Monday, 2 January 2023

Pencapaian Post di Blog Pada Tahun 2022

Bila sebut tahun baru kan, mesti ada azam baru kan? Aku pun tak terlepas daripada berazam untuk aktif semula dalam dunia blog ni. Harap-harap tak hangat-hangat tahi ayam dahlah. Awal-awal je bersemangat, bila dah masuk bulan Februari nanti sendu balik hahaha. Untuk hari kedua bagi tahun 2023 ni aku masih bersemangat. Alang-alang tengah tak ada buat apa-apa, bolehlah update blog sekejap.

Bila tengok balik history post tahun 2022, ya Allah sikit je jumlah entri yang aku publishkan dalam satu bulan. Memang jauh bezalah dengan tahun 2021. Itu pasal aku harap tahun 2023 ni akan ada perubahan lah dalam blog aku. Aku azam nak publish sekurang-kurangnya 20 entri dalam satu bulan. Sebetulnya 20 entri tu sikit je kan? Aku tengok bloggers lain boleh cecah 100+ entri dalam satu bulan. Sangat mengagumkan! Aku kadang-kadang mati akal tak tahu nak update apa.
Pencapaian Post di Blog Pada Tahun 2022
Tengoklah history post 2022 blog aku. April tak ada entri langsung. June pun tak ada. Kalau ada entri pun tak lebih 10 entri sebulan. Itupun bulan Januari je ada 7 entri. Bulan-bulan lain tak lebih 5 entri 😂 Satu entri satu bulan. Kalau terlebih rajin sikit, jadilah dua entri satu bulan kikiki.

Pencapaian Post di Blog Pada Tahun 2022
Memang jauh beza history post 2021. Sepatutnya banyak lagi post 2021 tapi aku ada delete beberapa entri. Ada yang aku revert to draft. Bukan main 30+ entri setiap bulan. Masuk je kerja bulan Oktober 2021 terus drop jumlah entri sampailah Disember 2022.

Jadi besarlah harapan aku untuk tahun 2023 ni aku boleh kembali aktif macam dulu. Tak mahu dah layan perasaan sedih sangat. Tak kemana pun perasaan sedih tu. Boleh bagi kesan buruk pada mental health aku lagi. Tapi aku pun manusia biasa, tak boleh lari dari perasaan tu semua. Lah tiber kait dengan soal perasaan pulak hahaha. 

18 comments

  1. Selamat tahun baharu 2023
    Semoga banyak entri terpublish tahin ini

    ReplyDelete
  2. Caiyok Najihah..💪
    Selamat Tahun Baharu..Semoga sukses

    ReplyDelete
  3. Kita pula berazam nak buat entri banyak banyak. Tapi penat kerja terus tak jadi nak update blog

    ReplyDelete
  4. Bagi akak 20 pos sebulan banyak juga.
    Apapun semoga Atiqah berjaya.
    Manusia tidak lari daripada perasaan sedih. Ambil masa untuk ubati.

    ReplyDelete
  5. Tak apalah, yang dah lepas tu biarkan berlalu (Ewah, pandainya nasihatkan orang!) Haha. Senoga 2023 ni Atiqah lebih istiqamah dalam blogging

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahun Baharu 2023... Keep it up sis!

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru tiqa, semoga azam baru ni boleh kurangkan dari bersedih. all the best tau :)

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru hehe. kita pun post tak banyak. nanti nak jugak buat entry pasal ni haha. btw, suka tulisan di blog awak...nak beli jugak nanti template dekat etsy..

    ReplyDelete
  9. Biasalah bila dh ada komitmen di ofis mmg susah nk publish byk² sebulan.. sehari pun x tentu lg... anyway happy new year 2023

    ReplyDelete
  10. Selamat tahun baharu 2023..caiyokkkk.. biar tahun ni lagi banyak post2 di blog ye

    ReplyDelete
  11. semogaaaa atiqah kembali aktif dgn blog, aminnn

    ReplyDelete
  12. Dah ada domain baru la. Hehe Akak baru singgah ni

    ReplyDelete
  13. Still ok dari saya wak. Saya ni hampir dua tahun krik krik dari dunia blog. Ni baru nak bertatih semula. Sob sob.

    ReplyDelete
  14. semoga lebih bersemangat menulis... ammi pun pernah ada masa hampir setahun tak jenguk blog, tak BW tak buat apa pun. mood kelaut dalam terus

    ReplyDelete
  15. It's okay girl. Its still a good progression. Just keep it up!

    ReplyDelete
  16. Happy New Year 🤩 Semoga Istiqamah dalam dunia blogging ya 🤗

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)