Thursday, 16 September 2021

Muhammad Arfan Dulu dan Kini

Muhammad Arfan dulu dan kini. My latest anak buah iaitu anak saudara yang kelapan dan merupakan anak kepada kakak kedua aku. Ramai dah ya anak saudara aku 😂 Beginilah jadinya bila abang kakak ramai kan, memang beraturlah anak saudaranya kikiki. Coming soon anak saudara yang kesembilan. Mungkin Januari 2022 akan keluar.

 Muhammad Arfan yang dulu (dalam pantang)


Muhammad Arfan yang kini

Arfan baru siap mandi dalam gambar latest ni. Pakai baju che su belikan. Baju murah murah je che su mampu bagi. Ala baby cepat membesar kan, rasa macam sayang kalau beli baju mahal mahal tapi boleh pakai sekejap je. Better tunggu dia besar dulu, then baru boleh beli baju yang mahal sikit. Sikit jelah, tak boleh banyak banyak 😆

Kalau berminat nak beli baju macam Arfan pakai, boleh beli disini: https://bit.ly/3lgEoio atau disini: https://click.accesstra.de/go/SAx6dsFn
 
Kalau kakak aku baca entri ni mesti membebel sebab letak gambar Arfan yang latest ni. Dia cakap 'anak aku comel kot, ambik elok elok lah gambar Arfan'. Maafkan che su Arfan, comel je Arfan dalam gambar yang paling latest tu hehehe. Masih handsome walaupun tak ada rambut 😛
 
Debab. Aku suka panggil Arfan budak debab. Lenguh tangan ui dukung Arfan ni. Sekarang paling latest berat dia 7.5 kilogram. Usia baru empat bulan lebih. Masa aku cucuk vaksin, duduk rumah kakak kedua aku, tolong kakak aku lah jaga Arfan sekejap sekejap.

 

Sebabkan aku ajar berdukung, pantang nampak aku, memang berdukung lah jawabnya 😂 Membebel juga kakak aku sebab ajar berdukung. Nanti tak nak duduk bawah. Nak berdukung je setiap masa. Tapi nasib baik tak. Okey je baring dekat bawah cumanya bila lama sangat baring, dia bosan. Masa itulah dia suruh angkat dia.

 

Lama dah tak jumpa anak-anak saudara yang lain sebab duduk daerah yang berbeza. Dulu kan lockdown lah pkp lah, memang terbatas lah nak jumpa. Sekarang dah boleh rentas daerah pun susah juga nak jumpa sebab takutlah. Kita yang dewasa memang dah lengkap vaksin semuanya, yang kecil kecil tu tak vaksin lagi, lagi terdedah dengan Covid-19 ni. Jadi jumpa dalam video call sajalah.


Nota jemari: Psttt, korang ada berapa ramai anak saudara?  

29 comments

  1. Rindu nyaaa nak bau baby hehe..
    K ret konpom belah2 kami semua dah ttp kilang.. X merasa la nak dpt baby baru lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak ret bau baby hahahaha. Saya masa jaga arfan dukkk bauuuuu arfan ni memang best bau dia. Hahahaha lambat lagi la nak merasa baby baruuu, nak kena tunggu anak sedara kak ret kawin la, baru cucu saudara gituuuu.

      Delete
  2. Akak pulak ada 11 orang anak buah. Duduk lain² daerah dan tempat. Paling lama tak balik Sarawak, nu adik yang mengajar kat Perlis. Rindunya dengan dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pehhh boleh tahan ramai gak tu kak fiza hahahaha, ini kalau kumpul satu rumah dalam satu masa, memang migrain (kalau saya lah) >.<

      Delete
  3. Bestnya ada baby baru. Suka bau baby tapi itulah dapat anak buah baru zaman covid ni tak dapatlah nak jumpa. Jumpa jumpa nanti pun dah besar dah berjalan berlari agaknya. huhu..
    comelnya Arfan. Seronok dia dapat baju Che Su bagi.
    Kita memang suka dukung tapi memang kena marah pun biasanya sebab taknak biasakan dukung. Nanti maknya tak larat nak berdukung je tak dapat buat kerja lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnn, best sungguh bau baby ni, hahahaha terhibur saya baca, tapi betul gak tu kan kak fiza, tahu tahu dah berlari dah anak buah baru tuuuu >.< Ibu dia terlebih seronokk, siap mintak baju lain lagi hahahaha. Pokai la che su arfan.

