Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Wednesday, 29 December 2021

Selamat Hari Lahir kepada Dia yang Pernah Hadir Walau Hanya Seketika

Pejam celik pejam celik tinggal 2 hari je lagi sebelum kita melangkah masuk ke tahun baru mengikut kalendar Masihi iaitu tahun 2022. Cepat ya masa berlalu. Aku rasa macam baru habis intern 24 Januari tempoh hari, know know dah 29 Disember dah. Tulat dah 01 Januari 2022. 

Walaupun bakal melangkah masuk ke tahun 2022, tiada apa yang bakal berubah. Kehidupan masih sama seperti tahun 2021. Yang berubah hanyalah usia kikiki. Rindu nak blogging macam dulu. Kita baca je komen-komen yang ditinggalkan oleh bloggers tapi tak sempat lagi nak blogwalking. Penyakit M menguasai diri. Bila dah berbaring atas katil, memang malas sungguh nak buka laptop >.<

Okey rasa macam dah jauh sangat dari tajuk asal entri ni ๐Ÿ˜† 

Just nak create satu entry sempena mengingati hari kelahiran arwah mak aku pada hari ini iaitu 29 Disember. Kalau arwah mak masih ada, dah berumur 66 tahun. Dah kategori warga emas. Kalau dulu selalu orang salah anggap aku ni sebagai cucu kepada mak aku padahal aku anak dia. Mak aku pun kadang iye kan aje bila orang tanya ''Cucu ke?" 


Apa-apapun, Selamat Hari Lahir kepada ibuku yang pernah hadir walau hanya untuk seketika. Seketika yang penuh makna, seketika yang sangat berharga, seketika yang tak dapat kujumpa jika engkau tiada di dunia. 

Semoga berbahagia disana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

Hasfiah Othman,
29 Disember 1954 - 15 Julai 2009

We miss you always ๐Ÿ’–

Monday, 11 October 2021

Happy Belated Birthday!

Aci lah kan post lambat sehari? Memandangkan semalam mood tak berapa okey, memang tertangguh nak publish entri ni. Mood swing tak tahulah pasal apa. Pagi tu bangun subuh elok je, lepas tu sambung main telefon sebab memang tak plan nak keluar pergi mana-mana pun semalam sebab hari Sabtu dah keluar. Dengan tiba-tiba rasa nak sebak campur nak nangis. Tahu tahu basah bantal kikiki.

Hari Isnin yakni hari ni kami 'Bekerja dari Rumah'. Seminggu sekali akan work from home. Walaupun work from home, tak boleh tidur lena sesuka hati. Kena sambung kerja yang terbengkalai hari Jumaat lepas tu ๐Ÿ˜‚ Banyak lagi data tak siap check. Ada dekat 500 lebih data lagi yang kena check. Mahu juling biji mata duk tilik data satu demi satu. 

Kenapa duduk rumah rasa laju sungguh masa berjalan? Kalau duduk dekat pejabat, puas duk tengok jam. Sudahlah sejuk, pakai sweater pun tak menjadi. Tangan bila dah start sejuk, memang badan automatik menggigil, memang lagi lambat kerja siap sebab nak menaip jadi lambat. Tapi kalau lepas lunch hour, waktu berjalan macam biasa. Tahu tahu dah balik! Cepat cepat kemas meja, shutdown komputer dan clock out. Tak payah rajin nak buat OT, kami under program MySTEP tak layak untuk claim OT hehehe.
 
 
Apa-apapun, Happy Belated Birthday to me! Masih jauh perjalanan hidup yang perlu dilalui dan ditempuhi, moga moga yang baik baik sahaja akan berlaku. Special thanks kepada arwah mak yang bersusah payah mengandung dan melahirkan diriku walaupun umur dah mencecah 42 tahun masa tu. I miss you! ๐Ÿ’—


Thursday, 12 August 2021

Surprise Box Belated Birthday untuk Aisyah

Lama dah berhasrat nak bagi surprise box untuk kawan aku yang bernama Aisyah tapi tak tahu alamat rumahnya. Takkan nak tanya dia kan? Macam tiba-tiba je tanya alamat dia. Kalau aku jadi dia, confirm aku boleh tahu mesti nak hantar hadiah ๐Ÿ˜‚ Fikir punya fikir, teringat dulu masa praktikal diploma, aku pernah guna alamat rumah dia masa membeli di shopee. 

Gigih ya scroll dekat bahagian 'my purchase' dalam shopee sebab nak cari alamat rumah Aisyah. 2018 aku praktikal diploma dan sekarang dah 2021. Aku pun lupa barang apa aku pernah beli guna alamat Aisyah. Kalau aku tahu, boleh je search dalam my purchase tu. Tak payah scroll sampai ke tahun 2018.

Dan finally, jumpa pun! Setel masalah! Tak payah dah minta alamat rumah dia hehehe. Siap setting address Aisyah dan terus beli surprise box sempena birthday dia. Birthday dia bulan June, tapi bulan Ogos baru aku bagi hadiah. Bukan main lama eh. Hahaha. 

Dan hari ini, surprise box belated birthday sudah selamat sampai ke tangannya. 


Dia upload di story whatsapp HAHAHA. Aku rasa macam berdosa kejap sebab tak nak mengaku surprise itu dari aku. Tak berdosa kan kalau tak mengaku? Ke macam mana? Surprise box biasa biasa je aku bagi. Chocojar juga hahaha. Ingat chocojar, ingatlah daku. Ingat daku, ingatlah chocojar HAHAHA. Aku dengan chocojar memang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku. Eh betul ke peribahasa tu? 

Selain chocojar, ada tambahan makanan lain sikit dalam surprise box tu. Aku beli chocojar sebab aku tahu semua orang mesti makan. Kalau bagi makanan lain, takut ada yang tak makan ke apa ke. Jadi, nak selamat aku bagi chocojar hehehe. Bolehlah makan sambil sambil tengok korean drama. Sambil sambil tengok Park Seo Joon. 

Minat betul dia dengan Park Seo Joon tu. Yang paling penting, harap harap dia tak mesej lah aku tanya aku ke bagi surprise tu. Nanti kantoi! Aku tak reti nak menipu kalau bab bab surprise ni ๐Ÿ˜‚

Kalau dia baca entri ni, maka dia akan tahulah siapa pengirimnya. Itupun kalau dia baca. Tapi harap harap tak bacalah sebab tu aku berani update dekat blog. Berhasrat juga nak bagi dekat kawan kawan yang lain, tapi tak ada alamat rumah mereka semuanya. Kalau boleh tak nak lah mesej mereka tanya alamat. Tapi tak apa, nanti aku usahakan juga untuk dapatkan alamat mereka hehehe. 

Kepada Ecah (in case dia baca): Ingat daku dalam doamu. Dah lama tak jumpa, dah lama tak lepak sama sama, dah lama itu dan dah lama ini. Rindu. Stay safe. Take care ๐Ÿ’–