Monday, 6 September 2021

Popia Pisang Lagi

Bila dah jadi makanan kegemaran, memang selalulah aku makan. Selagi tak jemu, selagi itulah aku akan makan. Tapi favorite kot? Tak akan nak jemu kan? Hehehe. Last aku makan 17 Julai 2021 tempoh hari. Kiranya memang dah lama lah tak makan. Memang mengidam teruk kikiki. 

Bila dah balik rumah sewa di bandar Kuala Terengganu ni barulah boleh beli. Sebab kedai popia pisang ni ada dekat area rumah sewa aku je. Kalau balik rumah kakak kedua aku, memang tak boleh nak membelilah sebab jauh. Lagi satu, kalau duduk rumah kakak kedua aku, tak boleh beli di foodpanda sangat. Dia punya membebel 7 hari 7 malam tak habis habis -,-

Sebab dah teringin sangat, kita pun belilah. Makan waktu petang sambil tengok running man episode paling latest. Biasa beli popia pisang perisa chocolate ataupun chocomel (gabungan chocolate dan caramel). Tapi kali ini aku try beli perisa lain pula iaitu perisa sos keju + cheddar parut + butterscotch. Harga RM 12.00. Kalau perisa chocomel atau chocolate tu RM 6.00 sahaja. Kalau beli yang itu dah boleh dapat 2 set popia pisang kan? Tapi tak apalah, sekali sekala kita cuba perisa lain pula. 


Foresight


Close view

Sedap ke tidak? Bagi aku kurang sedap. Macam muak sikit. Lepas makan satu tu terus rasa macam emmm kenapalah aku pilih perisa ni hahaha. Tapi tak apalah, dah selamat membeli dah pun. Bukan tak sedap langsung, sedap tu sedap cumanya pisang dia dah masam, pastu keju kan macam masam jugak sikit. Nasib baik lah butterscotch tu ada rasa masin manis sikit. 

Next time kalau nak beli, kena beli yang ada perisa chocolate ke nutella ke juga sikit sikit. Macam aku pernah update entri disini: Makan Petang Bersama Popia Pisang. Tapi overall okey je, boleh diterima. Repeat? Mungkin tidak untuk perisa ni 😂 Baik aku beli yang perisa chocolate ataupun chocomel. 

Nota jemari: Maaflah ya gambar tak berapa menarik hihihi

25 comments

  1. Selalunya perisa yang simple gak yang best. Banyak sangat campur dah jadi pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, saya pun fikir gitu gakk, yang simple la yang paling best. Bila dah campur banyak banyak ni macam dah pelikk rasanya.

      Delete
  2. Banyak juga parutan cheese . Sampai tenggelam popia .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul CCl, memang banyakkk seller ni letak, kira puas hati la dengan harga dia jual hehehe

      Delete
  3. nampak sedap... walaupun gambarnya 'tak cantik'. semangat juga lah nak cari nie

    ReplyDelete
  4. Kalau cheese dah macam tu, susah tekak saya nak makan.. Tak biasa makan macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya tak boleh jugak makan, tapi bila tertry sekali, terus okey dengan tekak hehehe

      Delete
  5. Bila dah teringin dan lama tak makan, memang kena membeli. Ala tak best eh gabungan choco dan caramel tu. Takpelah, next time beli mana yang sedap je lah.

    Maaf atiqah baru perasan watermark tu ada typo. tak ada a dalam url. nanti saya berikan yang baru je. besar betul letak kat gambar tu. Boleh kurangkan opacity dan kecil sikit untuk lebih mesra gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib beli bila dah teringin. Kalau tak, terbayang bayang je makanan tu hehehe. Yang chocomel tu sedappp, yang paling latest saya beli ni tak berapa sedappp hihihi

      Delete
  6. Elok sahaja gambar pada mata akak. Banyak juga keju. Takpe rasa sekali. Lepas ini beli choco+caramel. Murah sedikit dan boleh beli 2 set. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann rasa sekali macam mana. Next time tak beli dah kalau rasa tak berapa sedappp hehehe. Betul, boleh dapat 2 set sebab RM 6.00 je :D

      Delete
  7. Maaakkk aii tempting nya oii popia pisang dia... Hehehe ni klu ad kat kl konpom k ret dh beratur beli ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan panas panas lagikk sedapp kak ret, crunchy kulit popia nyaa hehehe. Nanti boleh la try cari kot kot ada jual ke hehehe

      Delete
  8. Replies
    1. Memang mewah akak, saya rasa berbaloi dengan harga dia! :D

      Delete
  9. Wow, first time jumpa popia pisang

    ReplyDelete
  10. Suka popis cekelat gak.. lain perisa x pernah try.. huhuu.. Mknn berlemak ni sedappp ajee

    ReplyDelete
  11. Saya kurang suka sikit makanan jenis begini, Kalau beli confirm makan satu je,.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)