Bertemu lagi dalam entri mencari seorang pemenang dalam kalangan Top Commentator di blog Atiqah Najihah bagi bulan Ogos 2021. Alhamdulillah, dari bulan Jun 2021 dan sampai Ogos 2021, aku masih konsisten dalam mencari seorang pemenang dalam usaha menghargai penat lelah korang semua yang sudi singgah, baca dan tinggalkan komen di blog aku. Eleh baru tiga bulan, cara cakap macam konsisten dah selama 3 tahun kikiki 😜
Walaupun hanya hadiah kecil yang mampu aku bagi, aku harap korang semua gembira dengan pemberian aku. Aku rasa semua dah boleh agak kan hadiah apa yang selalu aku bagi hehehe. Tak lain dan tak bukan mestilah hadiah berupa sebotol chocojar yang terdiri daripada pelbagai jenama.
Okey tak nak cakap panjang, meh kita tengok senarai Top Commentator bagi bulan Ogos di blog Atiqah Najihah.
Top Commentator Ogos 2021
Sesiapa yang perasan, widget top commentator ni aku dah tak letak di sidebar main page macam sebelum ni sebab utamanya tak nak memberatkan main page blog aku. Jadi aku letak dalam page lain. Malas nak serabutkan banyak benda dalam main page pun iye juga. Cukuplah serabut dengan iklan AdSense hehehe.
Aku cuba sehabis mungkin untuk minimise main page blog sebab takut orang serabut bila singgah ke blog aku. Eh jap, macam menyimpang jauh dah dari tajuk asal entri ni kikiki. Sekali sekala, kira tak apalah kan? Kuikuikui.
Berbalik kepada top commentator, masih orang-orang yang sama seperti sebelum-sebelum ni kecuali top commentator nombor satu itu iaitu 'Dear Anies'. Apa-apapun tahniah diucapkan kepada 10 orang tersebut! Memang betul-betul pengomen tegar. Bukan di blog aku sahaja, tapi di blog orang-orang lain pun, mereka jugalah ahli top commentatornya.
Terima kasih yang tak terhingga sebab sudi singgah, baca dan komen di entri-entri aku tanpa jemu. Yang tak tersenarai pun aku ucapkan tahniah juga! Kalau nak masuk dalam top commentator, boleh cuba next month okies! Komen banyak banyak 😉
Okey penat dah berceloteh, dan tanpa membuang masa, jom kita tengok siapakah pemenang bertuah yang terpilih kali ini! Drum roll! Ala bayang sendiri lah ek drum roll macam nak umumkan siapakah pemenang nombor satu dalam rancangan Akademi Fantasia hehehe.
Tahniah diucapkan kepada Bola Katok! Ini kira hadiah sekali sebab banyak tolong aku berkenaan template blog. Tak jemu jemu reply email aku walaupun dah lewat malam. Thanks alot! Jangan segan silu ya emailkan maklumat diri Bola Katok di jiehahzak@gmail.com.
Yang lain-lain jangan kecil hati ya, in shaa Allah next month rezeki korang pula. Harap harap korang semua masih sudi untuk singgah dan tinggalkan komen di blog aku pada masa yang akan datang. Sebelum tu, mari singgah blog 10 top commentator di atas ya.
Dear anies = http://aniesandyou.blogspot.com/
Azhafizah MN = https://www.azhafizah.com/
SalbiahM = https://blognisalpunya.blogspot.com/
Rabiahtul Adawiyah = https://rabiadawiyah21.blogspot.com/
Bola Katok = https://www.bolakatok.com/
Nanieydotcom = http://www.naniey.com/
Ako Retna = https://anakomak6.blogspot.com/
Syu Deris = https://www.syuderis.com/
Nota jemari: Semalam tak ada mood nak tinggalkan komen sebab ada kotak gambar yang muncul lepas kita dah tick i am not robot. Walaupun dah selalu hadap kotak gambar tu tapi semalam betul betul geram sebab penat tick, dia suruh tick lagi dan lagi dan lagi. Endup aku jadi silent reader je, tunggu dah hilang baru komen semula -,-
41 comments
tahniah kpd semua top kommentator!
ReplyDeleteWahh tahniah ..anda yg menang semuanya hebat
ReplyDeleteTahniah Bola Katok..
ReplyDeleteMemang bengang bila nak komen tak dapat nak komen..
Memang potong mood kan kak naniey kannn huhuhu -,-
DeleteHehe tahniah Bola Katok.
