Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Belum terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam tak kira di Malaysia atau di mana jua yang menyambutnya! Hampir 10 bulan mendiamkan diri tanpa sebarang entry, hari ini terdetik untuk memunculkan diri hehe. Rindunyaaaa!

Lama sangat tak menulis, sampai kekok rasanya. Nak cerita apa pun tak tahu sebab tak ada apa-apa sangat yang berlaku dalam hidupku. Masih meneruskan kehidupan di Putrajaya dengan apa adanya, Alhamdulillah. Masih lagi bekerja sebagai seorang Personel Mystep. Masih lagi setia di sini.

Macam mana dengan raya korang tahun ini? Okay tak okay? Aku? Alhamdulillah. Masih boleh berkumpul bersama-sama dengan adik-beradik aku di Terengganu. Tapi aku raya tahun ni agak all out ya sebab sakan noh beraya. Jumpa sanak saudara yang tak pernah aku jumpa pun ada. Tapi tak apalah sebab raya kan setahun sekali saja, so masa raya nilah nak jumpa dengan semua orang.

Apapun, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri lagi sekali kepada semua pengunjung blog ini. Ampun dan maaf dipinta andaikata ada terkasar bahasa, tersilap bicara secara langsung atau tidak langsung. Salam 0-0! Sampai ketemu di entry yang lain, in shaa Allah! 

5 comments

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)