Thursday, 3 November 2022

Mendaki (Hiking) di Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor


Pagi Sabtu 29 Oktober lepas aku berkesempatan untuk menyertai aktiviti mendaki (hiking) di Bukit Gasing anjuran company aku bekerja. Masa mula-mula dapat email tentang aktiviti hiking ni, aku memang dah berminat nak join tapi aku fikir "aku mystep je, boleh ke join", tapi ternyata boleh je!


Aku memang suka aktiviti macam ni janji bukit yang akan didaki tu sesuai untuk beginner. Janganlah suruh aku daki bukit or gunung yang terlampau extreme. Takut aku tak mampu hahaha. Yang biasa-biasa sudahlah, kita kena tahu kemampuan diri kita sendiri macam mana.



Agak barai ye aku pagi Sabtu tu sebab hari Jumaat (malam), aku main badminton dengan kawan-kawan satu tempat kerja. Sampai rumah pukul 10 lebih malam dan 6.30 pagi (Sabtu) dah kena berkumpul di Masjid Putra untuk menaiki bas ke Bukit Gasing. Sepatutnya pergi Bukit Broga tapi ditukarkan kepada Bukit Gasing. Gambar atas ni gambar aku dengan kawan mystep aku. Dia kena paksa join sebab kakak dia suruh 😂


Excited! Tetap excited walaupun masa tu dah sakit kaki sebab ada jatuh masa main badminton malam sebelum tu. Tapi aku dah sapu minyak angin awal-awal dah. In case kaki cramp ke apa ke. Tapi Alhamdulillah lah sepanjang mendaki Bukit Gasing tu kaki aku baik-baik je. Tak cramp langsung. Trail Bukit Gasing tak adalah mencabar sangat, tapi tak adalah tak mencabar sangat. Tengah tengah. Mungkin? Aku dah pernah pergi Bukit Tugu dan Bukit Kiara sebelum ni. Paling senang Bukit Tugu. Bukit Kiara dan Bukit Gasing ni so so. 


Kami semua masuk mendaki pukul 8.20 pagi dan keluar pukul 10.50 pagi. Ada yang keluar awal sebab laju, aku slow sikit sebab tak nak rushing, santai-santai je. Ketua pendakian pun pesan jangan ikut orang, ikut kemampuan diri sendiri. Bas tak akan tinggalnya kalau sesiapa yang lambat. Jadi pukul 10.50 pagi aku keluar. Selfie sambil hiking pun dah sejam HAHAHA. Ala normal lah kan? Bukan selalu masuk hutan ni, jadi kenalah ambil gambar banyak banyak sebagai kenangan. Gitu.  



Bagi aku, trail ni mencabar sebab licin dan berlumpur. Memang kena extra careful! Aku pun almost jatuh tapi Alhamdulillah tak jatuh. Sempat berpegang pada batang pokok. Dalam gambar tak nampak sangat kasut berselut, tapi kalau tengok tapak kasut memang dah tebal dah dengan selut lumpur. 



Masa ni kami berdua ketinggalan. Panggil "kepala", kepala tak menyahut. Panggil "ekor", ekor tak menyahut. Sudahnya kami selfie lah sekejap sementara tunggu ekor sampai sebab kepala dah jauh ke depan. Ekor masih ada di belakang kami. Boleh je kami teruskan tapi aku macam tak apalah, tunggu jelah ekor sampai dulu.



Masa ni dekat puncak tapi sayang seribu kali sayang, puncak ditenggelami dengan semak samun yang menggunung tinggi! Sampai terlindung pemandangan. Ghisau tergolek je sebab tinggi sangat semak samun dia tu. Sepatutnya cantik je ambil gambar dekat sini tapi itulah tu, mungkin pihak management lupa kot nak buat maintenance dekat sini. Jadi itu je yang mampu aku ambil gambar. Bolehlah, buat raso raso.


Sempatlah bergambar sekejap atas jambatan ni. Masa ni dah nak sampai penghujung dah. Perut pun dah lapar dah tapi tak rasa nak makan sebab penat hahaha. Aku salute dekat beberapa orang staff yang berjaya habiskan pendakian Bukit Gasing ni walaupun mereka berbadan besar. Memang bersemangat sungguh mereka hiking. Tak kisahlah banyak berhenti pun as long as mereka berjaya selesaikan pendakian. Bukan senang ye bagi orang yang berbadan besar untuk hiking. Aku yang kecil cenonet ni pun macam wow jugak. 

Ketua pendakian ni cakap next time ada lagi, jadi jangan left group whatsapp lagi. Aku okay je, tapi itulah tak tahu lagi kontrak disambung ataupun tidak. Kalau tak disambung, memang kena bye bye lah. Kalau sambung, Alhamdulillah. Boleh join next aktiviti untuk masa akan datang. 

Aku pergi bantai tidur 3 jam lepas Asar. Housemates cakap 'penat sangat tu.' Recharge energy gitu. Keesokan harinya habis sakit kedua-dua belah kaki aku, nak turun sujud solat pun terketar kejap. Rasa macam orang tua dah hahaha. Terus rasa nak solat atas kerusi tapi tak apalah, solat macam biasa lagi senang (bagi aku). 

11 comments

  1. bestnya hiking. kita pun lama dah tak hiking

    ReplyDelete
  2. Boleh rasa macam mana penatnya tu. Tapi sayanglah bila dah sampai jumpa semak samun, harap ada tindakan dari pihak yg berkenaan.

    ReplyDelete
  3. Orang dah ajak, kita go je lah kan. Okay lagi tu Atiqah walau santai santai. Kalau view cantik tanpa semak samun tu mesti lagi puas hati hiking. Jambatan pun hotspot wajib bergambar tu.

    ReplyDelete
  4. Rindu nak hiking. Tapi, kalau join ni akak rasa akak lah ekor yang tertinggal tu.Ha3!

    ReplyDelete
  5. hahaha part kaki lenguh tu memang hazab bila mendaki. dulu masa kurus rajin lah, sekarang geleng awal lagi

    ReplyDelete
  6. bagus company buat aktiviti camni. kalau saya pun suka hiking-hiking ni

    ReplyDelete
  7. Seronoknya naik Bukit Gasing. Nasib baik tidak mencabar sangat. Lepas berpeluh rasa macam bersemangat sangat. Eloklah ada selalu aktiviti naik bukit.

    ReplyDelete
  8. Huh... Dah lama saya tak hiking, cycling and lain² sukan. Banyak komitmen.

    ReplyDelete
  9. bestnya hiking.. kalo akk ni kompem pancit! haha

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)