Pejam celik pejam celik dah masuk hari pertama bagi tahun 2023! Happy New Year! Dah masuk tahun baru, maka bertambah satu tahun usiaku. Baru 10 Oktober tempoh hari sambut birthday yang ke-25, tup-tup masuk 01 Januari 2023 dah jadi 26 tahun walaupun belum official. Lagi empat tahun akan jadi 30 tahun. Unbelievable.
Dari Atiqah Najihah 2022 kepada Atiqah Najihah 2023,
"Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, dipermudah segala urusan, rezeki, pekerjaan, kehidupan, jodoh dan juga kematian kelak. Semoga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t. selalu. Semoga dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, dijauhkan daripada sebarang malapetaka dan penyakit yang berbahaya dan semoga terus tabah menghadapi sebarang ujian yang berlaku dalam hidup."
Kepada sesiapa yang membaca entri ini, aku doakan benda yang sama jugak kepada korang semua. Sesungguhnya perancangan Allah s.w.t. itu yang terbaik. Allah s.w.t tidak akan bagi apa yang kita mahu, tapi Allah s.w.t. akan bagi yang terbaik untuk hambaNya. Semoga terus sabar dalam meniti kehidupan pada hari ini, esok dan seterusnya.
Cakap pasal tahun baru kan, mestilah tak lupa nak tengok public holiday bagi tahun 2023. Mesti excited nak tahu bila puasa, bila raya puasa, bila raya haji kan kan kan?
Cuti Umum 2023
01 Januari
- Ahad, 01 Januari 2023: Cuti Tahun Baru (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
- Isnin, 02 Januari 2023: Cuti Tahun Baru (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
- Sabtu, 14 Januari 2023: Hari Keputeraaan YDPB Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)
- Ahad, 22 Januari 2023: Tahun Baru Cina (Semua negeri)
- Isnin, 23 Januari 2023: Tahun Baru Cina (Semua negeri)
- Selasa, 24 Januari 2023: Tahun Baru Cina (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
02 Februari
- Rabu, 01 Februari 2023: Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
- Ahad, 05 Februari 2023: Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
- Isnin, 06 Februari 2023: Hari Thaipusam (Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
- Sabtu, 18 Februari 2023: Israk dan Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu)
- Ahad, 19 Februari 2023: Israk dan Mikraj (Terengganu)
03 Mac
- Sabtu, 04 Mac 2023: Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
- Ahad, 05 Mac 2023: Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
- Khamis, 23 Mac 2023: Awal Ramadhan (Johor, Kedah & Melaka)
- Khamis, 23 Mac 2023: Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)
Social Icons