagai seorang yang mudah terpengaruh, cepat cepat cari dekat shopee dan add to cart. Bukan tak nak beli, tapi mengenangkan harganya yang agak mahal tu yang buat aku termenung sekejap tiap kali nak beli 😂
Bagi aku mahal juga lah harga kek tapak kuda ni iaitu RM 28.00 untuk perisa nutella dan RM 33.18 untuk perisa lotus biscoff. Kalau beli lauk ni boleh dua atau tiga jenis lauk dah. Tapi, last last beli juga. Cakap dekat diri sendiri, "Belilah Najihah, kalau tak sedap tak payah beli dah next time. Kalau sedap pun tak payah beli juga next time. Janji dah pernah merasa."
Cehh konon konon kalau sedap, tak akan beli dah. Macam tipu sangat sebab mesti akan beli lagilah. Confirm! Tapi bukan dalam masa yang terdekatlah.
Packaging kek tapak kuda. Memang bagus sungguh seller ni siap letak dalam kotak lagi. Bagi aku, memang nampak premium lah sebab bubuh dalam kotak ni. Kek pun selamat daripada terpenyek masa dalam proses penghantaran dari seller kepada courier dan seterusnya kepada pembeli. Tapi kotak tetap kemek. Itu memang tak boleh buat apa dah.
Bahagian dalam. Walaupun kotak kemek, tapi kek tetap berada dalam keadaan yang baik. Langsung tak penyek. Maaf ya, silau pula gambarnya kikiki. Cepat cepat simpan dalam peti. Sedap ke tidak? Mestilah sedap! Serious tak tipu. Memang sedap!
Manis dia biasa biasa sahaja, tak over manis. Memang tak kedekut nutella. Kek pun lembut. Kakak aku pun cakap sedap. Kiranya berbaloi lah aku beli dengan harga RM 28.00 sebab rasa dia memang sedap. Tak mengecewakan. Syok duk makan, sampai tak sedar dah nak habis :')
Memang sekali makan je terus habis licin. Tak sempat nak simpan untuk dimakan sambil tengok drama. Petanda nak kena beli lagi ke? Mahu kena bebel empat hari empat malam dengan kakak aku nanti 😆
Okey tak apa, nanti nanti kalau ada duit lebih, bolehlah dipertimbangkan untuk repeat beli. Next time boleh beli yang periso biscoff pula. Tapi buat masa sekarang, dah hilang dah craving nak makan kek tapak kuda ni hihihi. Craving makanan lain pula.
Sesiapa berminat nak beli kek tapak kuda premium ni, boleh beli disini: https://bit.ly/3ty5yFr atau disini: https://click.accesstra.de/go/6ldGA0I4. Memang thorbaik!
Disclaimer: Ini bukan paid atau sponsored review ya. Saya beli pakai duit sendiri.
43 comments
Tak pernah try makan hehe. Mungkin bukan selera saya 😆
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Baikkkk, Alhamdulillah dah habis dimakan hehehehe
DeletePertama kali dengar tentang kek tapak kuda ni.
ReplyDeleteNanti nanti boleh try beli jannah hehehe
DeletePernah dengar, tapi tak pernah lagi beli dan rasa.
ReplyDeleteNanti try la beli dan rasa kak fiza hehehe
Deletepenah mkn, bila jiran umah akak yg jual2 kuih tu bg rasanya 2 kali dah
ReplyDeletekek dan inti coklat nuttela
sedapp, kek lembut je
Kan akak, memang sedapp dan lembut je kek nya.
DeleteMenarik juga ni.. Hehe. Macam k.Naniey juga kadang fikir, daripada beli ni baik beli lauk pauk. Tapi kalau nak sangat merasa beli je. Janji dapat rasa walaupun sekali. Lepas tu kalau nak beli lagi sendiri fikir la.
ReplyDeleteNanti nak cuba juga la kek tapak kaki kuda ni..
Itulah pasal kak naniey kan, tapi sekali sekala takpe kan hehehe. Janji dah dapat merasa sekali. Nanti try la beli sekali kak naniey, sedap ke tidakk hehehe
Deletetkpernh lg mkn kek tapak kuda..nmpk menarik
ReplyDeleteMemang menarikk dan sedappp hehehe
DeleteNampak kecil kek tapak muda.