ReplyDeleteInsya Allah akan setia singgah jika ada kelapangan. Kalau senyap itu mesti ada sebab.
Haah kadang-kadang akak senyap sehari kalau kena robot. Atau pun had melawat blog.
Betul, kalau senyap mesti ada sebabnya kannnn hehehe. Kann, saya pun kadang kadang off komen kalau geram sangat dengan kotak komen tuuuu.
Delete😅Lama akk tak komen. Tak sangka pulak masuk list. Tq Tiqah & tahniah jugak untuk komentator yg lain😁💕
ReplyDeleteLama tak komen sebab saya pun jarang buat entri hahaha. Mood malas makin menjadi jadi masa penghujung bulan ogos harituuu, harap harap bulan baru ni tak menjadi jadi lagi la mood malas tu kikiki
DeleteTahniah semua.. :)
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang.
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeletenama akak pun adalah
hehe
suka singgah sini
Maceh rabia sebab suka singgah blog saya ni ;)
DeleteTahniah semua. Alhamdulillah.
ReplyDeletetahniah!!!
ReplyDeleterasa mcm dah lama x komen2 kat blog orang hehhe...
lately ni mood ke laut memanjang...
slalu singgah baca pastu terus klik X hahhaa
Samalah kita kak ret, memang mood ke laut sikit masa penghujung ogos. Ni dah masuk bulan baru, moga moga penyakit M takde menguasai diri lah hahaha
DeleteTahniah kepada pemenang bertuah dan tahniah juga kepada semua top commentators...
ReplyDeletetahniah pemenang!
ReplyDeleteSemua ni memang kaki komen haha. Salute their effort. Atiqah pun apa kurangnyaaa. Awak masuk list komen kita bulan ni. Weee tahniahhhhh
ReplyDeleteYeay! Alhamdulillah, tak sangka tersenarai jugakk ye hehehe
DeleteTahniah kepada semua top komentator blog Atiqah dan yang terpilih. Kotak komen tengah bermasalah betul sekarang ni. By the way, tajuk bulan Bogos tu typo ye Atiqah :)
ReplyDeleteAlamakkkkkk, tak perasan pulak typo tuuu >.< Biasa check banyak kali before publish, apa apa pun maceh kak fiza! Dah betulkan tapi bila tengok link entrinya tetap jadi bogos jugak hahaha.
Deletetahniah kepada pemenang :)
ReplyDeleteTahniah semua
ReplyDeleteTahniah buat semua yg tersenarai..akak nak cuba la pi komen kat blog org secara konsisten..harap2 masa x mencemburui..
ReplyDeleteIn shaa Allah kak SA, saya punnn cuba konsisten jugak singgah dan tinggalkan komen dekat blog orang walaupun mood malas menguasai diri hehehe
DeleteTahniah yang terpilih
ReplyDeleteTahniah buat semua yang tersenarai..
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang. InshaAllah bulan depan ada rezeki.
ReplyDeleteTahniah kepada semua blogger yang tersenarai . Memang yang tersenarai ni diorang kaki komen
ReplyDeleteTahniah semua. Terima kasih AN. Tak sangka dapat jadi commentator bertuah kali ni.
ReplyDeleteTahniah Bola Katok. Robot pengacau tu muncul maybe sebab lately banyak spammer. Akak pun letak moderate comment sebab jemu naik komen merepek kat blog. Pastu tak boleh delete
ReplyDeleteKannnn, saya punnn geram bila tengok komen merepek naik dekat entri saya. Tapi nasib baik la boleh delete.
DeleteTahniah kepada semua top komen!
ReplyDeleteTahniah kepada yang tersenarai dan terpilih. Boleh jadi azam baru ni
ReplyDeleteBoleh boleh boleh! Mana tahu rezeki fariha pulak ke lepas ni ;)
Deletetahniah Bola Katok & pengomen yg lain..chaiyok!
ReplyDeletetahniah semua yg tersenarai u deserve it
ReplyDeletetahniah pada smua.. mereka ni mmg rajin.. bagus ada kwn blogger mcm dorang saling support..
ReplyDeleteheader baruuuu eh! hijau pun cntik
tahniah sume top komen!!
ReplyDeleteTahniah buat semua pengomen yang sentiasa memeriahkan blog rakan-rakan. Sementara duduk terkurung bolehlah blogwalking. Nanti kalau dah masuk kerja semula, mungkin akan berkurangan waktu untuk lepak di alam maya.
ReplyDeleteTahniah semua! Kalian memang hebat!
ReplyDeleteMaaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)