Wednesday, 22 September 2021

Suprise Giveaway By Aienienka


Baru berkesempatan untuk join Suprise Giveaway by Aienienka. Nak join, boleh click banner diatas. The best surprise yang pernah aku terima dalam hidup ialah surprise birthday pada bulan Oktober tahun 2019. Memandangkan birthday kita semakin menghampiri, so kita tulis pasal surprise harijadi. Hehehe. 

Surprise birthday dari housematesku. Masa birthday aku pada 10 Oktober 2019, boleh dikatakan ramai dah wish Happy Birthday. Tapi, housemates aku sunyi sepi. Memang tak ada wish apa apa. Naik kereta pergi class pun cakap macam biasa. Aku fikir mungkin busy kot, itu pasal tak sempat nak wish hahaha. 

Sampailah lepas Maghrib kalau tak silap aku, tiba-tiba blackout nyah rumah kami. Aku tengah siapkan assignment. Nervous dah sis sebab fikir kerja-kerja yang aku buat tadi dah save ke belum. Kalau tak autosave, memang murunglah nak kena taip balik 😂

Masa tu lah tak ingat telefon letak mana sebab benda berlaku tiba-tiba sangat. Dari dalam bilik, terdengar housemates bercakap tapi dalam keadaan berbisik. Aku pun terus keluar bilik cari housemates sebabnya aku takut duduk dalam keadaan gelap gelita. Tak expect mereka buat surprise sebab rumah kami sewa tu memang selalu blackout.

Keluar dari bilik terus nampak housemates tengah pegang kek yang dihiasi dengan beberapa batang lilin menuju ke bilik aku. Terus aku jerit "Ohhhh patutlah tak ada seorang pun yang wish birthday, rupa-rupanya nak buat surprise. Aku tengah buat assignment weh, kalau tak autosave mati lah aku."

Housemates pakat gelak je sebab standard Words autosave kan, so mereka cakap tak payah risau, selamat je kerja kau tu. Dah tiup lilin, ambil gambar maka berakhirlah surprise birthday aku pada tahun 2019. Sambung buat assignment 😆 Terharu sis, ingatkan dah besar panjang dah tak ada orang nak bagi kek. Tapi masih ada.

Kadang kadang, dengan ucapan "Selamat Hari Lahir" pun dah cukup kan? Siapa setuju? Kalau dapat hadiah ke kek ke, itu dikira bonuslah. Ada, Alhamdulillah. Tak ada? Tiada masalah. 


Ni aku sertakan sekali gambar yang diambil masa birthday aku tahun 2019. Rindunyaaa :') Lagi seorang housemate aku tak ada dalam gambar sebab keluar pergi buat kerja dengan coursemate dia. Kami berempat satu course dan juga satu kelas. Last jumpa March 2020, semester 6. 

Goodluck and all the best kepada semua peserta! 😉

Nota jemari 1: Tak lama dah 10 Oktober, rasa macam nak buat giveaway juga hehehe 
Nota jemari 2: Susahnya update pakai telefon >.<

21 comments

  1. Terbayang betapa gabranya sis bila blackout tetiba

    ReplyDelete
  2. Hahaha Saja la tu nak menyebut birthday dia. Datang Johor la, 12hb kita nak suprise birthday untuk husband pulak. Hahaa

    Oh, btw, dah update senarai peserta. ALL THE BEST!

    Aien always update ikut phone. Haha More comfortable to me. :p

    ReplyDelete
  3. Salam singgah daripada giveaway yang sama, best of luck to you.. Semoga ada rezeki..

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete
  4. Hehe zaman akak Words tidak auto save jadi pandai-pandailah ingat untuk simpan.
    Oh baru tahu harijadi Atiqah. Hehe. Nombor cantik 10.10.

    ReplyDelete
  5. Celeb surprise bday zaman study mmg best!! Semua pun gila2 and sporting.. Rindu plak tetiba ngan housemate kita

    ReplyDelete
  6. Adikkk , akak messenger atiqahh tau
    Nak nombor adik boleh ? Wasap akak pun tak apa

    ReplyDelete
  7. wahh seronoknya kawan kawan buat surprise. Fuhh gabra jugaklah bila kerja tak save kan. even words autosave kadang tak dapat diselamatkan juga. naya betul.

    Apapun semoga ada rezeki Atiqah nanti dapat surprise dari Aien pulak. Nak dekat dah tu birthday Atiqah.

    ReplyDelete
  8. akk suka suprise.
    tahun 2019 kot bru merasa dpt suprise dr bff.. haha..

    bkn main eh suprise siap blackout.. mcm dlm drama gittew.. hehe

    btw, goodluck atiqah.. =)

    ReplyDelete
  9. Good luck! Wah..sweetnya surprise birthday dia. Nasib baik auto save ye.

    ReplyDelete
  10. Tahniah awak..
    https://www.aienienka.com/2021/09/pemenang-suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete
  11. Goodluck :) Semoga ada rezeki terselit.

    ReplyDelete
  12. Wahh birthday awak next month lah hehehe

    ReplyDelete
  13. nk ckp good luck tp GA dah tamat hehehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)