ReplyDeleteHaha sedap pula. Kena beli lagi.
Saiz dia kalau tak silap 9 inch. Panjang jugak lah. Betul akak, next time repeat beli hehehe
DeleteNampak mahal dan nampak sedap la kek ni . Overload dengan nuttella tu sedap !
ReplyDeleteKannn, bagi saya nampak la premium, memang sedapppp CCL!
DeleteTak pernah try lagi
ReplyDeleteNanti try la rabia hehehe
DeleteSelalu tengok orang promote di twitter. Tergoda tapi belum sempat beli lagi
ReplyDeleteNanti try lah beli, sedappppp hehehehe
DeleteSaya follow ya blog anda dulu
ReplyDeleteBaikkk terima kasih ya sudi follow, nanti saya followback :)
DeleteAnak akak dok minta belikan kek tapak kudani..akak tanya..tapak rimau,tapak gajah tak mau ke..
ReplyDeleteHahahahaha nanti kalau ada tapak gajah, mungkin dia akan mintak jugak suatu hari nanti hehehe
DeleteTak pernah try lagi, nampak sedap, dan nutella tebal tu, bole beli lagi inshaAllah.
ReplyDeleteIn shaa Allah akan repeat order tapi bukan dalam masa yang terdekat lah hehehe
DeleteNama unik. Tengok pun dah tau lazat ni.
ReplyDeleteSedap dan lazat! Nanti try lah kak PC hehehe
Deletexpernah rasa..sebab kek2 ni kak shida kureng skit..kalau boleh nk beli share2 je hahaa..
ReplyDeleteOhhhhh kak shida kureng sikit kalau kek kek ni ye, kalau saya, memang makan sorang la jawabnya hahahaha
DeleteTengok gambar saja dah dapat bayangkan rasanya. Mesti sedap hingga menjilat jari.. hihi
ReplyDeleteBetul tu hahaha, memang sedap hingga menjilat jari!
DeleteKalau dah teringin sangat tu beli je, kalau tak asyik teringat-ingat. Oh sedap ye, nasib baik. Harga tu sekali-sekala bolehla.
ReplyDeleteBetul dah tuu kak sal, asyik teringat ingat je selagi tak beli. Duk berlegar legar dalam kepala otakk hahaha.
DeleteBelum makan lagi Atiqah. Tengok pun cam sedap je. harga dia level level kek lapis lebih kurang. Ini sekali hadap je boleh habis. Sesekali bolehlah cuba makanan viral serba tak over manis ni. haruslah repeat order nanti kan :p
ReplyDeleteHaah betul kak fiza, lebih kurang kek lapis jugak lah harga dia. Betul, sekali sekala boleh la sebab harga dia pun macam kayangan jugak lah bagi saya hahaha. Next next next time, repeat order perisa lain pulak :D
DeleteDulu-dulu masa raya selalu jumpa kek tapak kuda ni. Tapi tak adalah letak Nutella. Sekarang orang kita kreatif, guna bahan macam-macam nak bagi lebih sedap.
ReplyDeleteBetul tu kak farrah, sekarang macam macam perisa adaaa kann, tinggal pilih dan bayar aje hahaha.
DeleteTak pernah lagi makan. Tapi tengok dari dia punya topping tu, macam boleh potong kaki je. 😂
ReplyDeleteLink tu memang pakai bit.ly ke? Saya tekan keluar '403 Forbidden'.
Sekali sekala dimaafkan gituhh hahaha. Eh yeke keluar '403 Forbidden'? Kakak saya try click ok je.
DeletePernah beli kek roll tapak kuda ni tapi Firdaus yang habiskan. Suka sangat dia inti nutella!
ReplyDeleteSelalu nampak kek tapak kuda ni review dekat twitter. Tapi jenis tak suka sangat kek so tak mampu pengaruh diri ini
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi tapi selalu dengar org sebut pasal tapak kuda ni huhu.
ReplyDeleteMaaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)