      Haah betul dahh tuuuu, nanti kesian dekat kakak saya la kalau nak berdukung je, memang tak boleh buat kerja. Tapi nasib baikk la arfan ni ok je kalau letak bawah.

      Delete
    2. Ye Atiqah, anak buah sekarang pun dah setahun dapat jumpa sekali dua je rasanya masa boleh rentas negeri balik kampung. Lepas tu tak jumpa dah. Dulu baby lagi sekarang dah berjalan. Itulah cakap nanti jumpa lagi dah berlari laju. hahaha...

      Syukur jenis anak yang tak banyak ragam ni. Senanglah maknya nak buat kerja pun.

      Delete
  4. Akak ada 10 orang. Sama tahun depan dapat seorang lagi.
    Hehe akak tidak dapat duking anak buah yang terbaru sebab jauh di seberang laut.
    Seronok layan bayi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh meriah ni kalau kumpul ramai ramai, saya haritu 6 orang punn dah sakit kepala layan sorang sorang hahahah >.< Takpe akak, tengok melalui video call je, itu je yang mampu sekarang hehehehe.

      Delete
  5. Wah, ramainya anak buah Atiqah! Comelnya, Arfan! Semoga sihat dan membesar dengan baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan ramai jugak lah kak farrah hahahaha.
      Macehhhh aunty farrah doakan untuk arfan! ;)

      Delete
  6. atiqah.. awk menang GA.. boleh tngok entri akak.. CCL dah bagi no akaun. awk je belum.. nnti update ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya dah whatsapp dah kak busyra hehehe.

      Delete
  7. Replies
    1. Pening kann bila ada ramai ni tapi seronok hahahaha

      Delete
  8. Lawa nama Arfan. Semoga jadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama simple, masa pregnant kemain nak letak nama itu ini, sekali keluar letak Muhammad Arfan je hehehe. Aamiin aamiin ya rabbal alamin :)

      Delete
  9. akak ada 10 anak saudara. paling kecik baru sebulan. Nanti duit adsense Che Su dah cashout, Arfan mintaklah hadiah mahal-mahal. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan ramai tuuu hahahaha, Kalau time raya, memang botak jugak lah bagi duit raya kannn, tapi takpe sekali sekala gituu hahahaha. Lambertt lagi lah jawabnya Arfan nak dapat hadiah mahal mahal kalau tunggu adsense che sunya capai 100 usd >.<

      Delete
  10. Wahhh. Saya sorang pun dah pening kepala haha tambah2 lelaki. Soon dapat adik di pula. Begini lah abang sorang dan nasib dia dah kahwin. Ada lah merasa ada anak saudara hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang pun dah pening kann, saya haritu 6 orang berkumpul sekaligus, malam tu terus sakit kepala dengan sakit tekak sebab menjerit >.<

      Delete
  11. Bila lagi nak mintak dukung cik su kan Arfan. Bila ada depan mata peluang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ayat dengan kakak saya hahahaha, bukan selalu dukung anak saudara, kata ibunya :D

      Delete
  12. Orang tua macam Sk ni ramaiiiii anak sedara terutama belah Pak Inche 😆

    ReplyDelete
  13. Ammi masa anak sorang suka beli jumpsuit gini... Tp lesson learnt kalau anak tu dh tinggi sikit xleh nak pakai. Jadi anak2 yg kemudian tu beli baju tido yg x siap stokin. Boleh pakai sampai seluar cecah betis hahahha..

    ReplyDelete
  14. umor baby ms2 gni mmg sedap nk gomol la..
    dh besar diorg marah kena gomol.. haha..

    akk rmai ank buah.. dh kawen pon ade.. hihi

    ReplyDelete
  15. Ramai anak buah Atiqah ye. Mesti tak menang tangan melayan anak buah ni. Sronok riuh rendah!

    ReplyDelete
  16. Bestnya ada baby, kakak saya belum lagi ada rezeki untuk ada anak. Nak juga merasa menjadi makcik ni hehe

    ReplyDelete
  17. Alahaii comelnyaaaa. hehehe best betul ada anak buah. ada anak sendiri lg best :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)