Thursday, 3 February 2022

Susu Berperisa Pisang dari Brand Nilofa

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari. Seronok minggu ni sebab cuti dua hari. Isnin kerja, Selasa dan Rabu cuti, Khamis dan Jumaat sambung kerja balik. Next cuti bulan March pulak. Itupun sehari je. Tak ambil cuti sebab cuti limited. Lagipun, tak balik Terengganu. Jadi, malas lah nak ambil cuti. Kita duduk rehat di rumah saja.

Semalam lepas makan tengah hari di mamak, singgah sekejap pasar raya sebelah mamak. Makan mamak sebab malas dah nak fikir nak makan dekat mana. Masalah besar nak fikir nak makan dekat mana 😂 Jadi, nak senangkan cerita, terus pergi mamak. Makan je nasi kandar dekat mamak. 

Dah siap makan, singgah pasar raya mini tepi mamak. Saja je masuk. Tak berniat nak shopping barang dapur pun sebab gaji belum masuk. Gaji MyStep masuk lambat which is setiap 10 haribulan baru masuk :') Even kerja dekat sektor kerajaan, tapi gaji tak masuk sama tarikh dengan staff kerajaan iaitu 25 haribulan. Tak tahu kenapa gaji masuk lambat, tak ada sesiapa yang boleh menjawab soalan tu.

Pusing pusing dalam pasar raya mini tu terbeli susu pisang brand Nilofa. Susu ni dah keluar berzaman lamanya, tapi baru semalam aku terasa nak mencuba.


Harga RM4.90 kalau tak silap. Resit tak tahu campak mana. Masuk kereta terus buka dan minum. Bagi aku, air susu berperisa pisang ni not bad. Tak over manis. Sebab ada terbaca review orang lain yang cakap yang susu ni terlampau manis. Tak boleh habiskan sebab terlampau manis. Tapi bagi aku, okay saja. Tapi rasa pisang macam kurang sikit. Ke aku je yang rasa macam tu? 😂

Tapi secara keseluruhan okay sahaja. Boleh diterima oleh mulut dan perut aku yang baru mencuba buat pertama kali. Repeat? Mungkin tidak hehehe. 

12 comments

  1. Tak pernah lagi merasa susu pisang nilofa ni. Kot jumpa bolehlah beli.

    ReplyDelete
  2. packaging mcm dah warna lain sket...
    bagi kita pun ok je susu ni... cuma btul la mmg kurang rs pisang..
    Kita tgh nak cari susu perisa farm fresh.. x jumpa2 lagi

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba hehe. sebab ada yang rasa susu ni esen je kuat, pisangnya kurang. entahlah.

    ReplyDelete
  4. Rasa sedap . Ada rasa gabungan susu, rasa pisang dan rasa esen vanila

    ReplyDelete
  5. susu pisang nilofa ni rmi ckp tk brp...lg sedap susu nilofa mangga bila baca feedback...tp kalau dalgona nilofa banana yg kolaborasi dgn chaatime tu suka...sedap

    ReplyDelete
  6. eh..wilayah bukan patut cuti ke hari Khamis? alamak, tak pernah minum brand Nilofa.So tak tau rasa pisang ke pishang

    ReplyDelete
  7. Setakat ni boleh masuk coklat dengan yang mangga jer. Itupun biasa-biasa jer rasa dia
    Yang perisa pisang & seangkatan dengannya memang tak boleh masuk langsung 😅. Jujur cakap, susu ni antara susu yang akak takkan repeat beli. Tak berapa kena dengan tekak.

    ReplyDelete
  8. Belum ada seru hendak rasa susu pisang. Satu jenama pun belum. Hehe. Takut ketagih.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah rasa lagi susu pisang tu.

    ReplyDelete
  10. Susu pisang ni akak belum pernah rasa lagi. Tapi, akak kalau susu pisang, akak suka yang rasa pisangnya rich. Sipi-sipi, manja-manja... macam tak puas :)

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi merasa susu pisang nilofa ni

    ReplyDelete
  12. Belum pernah rasa susu pisang brad nilofa. Sama kot rasanya dengan susu pisang dari Korea tu.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)